"Weh Nia kau perasan tak? Tadi si Fahmi tu asyik pandang kau je. Korang ada apa-apa ke? Lain semacam je aku tengok Fahmi pandang kau" soal Sakinah melihat kearah Rania
"Hish kau ni memandai je..ntah ntah dia pandang orang kat belakang aku" nafi Rania. Sebenarnya Rania perasan yang sepanjang mereka di restoran tadi, mata Fahmi hanya memandang kearahnya seperti ingin menyampaikan sesuatu
"Ye ke?" soal Sakinah
"Ye..kau ni yang nak fikir dia sangat kenapa? Ke kau dah tangkap cintun kat dia" duga Rania
"Hmm kalau ye pun kenapa? Cemburu?" ujar Sakinah sinis
"Huhh takde masa lah nak cemburu bagai ni" nafi Rania
"Hmm ye lah tu..jangan kau yang merana nanti sudah lah" usik Sakinah lagi Rania hanya menjeling Sakinah yang sedang memandu
........................................
"Hmm macam mana nak ambil hati Isyah balik ekk?" soal Fahmi pada dirinya sendiri
Fahmi termenung memikirkan bagaimana untuk memujuk hati Rania kembali di ruang tamu. Televisyen yang terpasang hanya di biarkan sahaja
"Ini Angah yang nonton TV..kah TV yang nonton Angah?" perli Datin Faridah kepada anaknya yang sedang termenung
"Hmm Ma bila Mama balik ni? Angah tak perasan pun" soal Fahmi pelik melihat Datin Faridah
"Baru je...macam mana nak perasaan kalau asyik termuenung je sampai nak tembus TV tu" ujar Datin Faridah
"Hah? Mana ada lah Ma..perasaan Mama je tu" ujar Fahmi mengosok belakang tengkuknya
"Hmm ye lah tu..hah dah lah Mama nak pergi atas jap" ujar Datin Faridah dan berlalu memanjat tangga menuju ke tingkat atas
"Hmm yelah Ma"
.................................................
"Mak Jah ada nampak Nia tak? Saya cari dari tadi tapi tak jumpa" ujar Datin Marina menyoal Mak Jah pembantu rumahnya
"Hm tadi Kina datang ambil Nia Datin tapi tak tahu lah pulak kemana" ujar Mak Jah sopan
"Lah ye ke? Patutlah tak nampak batang hidung"