BAB 2

182 7 0
                                    

"Nia kau boleh tak jangan mundar mandir macam ni? Peninglah aku tengok kau ni..cuba bawa bertenang sikit duduk kat sini makan kuaci ni hah"

"Hmm agak-agak kalau aku bagi tahu ibu, ibu benarkan tak ekk?" soal Rania

"Hish kau ni. Belum cuba belum tahu kalau kau tak tanya macam mana kau nak tahu..kalau kau terus mundar mandir macam ni kau dapat jawapan dia kah? Tak kan..so better kau balik rumah and tanya ibu dengan ayah kau" cadang Sakinah sambung makan kuaci yang di belinya tadi

"Alah Kina kau tak nak tolong aku kah weii? Please" ujar Rania mengelip-ngelipkan matanya terhadap Sakinah "alah kalini jer..aku bukannya apa, aku takut korang bosan and rindu kat aku kalau aku tak join..kau tolong lah aku lagi pula sayang kut tiket tu kalau tak di guna betul tak? Hehehe" pujuk Rania

"Huh banyaklah kau"

"Alah Kina please aku ada kau je nak minta tolong" rayu Rania

"Hish kau ni, tak menyusahkan aku tak sah kan...kau suruhlah diaorang yang lain..diaorang akan tolong punya trust me" cadang Sakinah lagi

"Sampai hati kau kan buat aku macam ni takpelah aku tak jadi join koranglah kalau macam tu korang pergilah tanpa aku. Aku okey kat sini" rajuk Rania membuatkan Sakinah rasa bersalah

"Hish beruk ni! Nak merajuk bagai pulak dah kalau muka elok sikit takpelah ini? Dah lah buruk merajuk pulak tambah buruklah rupa tu...yelah-yelah aku tolong tapi kalau ibu dengan ayah kau tak bagi...kau jangan salahkan aku" pujuk Sakinah

"Yeahh!! thanks Kina aku tahu kau sayang aku hahaha" sorak Rania mendengar kata-kata Sakinah habis tubuh Sakinah menjadi mangsa peluknya

...........................................

"Minggu depan Angah kerja kan" ujar Fharah menghampiri Fahmi yang duduk di sofa ruang tamu

"Ha'ah kenapa? Achik ada nak pesan apa-apa kah? Soal Fahmi melihat kearah wajah Fharah yang keruh dan sembab

"Hmm takdelah saje tanya Angah" Ujar Fharah menundukkan wajahnya seperti menahan air mata dari menyembah lantai

"Hmm Achik ada benda nak di luahkan kat Angah ke?" soal Fahmi

"Hah? Hmm takdelah" nafi Fharah dengan suara yang di tahan-tahan

"Achik? Kalau Achik ada masalah, Angah minta tolong sangat. Tolong jangan pendam. Kalau Achik tak nak cerita dengan Angah sekalipun tapi tolong jangan pendam. Achik carilah mana-mana orang yang boleh Achik percaya"

"Bukan macam tu Ngah sebenarnya msyyhh..msyhhh" air mata Fharah akhirnya jatuh berlinangan dengan deras sekali

"Lah assal nangis ni? Dah dah syhh" pujuk Fahmi memeluk adiknya itu

"Sebe..be..n..nar..nya..sebenarnya Achik rindu Along..dah tiga tahun Along tinggalkan k..it..ta ka..n Ngah..kenapa Alo..ng pe..rg..i cepat sangat Ngah...Along tak sa..ya..ng Achik dah kah?" luah Fharah tersedu sedan

"Syhh apa cakap macam tu dah jangan nangis..Angah pun rindukan Along tapi siapalah kita nak melawan ketentuannya..Along bukan tak sayang Achik..Along sayang sangat tapi ALLAH lebih sayangkan Along...kalau Achik rindu kat Along Achik sedekahkan al-fatihah ya" ujar Fahmi mengusap air mata Fharah yang kian gugur. Fahmi hanya mampu menahan air matanya daripada jatuh kerana Fahmi tidak ingin kelihatan lemah di hadapan Fharah

Tanpa mereka sedari Datin Faridah mendengar semua tiap bait kata-kata mereka...air mata Datin Faridah tidak segan silu jatuh berlinangan..hati ibu mana tidak terasa dengan pemergian anaknya. Pemergian Ahmad Fayyad Syahrul memberikan impak yang sangat besar terhadap mereka

"Ya ALLAH kau tempatkan lah anakku disisimu" kata Datin Faridah sayu, Dato Izudin datang menenagkan isterinya dengan memeluk bahu Datin Faidah

CINTAKU DI BAGI DUAWhere stories live. Discover now