Nama aku Rina.Umur aku 17 tahun.Aku ni sebenarnya bermasalah.Tapi,orang tak pernah tahu.Aku tak pernah cerita tentang masalah aku pada orang lain termasuklah ibu bapa aku sendiri.Mereka sekarang berada di Australia untuk menguruskan kerja mereka.Sudah 3 bulan mereka di sana.Hanya telefon pintar yang menghubungkan kami.
"Exam lama lagi,kau dah belajar?"tanya seorang perempuan yang diberi nama Sarah yang didampingi bersama 2 orang rakan baiknya,Ain dan Lisa.Mereka merupakan budak 'hot' di sekolah ini.Semua lelaki tergilakan mereka.Sudah berapa kali mereka berpasangan dan putus.
Aku hanya memberi mereka senyuman dan sambung membaca buku biologi yang entah kali ke berapa aku ulang.Setiap bab aku baca setiap hari.Semua subjek aku buat seperti itu.
"Eww.Kau senyum kat aku? Macam kambing."kata Ain sambil membuat muka yang menjijikkan.Sarah dan Lisa tergelak mendengarkan itu."Asalkan saya bersedekah."kataku dengan selamba sambil mengemas barang-barangku untuk pulang ke rumah."Ceyh,bersedekah konon."kata Sarah tapi aku endahkan.
Aku keluar dari pagar sekolah menuju ke kereta Mini Cooper milikku yang dihadiahi oleh ayahku sempena ulang tahun yang ke-17 sebelum mereka ke Australia.Tanpa membuang masa,aku memandu pulang ke rumah.
Rumah yang aku diami ini besar.Boleh muat 10 orang.Namun hampa,rumah ini sunyi.Hanya 2 orang pembantu rumah sahaja yang menemani aku.Aku bukanlah jenis majikan yang peramah jadi tidak hairanlah rumah ini sunyi.
Bunyi kuali dan senduk berlaga masuk ke dalam gegendang telingaku apabila aku masuk ke dalam rumah."Cik Rina,mahu makan nasi goreng?"tanya Bik Nur yang sedang menghidang semangkuk nasi goreng di atas meja makan.Aku menganggguk tanda setuju.Sudah alang-alang perut ini lapar.
Aku mengerling jam dinding yang menunjukkan pukul 5:30 petang.Lama juga aku di sekolah tadi.Bik Nur menyenduk 2 senduk nasi ke dalam pinggan untuk aku.Aku makan dengan tenang dan menikmati nasi goreng ini.Segelas jus oren aku teguk selepas habis makan.Kali ini,Bik Siti pula yang mengambil pinggan dan cawan masuk ke dapur.Aku melangkah naik ke bilik untuk berehat.Bayangan katil empukku sudah bermain difikiran.Berehatlah dulu sebelum 'topeng' bertukar.
BERSAMBUNG...
Lyn kembali dgn cerita baru!! Hope korang suka...
TQSM!!! ILY!! MUAHHH!!!
YOU ARE READING
TOPENG[COMPLETE✔]
Short StoryGembira diwaktu pagi~ Sedih diwaktu malam~ Itulah yang aku alami sejak kebelakangan ini... WARNING:MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR BAHAYA DAN JANGAN TIRU SEBARANG AKSI YANG ADA DALAM ISI KANDUNGAN CERITA INI!!! +DO VOMENT+ -TQSM!!! ILY!! MUAHH!!-