"Okay.. Guess what?" Soal Lisa sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas sofa. Jisoo, Jennie dan Rose yang sedang leka menonton tv itu memandangnya dengan penuh kehairanan.
"What?" Soal mereka serentak.
"Eunji dah kenal Bomi." Jawab Lisa membuatkan ketiga-tiga gadis itu terbeliak.
Jisoo yang sedang berbaring itu terus sahaja bangun.
"What? Kau biar betul?"
"Betul betul betul la ni. Tadi aku nampak dia nak pergi tegur Bomi. Jadi, aku syak yang dia dah berkenalan dengan minah tu." Cerita Lisa.
"Serius? Pastu kau buat apa? Weh! Kau halang dia tak?" Rose pula menyoal dengan seriusnya.
"Dah. Aku siap pesan dekat dia lagi jangan berkawan dengan Bomi tu. And dia tanya aku kenapa. Aku tak jawab tapi terus blah."
"Ermm... Macam mana dia boleh kenal Bomi eh? Aku rasa dia tu selalu ikut kita jer." Jennie mula tertanya. Dia memegang dagunya sebagai tanda yang sedang memikirkan sesuatu.
"Entah. Tapi.. Walau apa pun.. Dia tak boleh berkawan dengan Bomi tu. Aku tak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa but not with that girl and her gang." Ujar Lisa. Tangan digenggamnya. Dia tak boleh benarkan Eunji berkawan dengan Bomi. Lebih lagi Bomi itu ialah musuh ketatnya.
"So... Kau nak buat apa?" Soal Jisoo pula.
Lisa terdiam seketika kerana hendak memikirkan sesuatu sebelum tersenyum.
"It's easy. Kita ajak dia lepak dengan kita."
***
Eunji menangis tersedu-sedan.
Tangannya pula digenggam erat.
Perbualan kedua ibu bapanya dapat didengarinya jelas dan dia hanya berdiri kaku di hadapan pintu.
"Baik oppa cakap! Siapa perempuan tu??" Tanya Nayoung dengan kemarahan yang membuak-buak. Air matanya pula mula mengalir deras.
"Hey kau perempuan. Kau tak payah nak sibuk boleh tak? Hal aku dan bukannya hal kau!" Seojun menengking kuat sambil menurjah kepala isterinya.
"But, I'm your wife and I need to know about it! Or oppa dah tak sayang saya? Apa salah saya, oppa? Apa kekurangan saya sampai oppa sanggup cari yang lain?" Soal Nayoung bertalu-talu. Lengan Seojun digoncangnnya. Air mata pula tidak berhenti mengalir.
"Yes aku dah tak sayang kau! Aku dah menyampah dengan kau! You want to know why? Sebab kau tu miskin. Satu sen harta pun kau tak dapat. Nama jer anak jutawan tapi.. pft! Aku ingatkan aku kahwin dengan kau, aku jadi kaya. Tapi... kau bodoh! Yang kau pergi tolak harta tu kenapa? Lebih sayangkan aku dari wang konon! Aku pilih perempuan tu sebab dia kaya. Appa dia dua kali ganda kaya dari kau. Dan apa yang aku nak, semua dia bagi. Tak macam kau.. minta duit sikit tapi kau cakap nak simpan untuk anak-anak!" Sembur Seojun.
Dadanya berombak menahan marah...
"Tapi... harta-harta tu saya dah namakan atas Eunji dan Minki... untuk masa depan diorang. Oppa kan dah ada duit. Kompani sendiri... kenapa mesti nak cari perempuan lain?"
"Sebab.. kompani aku dah muflis! Aku perlukan perempuan tu untuk syarikat aku. Dia boleh bayarkan semua hutang aku. Tak macam kau.. kadang-kadang aku juga pernah terfikir... kenapa aku kahwin dengan kau?" Seojun menudingkan jari ke arah Nayoung membuatkan air mata wanita itu semakin deras mengalir.
"Baik. Kalau oppa dah...muak dengan saya... lepaskan saya." Berat Nayoung hendak mengatakan kata putus itu...
Eunji terbeliak.
YOU ARE READING
THE PINK BATTLE [BlackpinkXApink]
FanfictionREPUBLISHED & EDITED Pada mulanya, Apink dan Blackpink berkawan baik tapi selepas satu peristiwa yang mengorbankan salah seorang daripada Apink, dua kumpulan tersebut mula bermusuhan. Semuanya berpunca daripada seorang pengkhianat. Kemudian, kedatan...