Aurora || 05

3.2K 195 7
                                    

"KAU kenapa? Sampai pejabat terus buat muka," tegur Liya sesudah sahaja memasuki bilik Syakirah.

"Aku stress kau tahu? Aku tak faham kenapa Syafiq nak juga dekat perempuan itu." Pelipis Syakirah picit. Pening kepapa dia dibuatnya.

"Damia?"

"Ya lah! Siapa lagi kalau bakal kakak ipar tak jadi aku itu?" Syakirah menjulingkan mata ke atas saat menyebut kakak ipar. Jelas dia tidak menyukai perkataan tersebut. Alergik!

"Oh ya, cakap pasal Damia. Aku dah jumpa maklumat kau nak. Kau nak sekarang or nanti aje?" Liya mengambil tempat berhadapan dengan Syakirah. Terbiasa melakukan tanpa disuruh.

"Sekarang aje lah. Teringin juga nak tahu apa masalah perempuan itu," tutur Syakirah tidak sabar. Liya mengangguk kecil sebelum meletakkan sampul surat berwarna coklat di atas meja.

"Itu maklumat dia. Berdasarkan apa yang aku siasat, dia pulang ke Malaysia sebab Tiara tak mampu tanggung dia dah memandangkan Tiara pun tengah dalam fasa muflis."

"Tiara muflis?" soal Syakirah tidak percaya. Tiara dikenali sebagai seorang pereka fesyen yang disegani ramai. Rekaannya telah berjaya berada di tangga kelima dunia. Mustahil Tiara boleh muflis!

"Unfortunately, yes. Gosip berkenaan erm... kau, Tiara dengan Rayfal tengah panas sekarang. Don't worry. Setakat ini pihak media tak dapat kenal pasti lagi siapa perempuan yang terkait dengan Tiara dan Rayfal."

"Kenapa aku tak tahu benda ini tular? Bukan kes ini dah lama ke? Kenapa kena bangkitkan balik?"

"Aku tak tahu. Aku pun baru tahu. Boleh tahan baru juga jadi. Tiara dikritik teruk tahu?" Liya menyambung penceritaan.

"Anak dia macam mana? Okey? Sihat ke?" soal Syakirah laju. Fikiran terlintas bayangan bayi kecil yang menjadi asbab dia meninggalkan Rayfal. Tiara sendiri mengaku dia melahirkan bayi Rayfal. Walaupun hati dia sakit, mana mungkin dia sanggup membiarkan bayi tidak bersalah itu mendapat tempias.

"Dia... bunuh...." Tersekat-sekat Liya membalas. Dia pasti lahar Syakirah akan meletus sekejap lagi. Bukan dia tidak tahu betapa barannya Syakirah. Tambah lagi melibatkan orang tak bersalah.

"Apa? Tiara bunuh anak dia sendiri? Mak jenis apa dia itu? Kenapa dia nak kena bunuh anak tak bersalah itu?" Terkejut bukan kepalang Syakirah dibuatnya. Dada turun naik menahan marah. Tidak percaya Tiara sanggup membunuh anak sendiri.

"Irah... kau dah lama tahu kan itu bukan anak Tiara?" Soalan Liya dibiarkan sepi. Syakirah sibuk meneliti maklumat diberikan Liya.

Melihat respon negatif Syakirah, Liya menghela nafas lemah.

"Kau tahu tapi kau still tak boleh maafkan dia?" tembak Liya tidak bertapis. Wajah Syakirah berubah mendengar kata-kata kurang berasas itu.

"Kau tak tahu apa aku hadap. Dia biarkan aku kemurungan bertahun lamanya dan tak pernah terniat nak cerita dekat aku segala-galanya. Alih-alih boleh pula dia datang? Dalam mimpi." Sinis nada suara Syakirah. Tampak tekad menolak Rayfal dari hidupnya.

Baru sahaja Liya ingin membalas, ketukan di pintu memberhentikan perbuatannya.

"Masuk," arah Syakirah tegas. Dengar sahaja arahan, pembantu Syakirah, Aina melangkah masuk.

"Ada apa Aina?"

"Hari ini, cik ada meeting mengejut dengan Tiara's Design."

Syakirah dan Liya berbalas pandangan.

"Meeting tentang? Rasanya saya tak ada kaitan dengan Tiara's Design." Kening Syakirah bertaut. Menyoal tegas. Siapa pula yang suka-suka hati aturkan mesyuarat dia?

Aurora [On Going]Where stories live. Discover now