Aurora || 04

3.2K 186 18
                                    

"SYAKIRAH, kamu pergi kerja ke hari ini?" soal Datin Keren apabila melihat kelibat Syakirah lengkap berbaju pejabat.

"Iya, mama. Tak nak cuti lama-lama. Banyak kerja." Senyuman manis Syakirah hadiahkan kepada Datin Keren. Dia tahu mamanya risau dengan keadaan dia, tetapi dia sememangnya sihat sekarang.

"Makan lah dulu. Mama nak ambil air dekat dapur kejap," tutur Datin Keren sebelum membawa langkah ke ruangan dapur. Syakirah mula mengambil tempat di meja makan.

Masakan nasi goreng mamanya memang digilai. Pinggan diambil sebelum Syakirah menyenduk nasi di dalam mangkuk. Walaupun mereka sekeluarga tinggal di luar negara boleh tahan lama, masing-masing belum lupa masakan Malaysia.

"Awal kau hari ini Irah. Ada apa-apa ke?" Syahirah mamai-mamai berjalan ke arah meja. Tadi mahu runtuh pintu  biliknya menerima ketukan daripada Datin Keren.

Datin Keren memang tidak menyukai anaknya bangun lewat. Tambah-tambah anak perempuannya.

"Aku yang awal ke kau yang lambat? Ini kau Subuh ke tidak? Macam tidak aje," sindir Syakirah padu sebelum menghirup sedikit air teh buatan Datin Keren.

Syahirah menarik sengihan.

"Mestilah! Aku tidur tadi lepas solat. Itu yang terbabas." Syahirah tanpa membuang masa mengambil tempat bersebelahan Syakirah. Lapar pula perutnya.

"Kau bila nak kerja?" Syakirah memecah kesunyian di antara mereka.

"Kerja?"

"Ye lah. Kau ingat kau budak lagi ke mama papa nak tanggung?" Entah kenapa pagi ini banyak pula sindiran keluar dari mulut Syakirah. Mungkin mood kurang baik.

"Sabar lah. Kau ini sama aje macam papa. Tak habis-habis suruh aku masuk syarikat!"

"Kau masuk cepat-cepat sikit. Aku kena balik Itali nanti. Tak boleh stay sini lama sangat," balas Syakirah ringkas. Ya, sebelum pulang ke Malaysia bagi menggantikan Syahirah yang mempunyai sedikit masalah, dia telah mengikat perjanjian dengan Dato Syafie.

Mula sahaja Syahirah bekerja, dia akan pulang semula ke Itali. Benar, dia sayang ingin tinggalkan Malaysia. Tapi apakan daya, hanya dia sahaja boleh diharapkan. Mahu harapkan Syaliq, lelaki itu masih belum membuat keputusan.

"Ye lah. Aku tahu. Kau ini tak sabar-sabar betul balik Itali dah kenapa? Ada boyfriend lah tu!" Selamba sahaja Syahirah menuduh Syakirah. Tidak mempedulikan akibatnya.

Bulat mata Syakirah memandang Syahirah. Bahu Syahirah dipukul kasar.

"Diam lah kau!"

Syahirah mengaduh kesakitan. Boleh tahan kuat juga penangan pukulan kakaknya. Mahu berbekas nanti. Itulah, gatal lagi cari pasal.

"Kamu kenapa Sya? Ada masalah ke?" celah Datin Keren yang baru sahaja tiba. Dari tadi dia mendengar suara Syakirah dan Syahirah berbual sebelum diakhiri dengan dengusan Syahirah.

"Tak ada mama."

"Mama, Sya nak kahwin."

Syahirah memandang Syakirah tajam. Pasti kakaknya ingin membalas dendam.

Aurora [On Going]Where stories live. Discover now