Abil memarkirkan motornya di tempat parking motor . Baju kurungnya dan rambutnya dibetulkan . Susah betul naik motor dengan pakai baju kurung ni. Kalau bukan sebab peraturan syarikat yang ingin berpakaian sopan dan menutup aurat dah lama dia pakai seluar slack dengan kemeja. Bebelnya sendiri.
Abil melajukan langkahnya ke bangunan. Dia memasuki perut lift yang agak sesak dengan manusia. Dia menekan punat di tingkat 8.
Setibanya di tingkat 8 dia terus punchcard. Shit! Lambat 2 minit. Kalaulah tingkat bangunan dia kerja tak tinggi mcm ni dah lama dia sampai . Bebelnya dalam hati.Dia terus duduk di sebelah meja Malia atau lebih mesra dipanggil Kak Lia. Jawatan dia disebagai seorang kerani atau lebih tepat PA kepada Kak Lia . Kerana segala yang kerja Kak Lia akan dibantu oleh dirinya . Kak Lia pula PA kepada Datuk Malik.
Abil melihat Kak Lia yang sedang sarat mengandung itu seakan kelam kabut mengemas meja Datuk Malik dari luar tingkap memandangkan tidak ditutup oleh langsir.
Abil bangun lalu pergi ke arah Kak Lia.
"Kak kenapa kelam kabut ni ? Meh saya tolong"Pintaku apabila kesian melihat Kak Lia.
"Bos baru nak masuk lah bil"ujarnya sambil tanganya liat mengemas.
"Bos baru?"Tanyaku pelik. Sejak bila ada orang mengantikkan Datuk Malik dan kenapa dia tak tahu.
"Haah bil. Bos baru. Akak pun baru 2 hari lepas dapat tahu.Anak Datuk Malik"Terangnya apabila melihat wajah ku pelik.
"Akak dengar anak dia lain macam sikit. Lain benor perangainya dengan Datuk Malik.Katanya panas baran sikit"sambungnya lagi .
Ahh sudah .Tak sukannya dapat majikan macam ni!jerit hati kecil Abil.
"Eh dahlah. Akak rasa dah kemas ni.Jomlah sambung kerja"Ajaknya apabila puas hati dengan kekemasan bilik itu . Kami berdua pun keluar dan sambung kerja yang terbengkalai.-------------
Selesai sahaja makan tengahari aku terus membonceng motorku ke bangunan Malik Holdings. Harini aku makan keseorang kerana Kak Lia tak larat nak keluar office . Rakan sekerja yang lain pula sudah awal awal keluar lunch. Ni sebab kena tolong Kak Lia kemas tadilah . Tak pasal pasal kene makan sorang!
"Abil!" Jerit Kak Lia dari pantry . Aku pergi ke arahnya .
"Bil , tolong Kak Lia hantarkan kopi ni kat bos. Akak tak tahan nak pergi tandas jap"Pintanya sambil mengepit kedua kangkangnya. Tak tahan sangatlah tu .
"Bos dah ada?" tanyaku dengan intonasi sedikit kuat apabila melihat Kak Lia sudah ingin pergi ke tandas.
"Dahh!Tolong hantarkan tau!"balas Kak Lia sambil berlari kecil ke tandas.Aku membawa kopi dengan pernuh cermat. Kata kata Kak Lia pagi tadi kembali bermain difikiranku. Entah mengapa aku berasa sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi aku tolak perasaan itu jauh jauh . Mungkin perasaan aje . Fikirku.
Aku mengetuk pintu beberapa kali .
"Come in" terdengar suara garau dari dalam. Aku membuka pintu dan berjalan dengan perlahan ke meja lelaki itu. Lelaki itu sedang membaca sesuatu di dalam fail menyukarku untuk melihat wajahnya.
"Tuan, ni kopi yang tuan suruh Kak Lia buat" kataku sambil meletakan cawan berisi kopi disebelahnya .
File tersebut diletakkan di atas meja.
Shit! Bisik hatiku. Mataku membulat. Badan dan kaki keras sepeti terlekat disitu.
Kening lelaki itu dinaikkan seperti sedang mengingati sesuatu. Janganlah dia ingat aku. Doaku dalam hati. Lelaki itu bangun dari duduknya lalu bersandar di depan meja yang mengadapku.Ammar menglihat gadis berbaju kurung didepannya yang keras seperti batu. Lawa!Bisik hati kecilnya. Dia seperti kenal akan perempuan itu tetapi dimana ye? Matanya memandang perempuan itu dari atas sampai bawah. Sure! Memang nilah ppuan tomboy tu! Dia tersengih sendiri. Jangkaannya tepat apabila gadis didepannya menyembunyikan wajah kebawah.
Melihat lelaki didepannya tersengih sinis memandangnya sudah cukup buat dia kecut perut. Pasti lelaki tersebut ingat padanya!Arghhhhh! Tak guna! Tak guna! jeritnya dalam hati .
"ergh..ergh..kalau tuan takde pape lagi saya minta diri dulu"Kata abil sambil wajahnya tunduk ke bawah. Dia ingin sahaja berlari keluar tetapi tanganya ditarik oleh lelaki itu.
"Kejap" katanya tegas. Abil memberhentikan langkahnya."Kau tomboy yang sengaja langgar bahu aku tu kan?"Soal Ammar tegas walaupun sudah tahu kebenarannya.
Mulut Abil seperti terkunci. Entah sejak bila ntah dia jadi penakut ni. Segala kekuatannya seakan lesap apabila bertemu lelaki itu. Masetu bukan main lantang lagi. Ni tak.Abil tidak menjawab soalan itu malah membatukan diri."Kau ni pekak ke bisu!?Aku tanya tu jawab lah!"jerkah Ammar apabila melihat tiada reaksi dari Abil.
"er..er..ye..saya"jawab Abil tergagap gagap. Dia terasa seperti ingin menangis.Selama ini dia tidak pernah dijerkah sebegitu rupa apalagi dengan kaum lelaki. Tapi dia tahan. Takkan nak nangis depan laki ni kot. Habislah jatuh egonya."Kau tau tak sebab kau bahu aku terseliuh!"Jerkahnya lagi.
Hek eleh baru langgar sikit dah nak terseliur . Kalau dia smack down agak agak terus KO laki ni. Bentak Abil dalam hati."So kau ada hutang dengan aku."Kata Ammar sambil berjalan ke sofa.
Abil hanya memerhatikan Ammar dengan pandang pelik. Hutang? Sejak bila dia berhutang dengan laki tu. Jumpa pun baru 2 kali . Abil mengerut dahi .Ammar memandang Abil yang masih berdiri tegak seperti batu.
"Sini" Arah Ammar sambil menyandarkan kepalanya di sofa tersebut.
Abil berjalan malas bermalasan.
"Lembab ah kau ni!"Jerkah Ammar apabila melihat gadis itu berjalan seperti itik terkedek kedek.
Abil cepat cepat berjalan ke arah Ammar ."ye...ye.. tuan ada apa?"Soal Abil setibanya berada didepan Ammar.
"Kau urut bahu aku ni!"Arah Ammar sambil memegang bahunya itu. Memang bahunya sedikit terseliur dan lenguh. Tapi bukan salah Abil. Dia salah tido malam tadi menyebabkan bahunya berasa sakit.Abil melabuhkan punggung di sebelah Ammar . Tanganya pantas mengurut bahu Ammar . Rupanya ini hutangnya. Ingatkan hutang duit tadi.Bisiknya sendiri.
Abil mengurut dengan berhati hati. Otot bahu Ammar besar menyebabkan dia sukar untuk memicitnya dengan tanganya yang kecil. Dia pun bukannya tahu urut sangat pun."Kau ni lembik la!Urut macam budak kecik!"Bentak Ammar.
Abil memasamkan muka sambil menguatkan picitannya. Sengaja dia berbuat begitu. Sukati je cakap dia budak kecik."Ish kau ni nak picit ke nak cubit!"bentak Ammar sekali lagi sambil menepis tangannya dari Abil.
"Tadi nak saya picit sangat.Saya picitlah ni" Gumam Abil perlahan tapi tetapi tetap didengari oleh Ammar.
Ammar memandang dia tajam .Abil tertunduk. Orang cakap melawan! Nak aje dia terkam gadis disebelahnya."Dahlah! Pergi keluar! Buat semak kat bilik aku je!"Arah Ammar sambil bangun di tempat duduknya.
Abil juga bangun sambil berkata "Tadi dia juga suruh picit lepastu nak marah marah pula"Bebel Abil perlahan tetapi sekali lagi didengari oleh Ammar.
Abil terus menekup mulutnya apabila mata coklat Ammar memandang tepat ke arahnya.
Arghhh!Mulut ni tak reti nak tutup apa!Bising Abil di dalam hati.
Melihat Ammar masih lagi memandangnya Abil cepat cepat bangun dan keluar ke office Ammar dengan terkocoh-kocoh.Ammar hanya melihat gelagat gadis itu . Selepas gadis itu keluar dia tersenyum sesorang. Dalam hatinya gembira melihat gelagat gadis itu lalu terus menyambungkan kerja .
![](https://img.wattpad.com/cover/161681028-288-k997894.jpg)