Eunji berjalan keluar dari perkarangan sekolah. Macam biasa,driver appanya, Uncle Eric datang menjemputnya.
Baru sahaja dia menjejakkan kaki di luar pagar sekolah, seraya itulah dia ternampak akan seseorang yang dikenalinya.
"Macam kenal..." gumamnya sendirian dengan dahi yang berkerut. Apabila dia sudah dapat mengecam akan insan itu, dia tersengih lebar.
"Ahhh... bomi.." Baru sahaja dia hendak meluru ke arah Bomi yang sedang berbual dengan beberapa orang gadis itu, tiba-tiba sahaja dia ditarik oleh seseorang.
Bomi terkejut lalu memusingkan badannya dan serentak itu wajah Lisa menyapa pandangannya.
"Apasal kau tarik aku? Nasib tak jatuh tahu tak??" Marah Eunji tapi diabaikan oleh Lisa apabila gadis tersebut menyerbunya dengan satu amaran.
"Kau jangan cuba untuk berkawan dengan diorang tu. Kalau tak, siap kau!" Wajah Lisa yang kelihatan serius itu membuatkan dahi Eunji berkerut seribu.
"Kenapa pulak?" Soal Eunji yang kehairanan itu. Pelik. Kenapa tak boleh berkawan dengan diorang?
"Aku cakap jangan, janganlah. Kalau kau tetap juga bercakap or berkawan dengan dia, kita putus kawan!" Ugut Lisa sebelum beredar meninggalkan Eunji yang terpinga-pinga.
"What the?"
Kenapa Lisa marah sangat? Kenapa tak boleh berkawan dengan diorang? Lisa kenal ke diorang tu?
Pin! Pin!
Lamunan Eunji terhenti apabila bunyi hon kereta kedengaran membuatkan dia terkejut sebelum menoleh memandang sebuah kereta audi hitam yang mewah sudah terparkir di hadapannya.
Uncle Eric dah sampai.
Eunji segera melangkah masuk ke bahagian tempat duduk belakang dalam kereta itu.
Sepanjang perjalanan. Eunji hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Kata-kata Lisa tadi terngiang-ngiang di telinganya.
"Kalau kau tetap juga bercakap or berkawan dengan dia, kita putus kawan!"
Apa maksud dia sebenarnya?
Fikiran Eunji bercelaru dan tanpa dia sedar, satu keluhan berat meniti keluar dari bibirnya membuatkan lelaki yang sedang leka memandu itu memandangnya melalui cermin pandang belakang.
"Ada sesuatu yang tak kena ke, cik muda?" Soal Eric membuatkan Eunji tersentak lalu memandang ke arah lelaki tersebut.
"Ah.. Tak ada apa. Cuma penat sikit." Tipu Eunji. Eric hanya mengangguk faham.
"Jadi, macam mana dengan hari pertama dekat sekolah baru?" Soalnya lagi membuatkan Eunji tersenyum nipis. Dia sudah kenal akan Eric itu sejak dia berusia lima tahun lagi dan hubungan mereka berdua sangatlah rapat. Macam ayah dengan anak pun ada. Eunji suka berbual dengan lelaki itu dan segala masalahnya diluahkan pada lelaki yang berusia separuh abad itu.
"Okay. Better than I expected." Tapi tidak lagi selepas ugutan Lisa tadi.
Eric tersenyum dengan jawapan gadis itu.
"Baguslah. Sebab tengok muka yang berkerut tu, ingat ada sesuatu yang tak kena." Balas lelaki itu. Eunji tersenyum. Dia faham sangat dengan sikap Eric yang suka mengambil berat akan dirinya.
"I already told you, uncle.. Saya hanya letih." Lelaki itu ketawa kecil.
"Haha..okay, Meung."
Meung. Meung merupakan nama manjanya sejak kecil dan hanya orang yang rapat dengannya sahaja akan memanggilnya dengan panggilan itu.
YOU ARE READING
THE PINK BATTLE [BlackpinkXApink]
FanfictionREPUBLISHED & EDITED Pada mulanya, Apink dan Blackpink berkawan baik tapi selepas satu peristiwa yang mengorbankan salah seorang daripada Apink, dua kumpulan tersebut mula bermusuhan. Semuanya berpunca daripada seorang pengkhianat. Kemudian, kedatan...