Barang yang hilang (chapter 1)

95 4 0
                                    

"Korang.. I laparlah.. Kita nak makan apa eh hari ni?" Kata soraya menuju ke arah pantry tempat kami berkerja. Soraya ni memang hari-hari lapar ja kerja dia.

Tapi betul juga, aku pun dah tak terfikir nak makan apa, dekat kawasan kerja kami ni banyak kedai makan, tapi semua restoran mahal. Ada restoran biasa-biasa tu macam fastfood, tapi siapa yang tak bosan kalau hari-hari makan fastfood, kan?

"Entah lah soraya, aku pun tak tahu nak makan apa.. Jolibee nak? Tapi aku macam nak makan yang ada soup lah" kata ku kepada soraya sambil membancuh milo 3 in 1 ku.

"Eh I tak nak makan fastfood lah buat masa ni. Best juga kan kalau kita order soup and share, soup dekat restoran bawah tu banyak lah kalau nak makan sorang-sorang, so kita share ja lah eh. What do you think? Kak teeha nak tak? How about you syirin? You want? Kita beli extra mee ja lah kan kalau tak cukup mee tu" bagi aku cadangan Soraya tu bagus juga, jimat sikit duitkan. Maklumlah baru pertengahan bulan, jauh lagi nak tunggu gaji.

"Yang tu aku setuju, kak teeha macamana? Nak tak? Kalau tak nak kita dua je sharing soraya." Kata ku menyetujui pendapat soraya itu.

"Akak pun rasa okay juga kalau kita share, kak Teeha pun tak terfikir lagi nak makan apa. Dah lah breakfast pun tak sempat lagi" balas ka Teeha sambil menekan keypad HP nya.

"Kringg kringgg" bunyi pintu kedai kami dibuka. Kami bertiga pun bergegas keluar dari pantry untuk melihat adakah customer yang masuk ataupun pekerja shift petang yang datang. Memang sengaja kak Rifa gantung bell dipintu supaya kami sedar kalau-kalau ada customer masuk. bukan apa, kadang-kadang kami semua berbagi kerja, ada yang bersihkan pantry, cleaning kedai dan susun barang dekat store.

Tapi apa yang mengejutkan kami, tidak ada orang pun yang masuk. Tapi bell pintu tu bergoyang. Bell dia semacam bentuk dreamcatcher tetapi ada lonceng tergantung dan setiap kali pintu terbuka, lonceng itu akan ikut bergerak dan berbunyi.

"Tak ada orang masuk pun, I tengok kedai sebelah pun tak ada orang" kata Soraya meyakinkan kami bahawa memang benar-benar tidak ada yang masuk.

Kedai kami ni luas seperti dua buah kedai yang ada dinding penghalang separuh, dan separuh lagi dindingnya diroboh untuk kami melalui kedai sebelah.

"Mungkin ada orang nak masuk tapi tak jadi kot. Ataupun mungkin kita terlambat beberapa saat, so kita tak sempat tengok orang tu" kataku kepada Soraya yang seperti orang kebingungan. Aku cuma tak nak Soraya berfikir bukan-bukan, dia bukannya tahu pun cerita disebalik kedai tempat kami berkerja ni.

"Syirin, Soraya, kamu berdua ada nampak barang Nora tak? Dia ada text akak yang dia ada tertinggal barang dikedai kemarin" ka teeha tiba-tiba bertanya kepada ku dan Soraya. Kami berdua membuat reaksi kebingungan.

"Barang apa?" Kataku dan Soraya serentak.

****************************************

Yayy! First chapter dah siap~ nantikan next chapter lagi okay??

Cerita seram yang ni agak pendek juga sebenarnya, tapi wani akan buat cerita ni detail sedikit supaya korang faham dan mudah nak baca ehehhehe.

I know first chapter ni agak membosankan sebab belum ada terasa seramnya dimana, tapi bagi wani yang merasakan sendiri ani, memang seram lah ahahhaa.

So guys i hope you enjoy reading my story and thank you so much yang sudah support wani 😘 lots of love 💕

Don't forget to share to your friends, vote and comment if nessesary.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Gentle reminder :

Do not copy my story to another language, another page/web without my "PERMISSION" .

THANK YOU .

adik baju merahWhere stories live. Discover now