BAB 6

53 3 0
                                    

"Hmm Ngah kita pergi sana nak tak? Achik nak beli jam lah..jam achik dah dah rosak" ujar Fharah menunjuk kearah kedai pelbagai jam

"Hmm ikut Achiklah...Angah ikut je" ujar Fahmi

..................................................

"Weh cantik tak yang ni?" soal Sakinah menunjukkan kearah jam yang berwarna coklat

"Cantik" ujar Rania sepatah

"Hish kau ni betul-betullah" ujar Sakinah geram melihat perilaku Rania yang seperti acuh tak acuh bila di tanya

"Apa? Aku betul-betullah ni..dah memang jam tu cantik aku cakaplah cantik"

"Kau tak pernah tau tak macam ni? Dulu kalau aku tanya kau mesti akan komen bandingkan yang mana lagi cantik dan sesuai bila aku pakai tapi sekarang? Aku macam tak kenal kawan aku sendiri. Kah kau dah tak sudi nak kawan dengan aku? Takpelah aku faham ko takyah jawab..hmm kita balik je lah" luah Sakinah ingin pergi

..........................................

Sedang Fharah dan Fahmi membelek-belek jam yang pelbagai koleksi dan jenama Fahmi dah Fharah melihat kearah Sakinah yang sedang membebel terhadap Rania

"Kau tak pernah tau tak macam ni? Dulu kalau aku tanya kau mesti akan komen bandingkan yang mana lagi cantik dan sesuai bila aku pakai tapi sekarang? Aku macam tak kenal kawan aku sendiri. Kah kau dah tak sudi nak kawan dengan aku? Takpelah aku faham ko takyah jawab..hmm kita balik je lah"

"Ngah kenapa tu?" bisik Fharah kepada Fahmi

"Entahah Angah pun tak tahu kita pergi tengok jom" ajak Fahmi

"Weh Kina bukan macam tu..aku cuma nak.." kata-kata Rania terhenti apabila ada orang yang datang menghampirinnya

"Assalamualaikum" ujar Fahmi dan Fharah

"Hah waalaikumsalam" jawab Sakinah. Rania hanya menjawab dalam hati

"Ada apa yang boleh kitaorang tolong" ucap Fahmi melihat kearah Rania..Rania hanya buat tidak mengenalinya membuatkan hati Fahmi bertambah sayu

"Hah? Hmm takde terima kasih" balas Sakinah ramah

"Hmm hah..salam perkenalan saya aizat Harris Fahmi korang boleh panggil saya Fahmi dan ni adik saya Aira Syifhara suzana korang boleh panggil Fharah" ujar Fahmi memperkenalkan diri

"Hye saya Sakinah Humairah boleh panggil saya Sakinah or Kina dan yang muka tak seberapa nak elok ni Putri Rania Batrisyah korang boleh panggil Nia" ujar Sakinah lagi membuat Rania menyubitnya

"Tahu" ujar Fahmi sepatah membuatkan Rania melihat kearahnya memberi amaran agar tidak memberi tahu apa-apa kepada Sakinah

"Hah? Jadi korang ni dah kenal lah" ujar Sakinah

"Hmm nampaknya macam tu lah" Sakinah hanya meng'O' kan saja

"Korang kenal kat mana?" soal Sakinah lagi membuatkan Rania tidak senang duduk

"Hmm Kina tadi kau lapar kan hah jom lah kita pergi makan aku pun dah lapar ni" potong Rania pantas

"Hmm elok lah tu..hah Fahmi,Fharah jom lah join sekali" ajak Sakinah membuatkan Rania tidak tentu arah

..................................................

"Hmm kita makan kat sini jelah" ujar Fharah memberi cadangan

"Hah yelah" sokong Sakinah

"Tapikan saya macam kenal awak ni lah" ujar Sakinah tiba-tiba

"Hahaha sebenarnya kita memang kenal pun" ujar Fahmi membuatkan Sakinah mempamerkan riak terkejut

"Hah?"

"Ya..ingat tak Captain Harris yang terlanggar kawan awak masa kat airport" ujar Fahmi berusaha mengingatkan Sakinah

"Ouh yang tinggi tu!? Aku dah ingat" ujar Sakinah teruja

"Hah tu lah"

"Tapi kejap awak ni Harris ke?" soal Sakinah

Fahmi hanya menganggukkan sahaja tanda mengiyakan kata-kata Sakinah

"Wow!! Tambah kacaklah kau sekarang ni" ujar Sakinah teruja Rania hanya buat muka menyampah Fharah pula hanya menjadi pendengar setia

"Takdelah biasa-biasa je" ujar Fahmi

"Tapi kan kau pergi mana? Assal lama tak nampak?" soal Sakinah lagi

"Hmm sebenarnya haritu aku cari orang" ujar Fahmi melihat kearah Rania

CINTAKU DI BAGI DUAWhere stories live. Discover now