"Nur Rina Batrisya Binti Muhammad Razali,apa masalah awak sebenarnya?"tanya seorang doktor yang duduk berhadapan dengan aku.Topeng kegembiraan mengambil alih diriku pada waktu pagi seperti ini.Muka doktor yang berkerut itu aku tatap sambil mengukir senyuman manis.
"Saya tiada masalah diwaktu pagi.Kalau doktor nak tahu masalah saya,doktor tunggu pada waktu malam."kata aku dengan nada yang ceria.Kerutan diwajahnya mulai menambah."Doktor,doktor tak boleh stress diwaktu pagi.Waktu pagi ini indah.Ditemani cahaya matahari yang terang."kata aku."Kalau nak bersedih atau marah,buat pada waktu malam.Waktu malam ini jahat.Dia penuh dengan kegelapan.Hanya ditemani cahaya bulan."tambah aku lagi.
"Rina,awak tahu tak yang ibu dan ayah awak amat-amat risaukan awak?"tanya doktor itu.Aku menggelengkan kepala."Ibu dan ayah sibuk berkerja diluar negara.Hanya telefon yang menghubungkan kami.Kehidupan saya sunyi,doktor."jawabku."Mereka risaukan awak,Rina.Mereka sanggup pulang ke Malaysia semula apabila bibik awak telefon kata bilik awak berbau darah,pisau lipat di atas meja dan cadar katil selalu berlumuran darah.Rina,alasan datang bulan itu amat-amat tidak munasabah kerana darah itu terlalu banyak."kata doktor.
"Doktor,sila berikan waktu untuk saya bersama topeng kegembiraan saya."kata aku sambil tersenyum padanya."Topeng kegembiraan?"tanyanya dengan nada yang pelik."Tolong bagi saya waktu untuk memakai topeng ini.Doktor boleh tanya saya soalan-soalan itu malam nanti.Jangan buatkan topeng kesedihan mengambil alih ketika waktu pagi."kataku sambil menahan untuk menyarung topeng kesedihan.
Doktor itu mengangguk faham."Rina,mari kita minum bersama.Saya bawa awak meluangkan masa bersama topeng kegembiraan awak.Saya belanja."pelawa doktor itu.Aku mengangguk tanda setuju.Kami berjalan menuju ke kafeteria yang berdekatan.Aku memesan air sirap manakala doktor memesan teh tarik.Kami duduk disebelah tingkap yang menghadap taman permainan.Taman permainan ini penuh dengan orang-orang yang kurang siuman.
"Lihatlah mereka."kata aku sambil menunjukkan orang-orang ditaman itu."Gembira.Dapat bermain bersama rakan-rakan.Semua itu dilakukan diwaktu pagi.Tetapi pada waku malam,mereka dipaksa tidur."ujarku.Aku pernah melayari laman web tentang hospital sakit mental kerana aku tahu,aku akan menjejakkan kaki ke sini juga.
Pesakit-pesakit di sini amat-amat gembira apabila dapat bersiar-siar diwaktu pagi hingga ke petang.Namun selepas makan malam,mereka dikurung semula dan terpaksa menanti waktu pagi menjelang semula.Sekarang,aku sudah faham maksud kehidupan yang mengaitkan kita dengan kejadian siang dan malam.
BERSAMBUNG...
TQSM!!! ILY!!! MUAHH!!
YOU ARE READING
TOPENG[COMPLETE✔]
القصة القصيرةGembira diwaktu pagi~ Sedih diwaktu malam~ Itulah yang aku alami sejak kebelakangan ini... WARNING:MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR BAHAYA DAN JANGAN TIRU SEBARANG AKSI YANG ADA DALAM ISI KANDUNGAN CERITA INI!!! +DO VOMENT+ -TQSM!!! ILY!! MUAHH!!-