Aku terjaga dari lenaku apabila cahaya matahari memasuki tingkap bilik air ini.Aku melihat keadaan aku sekarang yang penuh dengan kesan-kesan darah.Badanku sudah amat-amat tidak bermaya.Darahku semakin hari semakin berkurangan.Namun tetap topeng kegembiraan disarungku di waktu pagi.Aku membersihkan semua kesan-kesan darah seperti pagi-pagi sebelum ini.
Aku bersiap-siap untuk ke sekolah.Uniform pengawas pusat sumber yang sudah siap digosok ini aku tatap seketika sebelum satu keluhan keluar dari mulutku.Perasaan malas menyelubungi diriku ketika aku menyarung uniform ini.Sarung tangan tidak aku lupakan.
Setelah yakin dengan penampilanku,aku turun ke bawah untuk menikmati sarapan.Bik Nur sedang menghidangkan nasi goreng bersama telur mata.Aku makan tanpa mengeluarkan sebarang suara.Usai meminum air,aku keluar untuk menghidupkan enjin kereta.Jam menunjukkan pukul 6:50 pagi.Tanpa membuang masa,aku terus memandu ke sekolah.
"Oii budak nerd!"
Panggilan Sarah itu aku endahkan.Malas nak layan.Tiba-tiba betina itu menarik beg aku ke belakang.Aku hilang keseimbangan lalu terjatuh."Kau pekak ke?!"tengking Ain.Aku berdiri semula dan berjalan menuju ke kelas meninggalkan mereka.Terdengar carutan yang keluar dari mulut mereka.
Sekolah berjalan seperti biasa hinggalah waktu pulang.Malang menimpa aku apabila tayar aku pancit.Keempat-empat tayar pula tu.Sekeping kertas yang melekat di cermin kereta ini aku baca lalu mengeluh.
Aku panggil,kau tak dengar.Aku cakap,kau palau.Ini makan dia.Lain kali,jangan main-main dengan aku.
-d'teenagers-
Ia,d'teengagers itu nama kumpulan mereka.Budak hot katakan.Aku menggulingkan mataku apabila bayangan wajah mereka ditanyangkan difikiran.Akhirnya,aku hanya menaiki teksi untuk ke rumah.
Hari yang meletihkan ini diubati dengan makanan kegemaranku,mee hoon tomyam masakan Bik Siti.Sudah berapa kali aku menambah.Senyuman puas aku hadiahkan kepada bibik.Usai makan,aku naik ke bilik.Aku rebahkan badanku ke atas katil selepas menukar baju.
Kerja sekolah yang diberi cikgu tadi akanku buat nanti.Aku tidak boleh membuatnya diwaktu malam.Jika tidak,berdarahlah jawabnya buku-buku itu.Nasib baik tidak banyak kerja sekolah.Aku memutuskan untuk tidur seketika.Jam loceng telah pun dikunci supaya tidak terlajak tidur.
BERSAMBUNG...
TQSM!!! ILY!!! MUAHH!!
YOU ARE READING
TOPENG[COMPLETE✔]
Short StoryGembira diwaktu pagi~ Sedih diwaktu malam~ Itulah yang aku alami sejak kebelakangan ini... WARNING:MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR BAHAYA DAN JANGAN TIRU SEBARANG AKSI YANG ADA DALAM ISI KANDUNGAN CERITA INI!!! +DO VOMENT+ -TQSM!!! ILY!! MUAHH!!-