chapter : 01

5.8K 421 80
                                    

" tapak sekolah ni dulu adalah sebuah istana tua milik puan Nancy yang dibunuh 53 tahun dulu.

Kemudian...

Tak lama lepas tu, bangunan ni bertukar pemilik beberapa kali.

Dan akhir sekali, istana ni dirobohkan dan dibina pulak jadi sebuah sekolah convent sekolah perempuan saint maria. Macam yang kita nampak sekarang ni. "

[Story flashback]
Satu hari tu sorang pelajar perempuan telah senyap² dari asrama.

Jam dah hampir pukul 1 pagi barulah gedik nak balik.

Pelajar perempuan tu masuk ikut tingkap yang tak berapa tinggi sangat tu dan senyap² masuk ke ruang tamu asrama.

Dia tukar bajunya kepada baju tidur. Kenalah tukar, kang tak pasal² terserempak dengan warden. Kena tangkap pulak sebab kes merayap tengah malam buta.

Dah settle tukar baju tu. Dia pun jalan la berjengket-jengket nak naik tangga sebab bilik dia kat tingkat atas.

' bongok betul siapa yang bina asrama sekolah ni. Lain kali buatlah lif ke, escalator ke, tak payah susah² aku nak panjat anak tangga yg banyak ni. '

Selesai je menyumpah seranah tangga tu. Tiba² dia terdengar suara orang tengah menangis.

Suara tu datang dari bilik stor hujung koridor sebelah tingkap yang dia masuk tadi.

Secara automatik langkahnya terhenti. Kemudian dia menoleh.

Perlahan-lahan dia mendekati pintu stor tu. Bila dah sampai depan pintu tu. Dia tunduk sikit sebab nak intai apa yang berlaku dekat dalam stor tu.

Dia mengintai melalui lubang kunci pintu tu.

Tapi alangkah terkejut beruknya dia, bila nampak ada mata lain yang sedang mengintainya juga melalui lubang kunci tu tadi.

Pelajar perempuan tadi ketakutan dan mengundur ke belakang.

Pintu stor tu terbuka secara tiba².

Seorang lelaki dalam lingkungan 20-an menjerit meminta tolong padanya.

" JANGAN LARI! AKU TERPERANGKAP! "

Lelaki tu kata. Tak lama kemudian sebelah mata kiri lelaki tu terkeluar. Manakala sebelah lagi kosong.

"TOLONG AKU! "

Badan lelaki itu makin mengecut sampai nampak tulang. Kulitnya pulak makin mereput.

Lelaki tu cuba menghampiri dia sambil meminta tolong.

Nafas pelajar perempuan tadi dah turun naik. Kemudian dia menjerit.

[Story falshback end]

" jangan jerit la sundal! " irene menekup mulut Yeri yang menjerit tu.

" kau ni buat semua orang jadi takut je. " kata Joy pula.

" blah la kau. Aku taknak cerita seram kat kau lagi dah. " marah Irene,lalu menolak sikit badan Yeri.

Dalam masa yang sama, warden asrama tengah on the way nak check bilik pelajar kalau² ada yang masih berjaga.

Irene ni pulak jenis telinga tajam. Dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang sedang menuju ke bilik mereka.

" ssst. Warden datang. Cepat! " bisik Irene pada kawan² yang lain.

Kelam kabut mereka semua bangun dan pergi ke katil masing².

Lilin yang diguna untuk menerangi bilik tadi dah dipadam oleh Irene. Serta merta bilik tu jadi gelap gelita.

Semua dah ready di katil masing². Mula la teknik nak kencing warden tu. Mereka pura² tidur.

Masa tu la warden baru sampai. Pintu bilik dibuka dengan kasar. Suis lampu bilik di on. Matanya liar memeriksa penghuni bilik tu.

" siapa yang jerit tadi? " tanya warden yang garang tu.

Diorang yg buat² tidur tadi dah terbangun bila dengar suara dingin warden tu.

" bae Joo Hyun?" warden pandang tepat pada irene.

Irene cuma buat muka tak bersalah, kemudian dia pandang arah seorang pelajar perempuan yg kebetulan masih berjaga dan syok mengadap laptop.

" tu ha, cikgu. Budak baru tu. Dia la yang jerit tadi. Nama dia son chaeyoung. " irene tunjuk arah chaeyoung yg duduk di katil barisan hujung.

Semua mata kini tertumpu pada chaeyoung.

"Son Chaeyoung. Kenapa kamu menjerit? " tanya warden dengan tegas.

Chaeyoung yg berselubung dengan selimut dan membelakangi mereka semua, mula membuka selimutbtu dan menoleh.

" bukan saya yang jerit. " jawab Chaeyoung.

" eh eh taknak mengaku pulak. Engkau yang jerit tadi! " tuduh Irene.

" betul tu cikgu, kitorang semua dengar dia jerit tadi. Kan, korang? " Wendy pun berkomplot tuduh si chaeyoung tu.

" betul! Dia yang jerit tadi, cikgu! " pelajar lain turut menuduh chaeyoung.

" bukan saya. " chaeyoung membela dirinya.

" bukan saya. "

" bukan saya. "

Pelajar lain makin rancak menuduh dia.

Akhirnya sebab dia tak tahan dengan riuh rendah pelajar lain menuduhnya. Dia menjerit.

" SAYA TAK BUAT!! "

Ternganga mulut warden bila tengok chaeyoung yg tiba-tiba menjerit.

Bersambung...

Dah baca lepastu sila vote ye. Sekian..

[C] SENIOR - K.S.JWhere stories live. Discover now