Seperti biasa,topeng kegembiraan aku sarung semula dan melupakan perkara yang terjadi semalam.Aku bercadang untuk ke perpustakaan awam untuk mengulangkaji.Aku tidak mahu mengulangkaji didalam bilik kerana bilik ini penuh dengan kesedihan dan kesakitan.Ia menggangguku dan kerana itulah aku selalu pulang pada waktu petang untuk meluangkan masa dengan topeng kegembiraanku.
Pinggan yang tadinya berisi mee goreng telah habis aku kerjakan.Bik Siti mengangkatnya dan bawa ke singki untuk dibasuh.Aku keluar dari rumah dan menuju ke perpustakaan awam tanpa melengahkan masa.Beg sandang yang berisi buku-buku sekolah itu aku letakkan di tempat duduk sebelah.Jalan raya kelihatan lancar sepanjang aku memandu.Tidak ramai yang datang ke perpustakaan.
Siapa sahaja yang gemar ke perpustakaan sekarang?
Suasana yang lenggang membuatkan aku berasa tenang untuk mengulangkaji.Matematik tambahan merupakan subjek yang aku pilih untuk diulangkaji pada hari ini.Soalan-soalan yang aku jumpa di skema soalan SPM daripada perpustakaan ini aku lakukan dikertas kosong.Mujur dapat jawab dengan betul.
Aku merupakan seorang pelajar contoh disekolah jadi aku perlu menjaga reputasi aku.Cermin mata bulat yang semakin menjatuh disebabkan terlalu lama menunduk aku betulkan ke tempat yang sepatutnya.Aku menguap buat kali ke-4 kali ini.Rasa mengantuk tidak dapat aku tahan lagi.Aku menutup buku rujukanku lalu tidur di atas meja.
Tok
Tok
Tok
Bunyi ketukan meja yang aku yakin di meja aku telah mengejutkan aku dari dibuai mimpi."Perpustakaan sudah mahu tutup,cik."kata seorang pekerja india dengan sopan.Aku senyum kepadanya lalu mengerling jam tangan.Sudah pukul 5 petang.Lama juga aku tertidur.Aku mengemas semua buku-buku dan peralatan ke dalam beg sandang dan berjalan keluar dari perpustakaan.
Tekakku terasa haus jadi aku singgah dikedai mamak yang berhampiran dan memesan secawan air sirap.Tidak menunggu lama,pesanan aku sudah siap dihidang di atas meja.Sedang aku leka minum,tiba-tiba satu siaran televisyen menarik perhatian aku.
Berita tentang bayi dibuang didalam semak menjadi topik di kaca televisyen.Bayi yang baru dilahirkan itu didapati mempunyai luka yang banyak ditubuhnya.Ia mengingatkan aku tentang parut-parut ini.Usai minum air,aku pulang ke rumah menanti topeng kesedihan mengambil alih.
BERSAMBUNG...
TQSM!!! ILY!!! MUAHHH!!!
YOU ARE READING
TOPENG[COMPLETE✔]
Short StoryGembira diwaktu pagi~ Sedih diwaktu malam~ Itulah yang aku alami sejak kebelakangan ini... WARNING:MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR BAHAYA DAN JANGAN TIRU SEBARANG AKSI YANG ADA DALAM ISI KANDUNGAN CERITA INI!!! +DO VOMENT+ -TQSM!!! ILY!! MUAHH!!-