CH 7

384 33 8
                                    

Langkah Jisoo yang hendak ke dapur itu terhenti apabila melihat Lisa yang duduk bersendirian di tepi kolam. Dia mengerutkan dahi lalu memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.

Pukul 2 pagi.

Jisoo kembali memandang ke arah Lisa lalu dia mula mengorak langkah menghampirinya.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya tiba-tiba membuatkan gadis itu menjerit kerana terkejut.

"Yah! Kau nak bunuh aku ke?! Boleh mati sakit jantung aku nanti!" Marah Lisa sambil memegang dadanya dan Jisoo hanya tersengih lebar lalu dia mengambil tempat di sebelah Lisa.

"Sorry." Ucapnya dan Lisa hanya memutarkan bebola matanya ke atas lalu dia kembali merenung kakinya yang berada di dalam air itu.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau buat apa dekat sini?" Soal Jisoo lagi.

"Saja nak cari ketenangan. Kau pula kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni." Soal Lisa pula.

"Aku nak minum air tadi." Jawab Jisoo dan Lisa hanya mengangguk faham. Kemudian, dia kembali mendiamkan diri dan terus merenung kakinya. Perkara itu membuatkan Jisoo berasa kehairanan.

"Limario, kau okay ke?" Soal Jisoo. Lisa mendongak dan memandang ke arah Jisoo bersama senyuman nipis.

"Aku okay.." Jawabnya tetapi Jisoo mengerutkan dahinya. Dia tahu yang Lisa tipu. Dia tahu yang gadis itu menyembunyikan sesuatu.

"Tipu." Balas Jisoo dan serta-merta senyuman yang terukir di bibir Lisa mati. Kemudian, satu keluhan berat meniti keluar dari bibirnya.

"Nothing. Aku cuma tak faham. Kenapa Bomi tak percaya dekat aku lagi eh?" Soal Lisa akhirnya membuatkan Jisoo tersentak sebelum mengeluh berat.

"Haish, dah la fikir pasal tu, Lisa. Kau dah cerita dekat dia perkara sebenar. Polis pun dah buktikan yang kau tak bersalah. Cuma sekarang ni atas dia jer nak percaya atau tak. Yang penting, kau tak bunuh Yookyung." Ujar Jisoo dan Lisa hanya terdiam.

"Dah. Tak payah fikir-fikir lagi. Sekarang ni, kau pergi masuk tidur. Dah pukul 2 pagi ni. Aku tahu esok cuti tapi tak perlulah tidur lambat. Tak elok untuk kesihatan." Bebel Jisoo dan Lisa hanya tergelak kecil.

"Yer la, ayam." Balas Lisa lalu dia bingkas diri. Jisoo pula ternganga.

"Kau panggil aku ayam sekali lagi, aku tendang kau masuk kolam ni!" Ugut Jisoo dan Lisa tersenyum sinis.

"Kau nak tendang aku, ayam? Hahah.. Belum sempat kau tendang, aku yang tendang dulu. Kaki pendek!" Balas Lisa lalu dia terus berlari masuk ke dalam rumah meninggalkan Jisoo yang mulai bengang itu.

"Dasar monyet berlagak!"

***

"Aku nak ke kedai dengan Rosie. Korang nak kirim apa-apa ke?" Soal Jisoo sambil menyarung topi hitam di kepalanya. Lisa dan Jennie yang sedang sibuk bermain permainan video itu dipandangnya.

"Ermm... nak aiskrim." Ujar Lisa selepas berfikir sejenak. Tangannya pula masih lagi lincah menekan butang kawalan.

"Nak jugak! Nak aiskrim susu." Jennie bersuara teruja. Mulutnya dimuncungkan mengikuti sebutan 'susu' tetapi matanya masih lagi tertumpu pada skrin tv.

"Orait! Lisa? Banana?"

Lisa mengangguk laju.

"Iyup! Banana!"

"Okay, noted." Jisoo mengangguk faham lalu memanggil Rose dan menyuruhnya itu cepat.

Kemudian, mereka berdua terus melangkah keluar dari rumah banglo itu dan berjalan kaki ke kedai yang berada tidak jauh dari rumah mereka tinggal.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE PINK BATTLE [BlackpinkXApink]Where stories live. Discover now