report polis (chapter 2)

57 2 0
                                    

   Assalamualaikum dan salam sejahtera guys, Wani minta maaf sangat2 sebab lama sangat tak update cerita ni.. Harap-harap pembaca kesayangan Wani semua faham dan sabar menanti ya.. Jangan lupa "VOTE" chapter 1 okay? Love you guys.. Jom sambung baca <3

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Barang apa?" Kata ku dan soraya serentak.

"Nora kata beg duit dia tertinggal kat pantry kita ni, tapi akak tak nampak lah pulak" kata kak teeha sambil mengecutkan kirai dan memandang tepat kearah aku dan soraya.

"Semalam Nora shift petang dengan kau kan Soraya? Kau ada nampak tak beg duit dia ?" Aku bertanya kepada soraya dengan wajahnya yang masih kebingungan.

"Semalam I tak nampak, tapi petang tu dia ada nak mintak tukar duit dekat cashier, nak pecahkan duit katanya dan waktu tu memang I ada nampak dia pegang beg duit tu tapi lepas tu dia simpan balik kat handbag dia" Soraya cuba mengingatkan kembali kejadian kelmarin.

"Ouh okay, maknanya beg duit tu memang dia ada bawa pergi kerja lah semalam. Sebab sebelum aku balik kerja, aku teman dia beli fastfood dan aku nampak Nora keluarkan duit dari pocket seluar dia ja, aku memang tak tahu lah dia ada bawa ke tidak wallet dia tu, tapi since Soraya kata dia nampak, so ada lah tu" kata ku kepada mereka berdua.

"Tapi betul ka wallet dia tinggal kat sini? Sebab akak datang kerja tadi pun akak memang tak nampak lah wallet dia" kata kak Teeha sambil mencari-cari wallet Nora.

"Yang tu Rin tak pasti lah, mungkin tercicir kat mana-mana tempat atau pun tercicir kat dalam kereta dia.. Manalah tahu kan" aku cuba memberi pendapat, sebab memang aku sendiri pun dah cari dan memang tak ada.

"Eh tadi pagi kak Refa ada dtg kerjakan? Ada dia cakap apa-apa tak? Mungkin dia ada simpan wallet Nora dekat tempat lain" aku teringatkan kak Refa, sebab hari ni hari sabtu, kak Refa memang awal balik kerja, office hour lah katakan.

"Tak ada pulak dia pesan apa-apa dekat akak" balas kak Teeha.

Tak lama kemudian lonceng pintu berbunyi lagi, petanda ada orang buka pintu.

"Eh Nora, you offday kan? Buat apa you datang sini?" Soal Soraya kepada Nora.

"Ada tak wallet I tertinggal?" Soal Nora tidak mengendahkan pertanyaan Soraya tadi.

"Akak tak nampaklah Nora, even Syirin dan Soraya pun dah tolong cari, tapi memang tak ada" kata kak Teeha sambil menuju ke meja kaunter.

"Ehh mustahil lah, betul ke korang dah cari? Sebab memang dalam handbag aku tak ada, puas dah aku cari" Nora seperti tidak berpuas hati dengan jawapan kak Teeha.

"Tak apalah Nora, kak Teeha tolong carikan lagi. Jom kita buka semua kotak-kotak yang ada dalam pantry dan kita cuba pindahkan dulu sofa tu, mungkin wallet tu jatuh kat bawah sofa" Kak Teeha seperti terasa hati dengan kata-kata Nora tadi dan cuba untuk membuktikan kepada Nora bahawa memang Wallet dia tak ada kat sini.

Sudah selesai membongkar semua benda yang ada kat belakang tu, Nora bertegas ingin melihat CCTV. Katanya ingin memastikan sama ada dia benar-benar memasukkan wallet tu dalam handbag dia ataupun mungkin dia tersalah simpan dekat lain.

"Nora aku bukan tak nak tolong kau check CCTV ni, tapi kau sendiri pun tahu kan hard disc kita dah penuh, boss pun tak suruh delete yang ada kat dalam hard disc tu, jadi memang CCTV kita ni play tapi tak record" kata ku cuba memahamkan Nora. aku pun tak faham lah dengan boss aku ni, dia macam endah tak endah ja dengan kedai dia ni.

adik baju merahWhere stories live. Discover now