Selepas kejadian Fahmi muncul kembali sikap Rania berubah seperti 9 tahun lepas. Rania menjadi panas baran, suka termenung dan suka melenting tak tentu pasal membuatkan Datin marina dan Dato Sharif risau akan puterinya itu
"Nia" panggil Datin Marina lembut apabila melihat kelibat Rania yang termenung jauh memandang kolam rumah mereka
"Ye bu" sahut Rania memandang Datin Marina
"Hmm Nia ada masalah ke? Kalau Nia tak keberatan ceritalah dengan ibu mana tahu Ibu boleh tolong" ujar Datin Marina
Rania tersenyum sinis sebelum berkata "takde siapa boleh tolong selesaikan masalah Nia bu" ujar Rania meninggalkan Datin Marina yang tersenyum sayu
.....................................................
Selepas kejadian itu juga Fahmi turut rasa hiba orang yang di cari selama ini akhirnya di temuinya
Dato Izudin yang melihat tingkah anaknya itu yang suka termenung kebelakangan ini mula menghampiri
"Hmm Ngah? Kenapa ni? Papa tengok kebelakangan ni Angah suka termenung sini termenung sana lepastu Angah banyak mendiamkan diri" ujar Dato Izudin
Fahmi hanya tersenyum tawar "takde apalah pa..Fahmi penat sikit je ni tu yang macam ni" ujar Fahmi tidak ingin Dato Izudin risau akan dirinya
"Angah..? Papa lebih makan garam dulu tau...Kamu tak payah lah nak tipu Papa" ujar Dato Izudin memegang bahu Fahmi
"Entahlah Pa macam mana Angah nak cakap"
"Angah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya papa harap Angah dapat selesaikan masalah Angah dengan baik" nasihat Dato Izudin sebelum meninggalkan Fahmi yang masih termenung di balkoni
"Haihhh~" keluh Fahmi berat
..............................................
"Weh Nia kau ok tak ni?" soal Sakinah prihatin
"Hmm aku ok assal kau tanya?" ujar Rania
"Hmm takdelah aku nampak kau ni macam lain semacam" ujar Sakinah lagi
"Lain macam mana?" soal Rania dingin
"Lain macam.........9 tahun lalu" ujar Sakinah ayat terakhirnya sengaja di perlahankan
"Apa kau cakap? Aku tak dengar" soal Rania
"Hah hmm takdelah hehehe..hmm ouh ya Nia kita pergi shopping nak tak? Aku ingat nak beli barang sikitlah" ujar Sakinah
"Hmm aku malaslah nak ahopping" ujar Rania
"Alah temanlah aku...takpa apa-apa je kau nak aku belanja tapi yang murah-murah je lah sebab aku belum dapat gaji lagi hehehe"
"Yelah-yelah hish"
"Sayang kau hahaha"
"Yelah sayang bila nak minta tolong je"
"Ha'ah kalau aku taknak minta tolong kat kau aku tak sayang dah hahahaha" usik Sakinah membuatkan Rania membulatkan matanya
"Hahahah aku gurau je lah hahaha" ujar Sakinah memeluk lengan Rania