"Weh mana si Hakim ni?Pergi tandas pun lembab mcm pompuan" kata abil. Atau tepat lagi Nabila.
"Sabar ah jap lagi datang la tu" getus Zach sambil mengscroll akaun instagramnya. Bingit betul dengan perangai Abil ni . Dari tadi bebel macam perempuan . Eh mmg perempuan pun . Yang si Hakim ni lembab sangat pun kenapa.
"Sorry geng tadi ada awek minta tolong aku pun tolonglah" Jerkah Hakim dari belakang Abil sambil senyum senyum. Abil menguling mata ke atas . Dasar lelaki. Nampak dahi licin je terus sambar.
"Weh cepatla dah lambat ni"Kata Abil apabila melihat dua ekor mangkuk itu menglihat perempuan dari jauh . Perempuan itu seperti melambai lambai ke arah mereka. Mungkin itula perempuan yang baru ditolong oleh Hakim . Telahnya.
"Weh sabarlah. Tak lari pun zouk tu!"Kata Hakim sambil terkocoh kocoh mengejar Abil sambil diikuti oleh Zack.
"Cepatlah terhegeh hegeh macam pondan!" jerit Abil sambil menghidupkan enjin motor berkuasa tingginya. Lagaknya sama seperti seorang lelaki.
Hakim dan Zach berlari ke arah tempat parking motor yang tidak jauh dari cafe lalu meninggalkan kawasan tersebut.
-----------------
"Orange juice please"kata Abil kepada pelayan club terkemuka itu . Pelayan itu hanya mengangguk dan menuangkan air ke dalam cawan dan diberikan kepada Abil. Abil minum dengan sekali teguk sahaja. Dia mencari kelibat rakanya. Kelihatan Zach sedang bermesra dengan seorang gadis . Yang si Hakim pula tidak kelihatan. Mungkin sedang check in kot. Fikirnya.
Abil melihat sekeliling club tersebut . Ada yang sedang menari tak ingat dunia. Ada yang sedang bercumbu . Ada yang sedang berpelukan. Seperti tidak takut akan dosa yang mereka lakukan.
Ketika matanya ligat memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba ada 1 lelaki duduk disebelahnya sambil diiringi oleh 2 orang lelaki berkaca mata hitam dan sial bersuit. Ni nak pergi kerja ke nak pergi club. Soalnya .
"Go have some fun and leave me alone"kata lelaki duduk di sebelahnya dengan nada agak tegas. Kemudian lelaki itu memandang sekilas sebelum mengangkat jari menunjukkan no 1 ke arah pelayan itu. Pelayan itu mengangguk lalu terkocoh kocoh menyediakan wine. Kuat betul aura lelaki ini sampai pelayan pun takut padanya. Bisik hati kecil Abil.
"Kau tengok apa!?" Suara garau Ammar membuatkan lelaki disebelahnya sedikit terkejut. Sedari lelaki itu hanya pandangnya dengan ekor mata. Taulah dia handsome tapi takkan sampai lelaki pun cair tengok ketampanan dirinya. Pujinya sendiri.
"Er...Er..Sorry"Kata abil perlahan apabila terasa sepasang mata lelaki itu tajam memandangnya. Abil menurunkan hoodienya apabila terasa mukanya panas dipandang tajam oleh lelaki itu sebentar tadi.

"Eh..betina rupanya.."kata Ammar perlahan sambil meneguk wain didepannya. Patutla tak berkelip tengok aku. Jawabnya.
Walaupun perlahan tapi masih didengari Abil. Tak guna punya laki. Dia ingat aku ni lelaki apa.. Walaupun pakaian dia seakan lelaki tetapi dia masih seorang wanita tulen.
Abil merengus lalu terus dia bangun.Sengaja dia melanggar bahu lelaki itu .
"Oi sakitlah!"tempik Ammar . Nasib baik club itu bising dengan lagu Bonbon . Kalau tak sah sah semua mata tertumpu pada mereka.
"Eh ada orang rupanya!"balas Abil sambil senyum sinis. Sengaja menaikkan amarah lelaki itu lalu terus berlalu dari situ tanpa menghiraukan lelaki itu. Tula siapa suruh cari pasal dengan dia. Padan muka! bisiknya.
"Sial punya tomboy!"marahnya perlahan sambil menumbuk
meja didepannya.
"Kau tengoklah kalau aku jumpa kau lagi habis kau aku "kerjakan"!"sambungnya lagi sambil melihat perempuan itu pergi.
