bab2

17.7K 119 2
                                    

Abil melangkah masuk rumah apartment milik sepupunya ,Dania. Jarinya liat menekan mesej untuk dihantar kepada Zach. Tadi semasa meninggalkan club dia tidak sempat memberitahu Zach bahawa dia nak balik. Selalunya dia akan memberitahu Hakim atau Zach jika dia ingin pulang ke rumah. Walaupun mereka berperangai setan tapi mereka amat ambil berat tentang Abil. Mungkin sebab mereka sudah berkenalan sejak dibangku sekolah lagi. Ketika zaman persekolahan, tiada siapa ingin berkawan dengan Abil. Kerana mungkin perwatakannya yg kasar . Jadi rakan-rakan perempuan tidak ingin untuk mendekati Abil. Sampailah datangnya dua ekor mangkuk yang sudi berkawan dengannya sehingga sekarang.

"Awal balik?"Sapa Dania yang sedang menonton televisyen. Satu-satunya keluarga yang dia ada di Kuala Lumpur.Setelah kematian ibu bapanya, keluarga Dania la yang banyak membantu dia hingga kini. Dania mengajak Abil untuk tinggal bersamanya di KL selepas tamat persekolahan memandangkan dia keseorang di KL.Maklumlah adik beradik takde.Paklong dengan maklong pula tidak mahu ke KL kerana sayang untuk meninggalkan rumahnya di Melaka.

"Haah"jawab Abil yang muda empat tahun dari Dania.
"Wahh sedapnya bau!"Jerit Abil apabila menangkap sesuatu bau yang sedap di dapaur. Dia terus berlari ke dapur. Dan membuka tudug saji. Spagheti carbonara!Bisiknya.
"Haa makanlah!Tadi aku balik awal tulah sempat masak spaghetti tu!"jerit Dania dari luar dapur. Masak benor dengan perangai sepupunya sorang itu. Balik balik je terus cari makanan.

Abil membawa pinggang berisi spaghetti dan segelas air sejuk ke depan tv. Dia ingin duduk di sebelah Dania. Tapi disebabkan tidak muat dia menolak Dania menggunakkan punggungnya. "Ish kau ni!"bentak Dania perlahan.Lalu memberikan ruang kepada Abil.
Tanpa menghiraukan Dania dia terus menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya.Sedap!. Beruntung badan dapat sepupu yang baik dan pandai masak seperti Dania. Tak seperti dirinya . Masak nasi pun mentah. Ni apa lagi spaghetti. Bebelnya sendiri.

"Tadi kau pergi mana?"Tanya Dania memecah kesunyian.
"Club"jawab Abil selamba. Setiap kali balik mesti soalan tu ditanya. Macam takde soalan lain.Bisiknya dalam hati.
"Ishh..kau ni..berapa kali aku nak cakap tempat tu haram. Bahaya pula tu. Kau ni apa nak jadi .Kau tu perempuan. Kalau apa apa jadi ,siapa susah? Aku jugaa.. Kang tak pasal pasal aku kene pelangkung dengan paklong kesayangan kau tu."Bebel Dania dengan sekali nafas.
"Ala aku pergi dengan Zach dengan Hakim laa"jawabnya malas. Dah agak dah yang sepupunya akan bebel . Bukan salah dia pun . Dulu Dania juga yang ajar dia ke situ . Katanya itu kehidupan bandar .Tapi itu dulu sebelum Dania berubah mendapat hidayah dari Tuhan. Sekarang Dania sudah berubah . Dari dulu berpakaian seksi. Sekarang nak tengok dia pakai seluar slack pun susah. Dulunya Dania tidak pernah solat tapi sekarang cukup 5 waktu. Berbeza dengan dirinya . Bagai langit dengan bumi . Dari dulu sama jee . Bukan semakin baik . Semakin jahat adalah.

Dania menarik nafas perlahan. Salah dia juga dulu bawa budak mentah masuk club. Ajar benda bukan bukan . Kalaulah dia dapat putarkan masa , mahu diperbaiki kesilapan lalu. Tapi itu hanyalah harapan. Dia selalu berdoa supaya Abil akan kembali ke pangkal jalan.

Tom boyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang