Ringg!! Ring!!
bunyi deringan telefon Rania yang bingit mengganggu lena Rania membuatkannya terjaga
"Urgh! siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni!? Ganggu aku nak rehat jelah" rungut Rania menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil
"Hello? Hmm siapa ni? Ada benda penting ke? Kalau takde apa saya nak letak fon ni, sebab sekarang ni masih awal lagi..awak tak sepatutnya call orang pagi-pagi macam ni. Awak tahu tak? Yang sekarang ni awak telah mengganggu ketenteraman orang!" marah Rania menekankan perkataan 'ketenteraman'
"Hah erghh awal sangat ke? Sorrylah saya call sebab saya nak kejutkan awak je. Yelah takut awak terlajak. Kang nanti terlepas solat subuh pulak tak pasal-pasal Mak jah yang menjadi mangsa bebel awak yang tak berbayar tu" ujar si pemanggil
Bulat terus mata Rania mendengar suara si pemanggil. Rania melihat nama si pemanggil yang terpapar di screen telefon miliknya terus bangun. Mata yang tadinya berasa berat kini sudah segar bugar (ceh ayat kau😂#autor)
"Abang Han!!" jerit Rania teruja apabila mengetahui yang menelefonnya itu. Putra Raihan Baficx abang sulung kepada Rania
"Hahaha" terdengat tawa si pemanggil di corong telefon
"Hah! Gelak lah! Gelak! Suka lah tu kenakan kita" rajuk Rania memuncungkan bibirnya kehadapan macamlah abangnya itu nampak.
"Lah adik abang merajuk ke? Nak kena pujuk ke? Hmm biar Abang fikir dulu nak pujuk ke tak nak? Tapi kalau tak pujuk takut kena suntik pula kan Hahaha" usik Raihan
"Hish abang ni!! Tahulah kita ni Dokter. Tak macam orang tu Polis. Pergi mana-mana je semua orang gerun and segan dengan dia"
"Hahaha haih..Adik Adik tak berubah-ubah perangai tu kan dari dulu sampai sekarang sama je" ujar Raihan mengelengkan kepalanya
"Hmm hah ni Inspektor Baficx call ni ada apa-apa ke?"
"Amboi Dokter Nia kita ni macam tak suka je kita call dia"
"Bukan tak suka tapi Inspektor kita ni kalau takde benda PENTING yang nak di beri tahu, takde maknanya dia nak call kita ni hah, yelah siapalah kita ni kan hanya insan yang mengharapkan sesuatu yang tak pasti"
"Hahaha bengap ah adik ni. takdelah Abang saja je call. Kenapa? Tak boleh ke Abang call?"
"Hmm bagi kita fikir dulu lah ekk? Sama ada Abang boleh Call ataupun tak?"
"Amboi Adik ni mengalahkan VIP. Nak fikir bagai, macam lah masalah besar yang nak kena fikir bagai tu. VIP pun tak macam Adik ni ehh" ejek Raihan di corong telefon
"Erhh? Biarlah Abang apa kesah? Abang kan dah tak sayang kita. Nak pergi sangat kat Sabah tu kan hah pergilah"
"Haih~" keluh Raihan perlahan namun masih boleh di dengar oleh Rania
Alamak! Aku salah cakap ke? Aduh Nia kau ni pun satu yang pergi ungkit pasal benda tu dah kenapa? Aduh menyesalnya
"Adik? Adik kan tahu Abang pergi Sabah ni bukannya suka-suka. Abang pergi sebab abang di tugaskan kat sabah. Abang takde pilihan dik. Sabah memerlukan khidmat Abang,takkan Abang nak tolak pulak kan. Dah memang tanggungjawab Abang untuk melindungi rakyat Malaysia. Kalau Adik terus macam ni, Abang akan rasa bersalah tahu tak"
"abang marah Nia ke? Sorrylah Nia tak berniat pun nak buat abang rasa bersalah. Nia gurau je sebenarnya hehehe" kesal Rania
"Tak lah abang tak marah adik pun cuma Abang geram je hehehe. Hmm ni ibu dengan ayah mana? Abang call tak berangkat pulak tu yang buat abang risau tu"
"Dah abang call pagi-pagi ni macam mana nak berangkatnya..abang kan tahu ibu dengan ayah akan silent fon pada waktu-waktu macam ni"
"Abang lupa lah pulak..hmm ni bagi tahu ibu dengan ayah Abang tak jadi balik bulan ni sebab abang tak dapat cuti. Abang titip salam sayang kat semua ekk hah lagi satu jangan nak menggatal sambung tidur tak pasal-pasal terlajak pula, kang subuh kemana apa pun tak jadi. Okeylah Abang ada kerja ni assalamualaikum"
"Hish orang tahu lah. Okey abang! Nanti Adik sampaikan salam sayang abang tu dekat semua ekk. Waalaikumsalam" Rania terus menamatkan panggilan dan terus ke bilik air untuk bersihkan diri
..................................................
Fahmi bersiap untuk bertemu dengan Jefri. Usai bersiap Fahmi mencapai kunci kereta yang berada di atas meja solek dan bergegas turun kebawah
"Aik? Achik tak kerja ke harini?" soal Fahmi kepada Fharah yang tengah menjamu selera
"Tak" balas Fharah sepatah
"Assal pulak? Achik demam ke?" soal Fahmi lagi mencapai roti yang telah terhidang di atas meja
"Takdelah..Achik sengaja ambil cuti harini. Rasa nak rehat" Fahmi hanya men'O'kan sahaja
"Hmm ni Angah bersiap bagai ni nak gi mana?" soal Fharah pula
"Angah nak jumpa Jefri jap" balas Fahmi menghirup air teh panas
"Aik Angah taknak rehat dulu ke? Yelah petang nantikan Angah ada flight"
"Ye tapi sekejap aje Angah jumpa Jefri sebab ada hal sikit yang nak bincang. Hmm ni Angah gerak dulu" ujar Fahmi berdiri dari meja makan
"Hmm ya lah"
............................................
'Urghhh! Bosannya! Haih nak buat apa ni? Hmm call Kina je lah' monolog Rania mencapai telefonnya
Tutt tutt tutt
"Hmm hello?"
"Weh Kina keluar jom. Aku bosanah kat rumah"
"Alah aku malaslah nak keluar kau pergi jelah sorang-sorang lagipun aku nak rehatlah harini. Penat semalam tak hilang lagi"
"Hmm yelah" jawab Rania lemah
"Sorry ekk"
"Takpa aku faham hmm kau rehatlah"
'Hmm nak buat apa ni' gumam Rania melangkah keluar dari biliknya
"Mak Jah!! Ohh Mak Jah!!" panggil Rania
"Eghh Nia. Ada apa panggil Mak Jah ni?" soal Mak Jah yang baru muncul dari belakang rumah
"Hmm ni Ibu pergi mana? Nia tak nampak pun"
"Ouh Mak Jah lupa nak bagi tahu. Tadi Datin Sofea ada telefon. Katanya nak ajak Datin Marina keluar. Yelah dah lama tak jumpa"
"Lah ye ke? Hmm ni Mak Jah masak apa?"
"Mak Jah Ada Mas.."
Tingg!! Tonngg!! Tingg!! Tongg!!
kata-kata Mak Jah tergantung akibat bunyi lonceng berbunyi
"Siapa yang datang tu Mak Jah?"
"Entahlah Mak Jah pun tak tahu. Nak kata Datin? Datin baru je keluar. Nak kata Dato? Dato kata balik malam"
"Hmm Mak Jah pergilah tengok mungkin Ibu kut"
"Hah yelah. Mak Jah pergi dulu"