BONUS CHAPTER

2.3K 240 20
                                    

" Kalaulah suatu hari nanti, aku mati.Aku nak bersama kau Kim Seokjin. "

Chaeyoung berbisik sambil menatap gambar seokjin di dalam cermin galeri itu.

Hari semakin senja, bunyi guruh juga asyik berdentum.

Chaeyoung mengatur langkah meninggalkan galeri itu.

Sebelum menyeberangi jalan raya, dia menoleh melihat gambar Seokjin buat kali terakhir.

" Selamat tinggal senior. " Chaeyoung tersenyum.

Lalu memulakan langkahnya semula.

Tanpa Chaeyoung sedar..

BUKKK!!

Tubuh Chaeyoung terhumban jauh ke tengah jalan raya.

Badannya sakit² , darah membuak-buak keluar dan mengalir dari kepala dan bibirnya.

Orang awam makin ramai berhenti melihat dan cuba memberi bantuan.

Pemilik kereta tadi keluar dari perut kereta. Kelam kabut dia mendail sesuatu di telefonnya.

Pandangan Chaeyoung semakin kabur.

Dalam samar² itu. Chaeyoung melihat satu cahaya putih disebalik orang awam yang ramai itu.

Cahaya itu berjalan menghampirinya.

Nafas Chaeyoung tersekat-sekat dan tekaknya asyik memuntahkan darah.

Cahaya samar itu semakin jelas. Cahaya itu berubah menjadi rupa Seokjin.

" Seok..Jin..." Terketar-ketar suara Chaeyoung.

Orang awam ramai sudah mula panik dan cuba membantu apa yang patut.

Tepat pada waktunya, paramedik tiba memberi bantuan.

" Cik, bertahan ye. " paramedik itu mengeluar stroller dari ambulans.

Mata Chaeyoung sudah kuyu. Air matanya tak berhenti-henti mengalir.

" Seok...Jin...tolong...ba...bawa aku sekali..." rayu Chaeyoung.

Seokjin yang sedang melutut disisi senyum lalu mengangguk.

Paramedik itu pelik, dengan siapakah Chaeyoung bercakap.

Paramedik itu cuma fokus melakukan kerjanya.

Tubuh Chaeyoung angkat dan diletak atas stroller . Dan dibawa masuk dalam ambulans.

Baru sahaja wayar pernafasan hendak dipakai pada Chaeyoung tapi Chaeyoung menghalangnya.

" J..Jangan..." Chaeyoung menepis perlahan tangan paramedik itu.

" Cik, jangan risau cik. Benda ni untuk bantu pernafasan cik. " Paramedik tu kata.

Nafas Chaeyoung sudah makin sampai ke penghujungnya.

Seokjin menghulurkan tangan pada Chaeyoung.

Chaeyoung menyambutnya.

Paramedik itu semakin hairan melihat gadis ini. Dia hulur tangan pada siapa?

Tersentuh saja tangan Chaeyoung dan seokjin. Roh Chaeyoung keluar dari jasadnya.
Jasad Chaeyoung pula sudah longlai di atas stroller.

Chaeyoung memandang Seokjin.

" Aku rindu kau. " bisik Seokjin.

Tiga perkataan yang keluar dari mulut Seokjin sahaja sudah mampu membuat Chaeyoung mengalir air mata.

Sungguh dia rindu akan lelaki itu. Akhirnya tubuh sasa seokjin itu dipeluknya.

" Shhh... Sudah.. Kita kena pergi. Ini bukan tempat kita. " Seokjin meleraikan pelukan tadi.

Tangan Chaeyoung diraihnya.

Kemudian mereka berdua menghilang bersama-sama cahaya samar tadi.

Paramedik tadi sudah mulai panik kerana Chaeyoung sudah tidak bernyawa.

Seorang lagi paramedik yang bertugas sebagai pemandu menghalang paramedik dibelakang meneruskan usahanya.

" Sehun . "

Sehun menoleh memandang pemandu itu.

" Sudahlah. Cukup..dia dah takde.." katanya.

" Mana boleh, Xiumin. Aku kena usaha lagi!  " Sehun mengeluarkan alatan paramediknya.

" Sudahlah!  Dia dah takda. Aku sendiri nampak yang dia dah pergi. " Xiumin menghalang sehun lagi.

Tapi kali ini sehun tak melawan. Dia akur, dan menyelimuti jasad Chaeyoung itu dengan kain putih.

Van ambulans masih bergerak menuju ke hospital berdekatan.

Sehun yang tadi berada di bahagian belakang kini bertukar tempat. Dia duduk disebelah Xiumin yang sedang memandu.

"  Hyung. Macam mana kau tahu yang dia dah tak boleh diselamatkan?  Dan apa maksud kau, kau nampak dia pergi tadi? " Sehun mengemukakan soalan.

Xiumin diam dan hanya fokus pada pemanduannya.

Tiba di hospital, selepas selesai membawa mayat Chaeyoung ke bilik mayat.  Barulah Xiumin membuka cerita.

" Aku boleh nampak roh orang dah mati. "

-THE END-

Btw chapter bonus ni aku reka sendiri. Hoho. Best ke idok??  And thanks sebab support buku ni. Aku sayang korang semua. Muah muah muah

[C] SENIOR - K.S.JWhere stories live. Discover now