CH 6

292 26 0
                                    

"So, macam mana?" Soal Jisoo sebaik sahaja Lisa menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket seluar.

Lisa mengeluh berat sebelum menggelengkan kepalanya.

"Dia cakap yang dia tak boleh keluar sebab adik dia tak sihat." Ujar Lisa. Disebabkan hari ni merupakan hari jadi Eunji, mereka berempat merancang untuk menyambutnya bersama Eunji.

Jadi, mereka bersepakat untuk menyambutnya di sebuah karnival yang diadakan berdekatan tidak jauh dari rumah mereka, iaitu bersebelahan dengan taman yang selalu menjadi tempat mereka lepak.

Tapi, apabila dia menelefon gadis tersebut, Eunji mengatakan yang dia tidak dapat menyertai mereka kerana Minki yang tidak berapa sihat. Lisa tidak mahu memaksanya menyebabkan dia terpaksa akur.

"Hermm..tak apa la kalau dia tak boleh join. Kita tak boleh nak paksa dia." Ujar Rose pula.

"Tapi.. Aku pelik sebenarnya." Sampuk Jennie yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Pelik? Apa yang kau pelikkan?" Soal Jisoo bersama dahi yang berkerut seribu.

"Korang tak rasa ke macam Eunji tu macam nak mengelak dari kita?" Soalnya dan ketiga-tiga gadis itu saling berpandangan.

"Maksud kau?" Soal Lisa lalu memeluk tubuhnya.

"Iyer la.. Kalau korang fikir betul-betul la kan.. Setiap kali kita ajak Eunji lepak, dia pasti bagi alasan tak nak pergi. Kalau dia join pun, pasti sekejap jer. Kalau dekat sekolah pulak, dia selalu pergi pustaka. So, aku syak yang dia nak mengelak dari kita." Terang Jennie. Jisoo dan Rose terbeliak manakala Lisa pula hanya terdiam. Apa yang dikatakan oleh Jennie itu betul. Sangat betul!

"Kau nak cakap yang dia nak mengelak dari kita or dia dah berkawan dengan orang lain?" Soal Rose.

"Yang tu boleh dijadikan kemungkinan jugak." Balas Jennie.

"Aku bukan apa. Aku just risau kalau-kalau dia berkawan dengan Bomi dan geng dia tu. Diorang tu bukannya boleh percaya sangat." Sambung Jennie lagi.

"Hermm.. Aku pun risau jugak. Kan dia dapat nasib sama macam kita, baru tahu langit tinggi ke rendah." Ujar Jisoo pula dengan seriusnya. Jennie dan Rosé hanya menganggukkan kepala masing-masing tanda setuju.

Lisa pula berdiam diri seketika sebelum kembali bersuara.

"Dah. Tak payah nak fikir apa-apa lagi. Okay, now jom. Aku tak sabar nak naik roller coaster ni." Ujarnya yang cuba untuk mengubah topik perbualan. Dia tak suka memikirkan yang Eunji berkawan dengan Bomi dan kawan-kawannya.

Jennie dan Rosé menepuk tangan tanda teruja manakala Jisoo pula terbeliak.

"Wait! Aku tak rasa yang roller coaster tu termasuk dalam rancangan kita." Ujar Jisoo dengan wajah yang pucat.

"Alaa.. Apa salahnya. Setakat roller coaster jer kut." Balas Jennie.

"Haah. Kalau kau tak nak naik, kau duduk la dekat bawah sorang-sorang." Sampuk Rosé pula membuatkan Jisoo menjelingnya tajam.

"Aku rela duduk dekat bawah sorang-sorang daripada bahayakan nyawa aku dengan naik raksasa tu." Dia menyilangkan kedua-dua tanganya di dada.

"Whatever." Balas mereka bertiga serentak lalu mula mengorak langkah meninggalkan Jisoo yang terkebil-kebil itu sendirian.

"Apekah?!" Jisoo merengus geram. Dia cuba untuk mengikuti ketiga-tiga gadis itu tapi langkahnya terhenti apabila melihat ke arah sekumpulan gadis yang berada tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Serentak itu, dia terbeliak.

"Guys..." Panggilnya tetapi mereka bertiga hanya terus berjalan.

"Guys!" Panggilnya lagi dengan suara yang lebih tinggi dan serentak itu, ketiga-tiga gadis tersebut berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya.

THE PINK BATTLE [BlackpinkXApink]Where stories live. Discover now