CH 5

363 35 3
                                    

Sudah hampir sebulan Eunji bersekolah di situ dan hampir sebulan juga dia berkawan dengan Bomi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Lisa dan kawan-kawannya yang lain.

Apabila Lisa mengajak lepak, pelbagai alasan yang dia berikan sehinggakan dia hanya keluar meluangkan masa dengan Lisa dan yang lain hanyalah beberapa kali sahaja. Setiap kali waktu rehat pula, dia sering kali ke perpustakaan untuk berjumpa dengan Bomi dan kawan-kawannya.

Entah mengapa dia merasakan yang dia lebih selesa berkawan dengan Bomi berbanding dengan Lisa dan kadang-kadang, dia tertanya-tanya kenapa Lisa tidak membenarkan dia berkawan dengan gadis tersebut.

Pagi itu, Eunji hanya duduk di dalam biliknya dan menyiapkan kerja sekolah matematik yang perlu dihantar esok. Tapi, dia lebih kepada merenung buku latihan itu.

Kemudian, satu keluhan berat meniti keluar dari bibirnya. Lantas dia memandang ke arah kalendar yang berada di hujung meja belajarnya itu.

18th August 20XX

Hari ni merupakan hari jadinya dan sumpah dia berasa amat sedih. Lebih lagi apabila tiada ucapan 'Selamat Hari Jadi' yang dilontarkan oleh orang yang dia sayang.

Selalunya, ommanya yang akan ingat hari jadinya.. tiap kali dia bangun tidur, kek hari jadi akan berada di atas meja lampu dan omma serta appanya duduk disisi katil untuk mengejutkannya.

Tapi sejak Nayoung meninggal, tiada lagi ucapan dan kek hari jadi. Malahan Seojun sendiri telah lupa akan hari jadinya.

Eunji mengeluh lagi.

Omma, kan bagus kalau omma ada lagi.

Eunji memandang potret Nayoung yang berada di sebelah kalendarnya itu. Dia merenung lama gambar tersebut sebelum senyuman nipis terukir di bibirnya.

Lantas dia kembali memandang buku latihannya dan tangannya mula bekerja.

***

Di halaman rumah agam tersebut, Eunji sedang galak bermain dengan Minki. Dia mengejar kanak-kanak lelaki itu dan menggeleteknya membuatkan Minki ketawa terkekek-kekek.

Kemudian, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering dan tanpa berlengah lagi, Eunji menjawab panggilan tersebut apabila melihat nama Bomi sebagai pemanggil.

"Hello?"

"Hello.. Yah, Jung Eunji! Jom keluar!" Ajak Bomi. Berkerut dahi Eunji apabila mendengar ajakan Bomi itu.

"Keluar?"

"Yup! Nak tak?" Soal Bomi. Dia memandang kawan-kawannya yang lain.

Eunji diam sejenak untuk memikirkan jawapan yang perlu diberikan.

Kalau aku pergi and bawak Minki sekali, pasti appa risau.. Eh... buat apa pulak aku fikir pasal dia... dia bukan ambil kisah pun pasal aku.

"YAAH!!"jerit Bomi tiba-tiba membuatkan Eunji terkejut. Telefon di tangan juga hampir saja terlepas dari genggaman.

"Yah! Kalau yer pun.. janganlah jerit! Aku bukan pekak!" Marah Eunji. Bomi hanya memutarkan bebola matanya ke atas.

"Dah kau senyap."

"Aku senyap sebab nak fikir jawapan."

"Alah..soalan aku bukannya soalan KBAT. Jawab jer la nak or tak nak. Simple. Tak payah fikir-fikir." Ujar Bomi dan kali ni, giliran Eunji pula memutarkan bebola matanya ke atas.

"Kau cakap tu senang la. Aku kena fikir nak bawak Minki sekali atau tak."

"Alaa..it's easy..just bring him together with you. Alaa..kau bukannya tak pernah bawa dia kan?" Balas Bomi. Setiap kali Eunji  keluar lepak dengan mereka, gadis itu pasti akan membawa adiknya bersama. Sikap ramah dan riang gadis-gadis tersebut membuatkan Minki tertarik untuk bermain dengan mereka terutamanya dengan Bomi.

THE PINK BATTLE [BlackpinkXApink]Where stories live. Discover now