Jam dinding aku tatap seketika.Jam yang menunjukkan pukul 10:30 malam itu terasa seperti lambat bergerak.Air mata mengalir tanpa aku ketahui mengapa.Terasa seperti sudah menempuh perkara yang berat.
Imbasan tayar kereta pancit mula bermain difikiran.Adakah ayah akan marah? Adakah ibu akan kecewa? Kalau aku tak endahkan panggilan mereka,kereta itu tidak akan sengsara.Ini semua salah aku!
Aku berjalan menuju ke bilik air dan melakukan perkara yang sama seperti semalam.Bilik air ini gelap.Hanya ditemani lampu dibalkoni.Tub mandi ini berhadapan dengan pintu dan menghadap balkoni.Sliding door dibalkoni aku tidak tutup.Bunyi angklung diluar amat-amat sayu.Langsir putih beterbangan dek kerana angin diluar.
Suasana sekarang ini amat-amat dingin.Air panas ini amat-amat menghangatkan.Luka-luka ini amat memuaskan.Bunyi angklung diluar yang sayu menjadikan suasana lebih menyedihkan.Seperti faham situasi aku sekarang.Pisau lipat aku ambil lalu menorah tapak tanganku didalam air.
Warna merah darah bercampur dengan air jernih ini menimbulkan corak yang cantik.Air mata jatuh didalam air menghasilkan alunan yang mengikut rentak angklung.Buat seketika aku terasa kosong.Topeng tanpa riak mula mengambil alih.
Aku keluar dari tub mandi lalu pergi balkoni tanpa seutas benang dibadan.Angin mula memukul badanku dan menghasilkan denyutan di luka-lukaku ini.Aku memanjat tembok balkoni tanpa rasa gerun.Ketinggian antara balkoni dan lantai dibawah tidak menakutkan aku walau sedikit pun.
Aku berdiri sambil mendepa tangan.Terasa seperti malaikat maut sedang menjalankan tugasnya.Aku tatap dunia ini dengan harapan untuk kali terakhir.Angin sepoi-sepoi bahasa ini aku nikmati sepuas-puasnya.Kepedihan luka-luka ini aku rasai selama yang mungkin.Aku berdiri diatas kaki kanan manakala kaki kiri sudah tiada tempat untuk memijak.
Selamat tinggal duni—
"RINA!!"
Suara ibu dan bapaku mula menusuk ke gegendang telinga.Tangan aku ditarik ke balkoni secara tidak langsung aku berada di dalam dakapan ibu.Ibu menangis melihat keadaan aku seperti ini.Tetapi sebaliknya yang terjadi pada aku.Aku tersenyum sambil mukaku dibasahi air mata ibu.
"Ibu dan ayah balik."
BERSAMBUNG...
TQSM!!! ILY!!! MUAHHH!!!
YOU ARE READING
TOPENG[COMPLETE✔]
Short StoryGembira diwaktu pagi~ Sedih diwaktu malam~ Itulah yang aku alami sejak kebelakangan ini... WARNING:MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR BAHAYA DAN JANGAN TIRU SEBARANG AKSI YANG ADA DALAM ISI KANDUNGAN CERITA INI!!! +DO VOMENT+ -TQSM!!! ILY!! MUAHH!!-