bab4

13.6K 136 10
                                        

Abil duduk dimeja kerjanya. Dia terkejut dengan kejadian tadi . Kenapalah dia jumpa dengan mamat tu lagi.

"Haa dah bagi kopi dekat Tengku Ammr?" sergah Kak Lia.
Abil hanya mengangguk . Fikirannya masih lagi melayang tentang kejadian tadi.

"Tengku ada marah Abil ke tadi?"tanya kak Lia apabila melihat Abil seakan terdiam.

"Eh takde Kak . Tadi Abil hantar kopi terus keluar. Tengku tak cakap pape pun" Jawab Abil apabila dia perasan Kak Lia nampak perubahan dirinya.

"Ohh baguslah. Handsomekan Tengku?" Tanya Kak Lia tersengih sengih sambil membelek belek fail ditangannya.

"Ala biasa je"Jawab Abil malas. Ish tak padan betul mengandung anak 1 Kak Lia ni . bisik hatinya.

---------------

Sudah seminggu Abil bekerja di bawah Tengku Ammar.Ada sahaja salahnya di mata Ammar. Kak Lia pula sekarang sudah 2 hari tidak masuk kerja. Katanya badan sakit sakit. Almaklumlah dah masuk 8 bulan.
Sepanjang seminggu dia berkerja di bawah Tengku Ammr. Ada sahaja salahnya di mata lelaki itu walaupun sekecil zarah. Manakan tidak , 2 hari lepas dia baru je lambat buat air untuk Tengku Ammar tapi kesalahannya seperti menyelewengkan duit syarikat. Habis 1 office dengar dia kena marah. Dasar jantan harimau . Bentak hatinya.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 lebih .Sepatutnya dia sudah balik 3 jam yang lalu. Tapi disebabkan Tengku Ammr memberikan dia tugas yang banyak jadi dia terpaksa stay back. Tambah-tambah Kak Lia tiada maka terpaksa lah dia menyelesaikan tugasannya seorang diri .

Daniel iaitu rakan sekerjanya ada mempelawa untuk temannya tadi. Tapi ditolak kerana tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Menyesal pula dia rasa.

Abil merenggangkan badannya . Terasa lenguh sekali belakangnya. Dari jauh dia terdengar pintu dipartmentnya seperti dibuka seseorang. Dia menjadi takut . Dahlah staff lain dah balik tinggal dia sorang je. Tiba - Tiba fikirannya teringat akan rakan sekerjanya pernah bercerita tentang kes percurian pernah berlaku di pejabatnya itu.

Abil tanpa berlengah lagi terus masuk ke bilik Tengku Ammar memandangkan dia berasa bilik itu sahaja yang selamat. Sempat juga dia mengambil helmet yang berada di bawah mejanya. Dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu bilik Tengku Ammar.

Tup ! Tap! Tup!

Bunyi tapak kaki pencuri itu semakin lama semakin dekat . Sesekali dia terdengar juga bunyi kertas bertaburan. Dalam hatinya hanya tuhan yang tahu. Sempat juga Abil menyumpah Tengku Ammar kerana lelaki itu dia terpaksa stayback di office.

Tiba-tiba tombol kunci bilik Tengku Ammr dikuak dari luar. Abil sudah berasa seram sejuk dibelakang pintu. Helmetnya digenggam erat erat. Tunggu masa sahaja dia henyak pencuri itu .

Papppp!!!!

Helmet yang dipegang akhirnya melayang ke belakang kepala lelaki itu.
"Arghhhhh!!"Jerit lelaki itu lalu terdorong ke lantai .
Abil terkejut melihat lelaki itu.
"Teng...Tengg.ku" Kata Abil tergagap gagap.
Abil terus mendapatkan Tengku Ammar. Ammar sedang mengerang kesakitan akibat kelapanya dihentak dengan helmet.

"KAU BODO APA NAK HENTAK AKU DENGAN HELMET!" Bentak Ammr sambil memegang kepalanya.
Abil menolong Ammar untuk duduk.
Sebelah tanganya memegang kepala Ammar manakala sebelah lagi memegang bahu Ammar. Dia cuba menyeimbangkan kedudukan Ammar.

Tiba-tiba Abil terlihat ada cecair pekat ditangannya. Darah!Bisiknyaa.
Dengan tiba tiba penghilatannya menjadi gelap. Kepalanya terasa terhuyung hayang dan buppp!!

----------

Haii awak awak semua so mcm mana dgn cerita tomboy ni? okey tak ke KO? Drop ur comment okey and jangan lupa vote tauu

Tom boyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang