chapter : 18

1.4K 179 2
                                    

Selama ini chaeyoung bukan sahaja menyiasat tentang kes pembunuhan Puan Nancy saja.

Dia ada menemukan kes lain yang pernah terjadi dibangunan itu 30 tahun lalu.

Muka seokjin berubah bila mendengar penerangan Chaeyoung.

" Dan mangsa pembunuhan tu ialah....kau. Kim seokjin. " kata Chaeyoung dengan lemah.

Seokjin tergamam.

kadang kala hantu lupa masa lalu mereka dan ada juga yang boleh lupa cara macam mana mereka mati.

Air jernih mula mengalir dari atas kepala seokjin dan membasahi tubuhnya.

Tangan kanannya diletakkan pada dada belah kirinya. Darah membuak-buak keluar mengalir bersama air tadi.

" Aku dah ingat sekarang...sebenarnya aku takde kaitan dalam kes ni. Tapi aku siasat kes ni.

Malam tu, aku pergi ke tempat kejadian senyap². "

Seokjin flashback.

Tiba-tiba bunyi tembakan dilepaskan.

Seokjin tersembam jatuh ke dalam kolam renang.

End seokjin flashback.

" Aku mati, tapi aku tak tahu siapa pembunuh aku.

Sebab tu aku ada dekat sini. Untuk cari kebenaran. "

Kemudian seokjin senyap menikus.

" Senior? " Chaeyoung tercari-cari.

Chaeyoung menuju ke gereja sekolah.

Pintu gereja itu dikuak perlahan. Dia melihat seseorang sedang melutut di depan patung. (Patung yang dalam gereja tu la.aku tak tahu apa nama benda tu.)

Orang itu ialah pengetua sekolah itu. Puan Jihyo.

" Puan Jihyo? "Chaeyoung memanggilnya

Tapi dia tak memberi respon apa pun.

Chaeyoung memandang puan Jihyo dengan pandangan kosong.

" Baby Ddaeng. "

Bila chaeyoung memanggilnya dengan nama itu, barulah puan Jihyo mendongak memandang chaeyoung.

Chaeyoung tahu tentang sejarah silam puan Jihyo melalui bau yang dihidu dari buku cerita kanak-kanak dia jumpa di perpustakaan tempoh hari.

" Batas waktu saya dah tamat. " kata puan Jihyo.

Chaeyoung mengeluarkan buku cerita kanak-kanak dari poket cardigan-nya. Lalu diberi pada puan Jihyo.

Puan Jihyo seakan-akan tergamam bila nampak buku itu

" Macam mana awak jumpa buku ni? Buku ni adalah hadiah hari jadi saya yang ke-6."

Buku cerita itu diselak helaian demi helaian.

" kebahagiaan yang saya rasa waktu saya kecil. Dan memori yang seharusnya saya lupakan.

Puan Nancy ialah manusia bertalamkan dua muka. Depan semua orang, dia menjadi ibu yang paling baik.

Tapi bila dibelakang semua orang. Dia selalu mendera saya.

Dia juga pernah mengurung saya dalam sebuah almari yang sangat sempit.

Hanya buku ini saja yang menemani saya ketika itu.

Berulang kali, entah untuk kali yang keberapa aku baca buku ini.

[C] SENIOR - K.S.JWhere stories live. Discover now