chapter : 20

1.7K 207 22
                                    

53 tahun dah lama berlalu. Kini kes pembunuhan puan Nancy memiliki perkembangan terbaru.

Berdasarkan pengakuan biarawati Park Jihyo, mendiang tukang kebun itu telah mendapat keadilannya.

Park chanyeol a.k.a tukang kebun itu tak perlu bertanggungjawab atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Sejak itu, takde lagi ganggu hantu di sekolah ini.

Dan Park Jihyo pula, jenayahnya diputuskan sebagai kesalahan tanpa niat dan status batasan kes itu sudah luput.

Dia tetap mempercayai karma tuhan. Dan  dia berikrar menghambakan dirinya berkhidmat demi tuhan di konven ini dan melupakan dunia sepanjang hayatnya.

Rangka dalam dinding itu sepadan dengan ujian DNA. Dan rangka itu positif milik Kim Namjoon.

Sejak itu, tiada  sesiapa dengar bunyi aneh dari dinding itu lagi.

--

Chaeyoung mengunci beg bagasinya.

Dia lihat ruang bilik itu buat kali terakhir.

Tangannya mencapai beg bagasinya tadi dan dibawa keluar bersamanya.

Pintu bilik asrama itu ditutup rapat semula. Chaeyoung berjalan menuju ke anak tangga dan menyusuri.

Langkahnya tiba di anak tangga yang terakhir.

" Cik Son Chaeyoung. "

Chaeyoung memandang kearah suara itu.

Cik Kang Daniel berdiri di muka pintu sambil memberi senyuman.

" Semoga berjaya. Semoga Tuhan memberkati awak. " Kang daniel kata.

Chaeyoung meletakkan beg tadi dan mengatur langkah kearah Kang Daniel.

Terus dia memeluk tubuh sasa cikgu lelaki itu.

" Jumpa lagi, cikgu. " Chaeyoung mengeratkan lagi pelukan itu.

Kang Daniel membalas pelukan itu sambil itu menepuk perlahan belakang badan Chaeyoung.

Pelukan tadi dileraikan, Chaeyoung kembali mencapai beg bagasinya tadi dan mengatur langkah keluar dari situ. Sempat juga dia melambai pada Kang Daniel.

--

Chaeyoung menutup pintu keluar utama asrama itu.

Dia memandang pemandangan sekeliling taman itu.

Seokjin menghilang sejak hari itu.

Malam itu, seokjin menghilang tanpa kata macam waktu pertama kali dia datang.

Dia seolah-olah tak pernah ada.

Chaeyoung menarik nafas panjang.

" Kim Seokjin...kau dekat mana? " Kata chaeyoung dengan sayu.

--

Malam itu Chaeyoung duduk di kerusi meja belajar. Tangannnya lincah menulis sesuatu pada sehelai kertas.

Seokjin, aku ingat lagi. Kau pernah cakap, kalau tulis surat ni satu benda yang romantik.

Aku tak pernah tulis surat untuk sesiapapun. Tak tahu nak tulis apa. Kalau macam tu, aku akan tulis je.

Yang aku rindu sangat² dekat kau.

Bila kita boleh sembang lagi macam dulu?

Dari,
Partner mu.

Chaeyoung tersenyum sendirian. Kertas tadi dilepat elok² dan dimasukkan dalam sampul surat.

Botol minyak wangi dicapainya lalu dia membuka penutup botol itu dan menyembur sedikit pada sampul surat tadi.

[sebuah galeri gambar lama
akan dirobohkan.
Pihak pembangunan akan
membina bangunan baru di lokasi tersebut.]


Berita yang baru sahaja tersiar di kaca tv menarik perhatian Chaeyoung.

Cepat² dia membuka laptopnya dan menaip sesuatu.

Ketika menaip ,tiba-tiba sahaja laptopnya berkelip-kelip lalu skrin menjadi gelap.

Kemudian keluar tulisan yang bertulis.

- Galeri lama-
Gambar belah kanan hujung sekali
bahagian bawah.

Tanpa membuang masa, Chaeyoung bergegas ke tempat itu.

--

Chaeyoung memerhatikan setiap gambar yang ada di galeri lama itu.

Sejak dari awal penyiasatan,  ini adalah kali pertama Chaeyoung dapat melihat wajah sebenar Seokjin. Senyumannya cukup manis.

Chaeyoung tersenyum melihat gambar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chaeyoung tersenyum melihat gambar itu. Dalam masa yang sama. Dia terimbas kenangan ketika mereka bersama.

-THE END-

A/N: aku dah janji en nak buat bonus chapter. Ha sabo. Aku tengah fikir jalan cerita. Korang jangan risau.

[C] SENIOR - K.S.JWhere stories live. Discover now