Chaeyoung ,seokjin dan penjaga bangunan lama tu masuk kedalam lif.
Button naik ke tingkat atas ditekannya.
Semasa dalam lif, masing² diam membisu. Cuma dengar bunyi geseran lif lama yang mereka naik tu.
Chaeyoung dah terhidu macam² bau hantu dalam lif tu. Tapi dia cuma berlagak tenang je.
Tiba je ditingkat yang hendak dituju, chaeyoung memerhati keadaan sekeliling.
" dah banyak yang berubah. Dulu tak macam ni. " kata seokjin.
Tiba-tiba gambaran seperti dalam hospital terpampang depan mata chaeyoung. Ada ramai jururawat dan pesakit sedang lalu lalang.
Kemudian gambaran tu makin pudar.
" kau nampak tak pintu yang berkunci tu? Dulu tu bilik bersalin." seokjin bersuara lagi.
Chaeyoung terbayangkan ramai bayi yg lahir dalam bilik tu. Tapi dalam keadaan yang ngeri. Cepat² dia tersedar dari lamunannya.
" pakcik dah lama kan tinggal sini? Pakcik pernah tak alami benda² yang pelik? " chaeyoung tanya pada penjaga bangunan ni.
" oh selalu sangat. Sampaikan dah terbiasa. Kamu nampak pintu yang berkunci tu? " pakcik jaga tu tanya sambil tunjuk arah pintu yang bermangga tu." pakcik tiap² malam nampak hantu jururawat yang sarat mengandung masuk ke dalam bilik tu. " kata pakcik jaga tu lagi.
Skip.
Chaeyoung membonceng basikalnya, manakala seokjin berada di sebelah.
" dulunya doktor min yoongi tu ialah doktor sakit puan kat hospital ni.
Jururawat yang sarat mengandung tu mesti ada sangkut paut dengan dia dalam hal ni.
Mesti doktor tu ada apa² hubungan dengan perempuan dekat bangunan ni." chaeyoung kata.
Orang disekelilingnya pelik pandang dia. Bercakap dengan siapa tu?
" tapi bila aku check kat bahagian registration name. Takde kaitan pulak nama diorang tu. " chaeyoung pelik.
" mungkin ada satu , Puan Nancy Jowel. "
Chaeyoung menyeberangi jalan raya. Masa tu orang² tengok dia semacam sebab dia bercakap sorang².
" oh satu lagi, adik tiri encik Kim Taehyung yang bernama Jeon Jungkook, sekarang hidup lagi. Nanti aku cuba slow talk dengan dia. " kata chaeyoung sambil membonceng basikal.
Skip
Chaeyoung berdiri depan rumah yang tak nampak macam rumah.
Rumah tu milik keluarga mendiang Kim Taehyung, tapi sekarang Jeon jungkook yang tinggal disitu.
" untuk apa budak hingusan macam kau ni datang nak tanya pasal masa silam? Pergi balik sana! " Jungkook terus hempas pintu.
Terpejam mata chaeyoung bila pintu tu ditutup kuat depan mukanya. Rasa nak carut je orang tua tu!
Tiba-tiba seokjin muncul entah dari mana.
" tak berjaya. " seokjin mengeluh.
" budak hingusan ye? " chaeyoung rasa tercabar dengan ayat jungkook tadi.
Skip
Tzuyu masuk ke tandas, dia nak mencuba pregnancy test yang baru saja dibelinya kelmarin.
Lepas beberapa minit , akhirnya result pregnancy test tu positif.