OY 23

3.3K 135 10
                                    

Khai P. O. V

Aku diam. Memandang tajam lelaki yang duduk di hadapan aku kini. Dia turut membalas dengan wajah yang serius. Sama-sama tidak menunjukkan wajah yang mesra.

"Aku nak bincang pasal Sya." Akhirnya dia bersuara selepas beberapa minit kami sekadar merenung sesama sendiri.

"Kau nak apa dengan dia?" Aku bertanya.

"About her family. Aku nak bagitau pasal family dia." Balas Hisyam masih dengan nada mendatar. Aku terus sahaja terkesima.

Family Sya?

"Kenapa? Ada ahli keluarga dia yang sakit ke?" Aku pula yang resah, meskipun bukan berkaitan keluarga aku. Mestilah resah, keluarga 'awek' tu. Kena lah ambil tau juga.

"Nope! Cuma nak bagitau, keluarga dia dah maafkan dia. Dorang nak aku tolong carikan Syakila semula."

Tanpa aku sedar, aku tersenyum lega. Akhirnya, setelah setahun Syakila bakal berjumpa dengan ahli keluarga dia balik. Mesti dia gembira bila dengar berita ni.

Tapi ada sesuatu yang memusykilkan aku.

"Macam mana keluarga dia boleh tiba-tiba maafkan Sya?" Soal aku.

Hisyam menjongketkan bahu.

"Mana aku tau. Hal keluarga dia, keluarga dia lah yang settle." Jawab Hisyam lalu menyedut air minuman yang dipesan tadi.

Suasana kembali bisu diantara kami.

"Aku nak Syakila."

Tiba-tiba dia bersuara memecah kesunyian kami dari tadi.

Aku pegun. Aku salah dengar ke?

"Apa kau kata?" soal aku.

"Aku nak Syakila balik." Dengan wajah yang selamba dia menuturkannya.

Tangan yang terletak dibawah meja, perlahan-lahan aku kepal geram. Rahang aku bergerak-gerak menahan amarah.

"Apa benda yang kau mengarut ni?  Hari tu kau sendiri yang buang dia, sekarang kau senang-senang nak dia balik? Kau fikir  Syakila tu apa, hah!?" Aku cuba mengawal nada suara supaya tidak menganggu pengunjung lain cafe ini.

Aku nampak dia menarik senyum. Senyum sinis.

"She's mine. Only mine!" Balas nya dengan riak wajah bangga. Aku ketap gigi, geram.

"Kau memang lelaki dayus. Benda yang kau dah ludah, kau nak jilat balik."

Berubah riak wajah bangga dia tadi.

"Kau tau tak, aku rasa kau ni dah macam gila talak. Orang tu dah tak nak dekat kau, tapi kau pula terhegeh-hegeh nak dia balik." Aku beri sedas bersama senyuman menyindir.

Rahang Hisyam bergerak,  dia cuba mengawal marah.

"Kau kata lah macam mana pun, satu hari nanti dia akan jadi milik aku balik. She will be mine! "

"Aku takkan senang-senang lepaskan kawan aku dekat orang psiko macam kau ni." Aku halakan jari telunjuk tepat-tepat dihadapan muka Hisyam. Usai berkata, aku terus bangun meninggalkan cafe.

"Khai! Aku tau korang lebih dari kawan." Teriak Hisyam kuat di luar cafe. Langkah aku terus sahaja terhenti.

Bila aku berpaling, dia sudah tersenyum sinis semula.

"Diorang dah maafkan dia sebab kes haritu. Tapi aku tak rasa diorang akan maafkan lagi bila tahu pasal benda ni." Beritahu dia masih dengan senyum sinis.

"Apa kau merepek ni?" Aku kembali melangkah mendekati Hisyam.

"Keluarga dia takkan maafkan dia bila diorang tau anak diorang ni ada hubungan dengan kaum sejenis."

"Aku takkan biarkan benda macam tu jadi lagi." Ucap aku dengan tegas.

"We will see. Tapi Jangan yakin sangat Khai. Kau sebenarnya terlupa sesuatu."

"Sya tu dari keluarga berada. Mesti diorang taknak benda-benda buruk jadi dalam keluarga yang boleh menjatuhkan maruah diorang. Sedangkan kes rogol hari tu bukannya salah Sya, tapi diorang sanggup buang Sya. Atas sebab benda tu."

Aku telan liur. Terasa payah.

"Apa pula akan jadi kalau diorang tau Sya bercinta dengan kaum sejenis? Buang keluarga selamanya? Mungkin?" Provok Hisyam.

Aku tertunduk sedikit. Berfikir.

Tiba-tiba sahaja kepala aku terasa sakit. Aku memegang kepala lalu mengeluh kecil. Arghh! Stress...

"Aunty Mai nak jumpa kau ahad ni. Ni kad dia." Hisyam menyerahkan kad berwarna merah kepada aku. Aku menyambut dalam keadaan menahan pening.

"Untuk apa?"

"Dia kata dia nak berkenalan dengan 'kawan baik' Syakila." Usai menjawab, dapat aku lihat dia tersenyum. Tapi sukar untuk aku tafsirkan senyuman tu.

Aku baca nama diatas kad tersebut.

Datin Maisarah Binti Ghani

'Wow! Aku tak pernah tau mak dia Datin.'

Bila angkat semula kepala untuk bertanya kepada Hisyam, dia dah bergerak meninggalkan aku terkebil sendiri.

'Cepatnya hilang. Baru nak tanya soalan.'

Aku pandang semula kad tersebut. Tanpa sedar, keluhan berat aku lepaskan.

Holla!!!! Sori lama menghilang... Hahaha... Jgn lupa vote and comment😘

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now