04

686 29 8
                                    

"Nah ini dia gadis yang kau minta. Cukup lengkap semua dalam senarai kau beri minggu lepas. Cantik, comel, wajah ala kampung, tak seksi macam common GRO. Yang penting, dara." Sayup-sayup kedengaran suara lelaki yang serasa aku pernah didengari.

Mata, aku buka perlahan-lahan. Pening aku cuba ketepikan dahulu. Aku perlu tahu, kini aku di mana?

Bila saja akal dapat memproses apa yang terlihat oleh mata, bunyi bising lagu-lagu hits anak muda mula kedengaran.

Aku merengek perlahan tanpa sedar, rasa semakin pening. Dalam samar-samar lampu disko, aku nampak seorang lelaki yang sedang tersenyum sinis ke arah aku. Kepala aku berkerut.

"Aku di mana?" Aku pegang kepala aku yang sedang berdenyut laju. Dapat rasa helaian rambut hitamku, malah bawah ketiakku juga terasa sejuk.

Apabila mataku terarah pada tubuh, terus aku melepaskan jeritan kuat. Jantung aku semakin laju berdetak.

"Siapa tukar baju aku?!" Aku bangun berdiri. Pening kepala aku endahkan. Air mata mula bercucuran keluar. Rambutku yang dulunya mahkota paling terjaga sudah menjadi semurah air kotak laici apabila dibeli satu set enam.

Kulitku yang dulunya putih, sudah hitam dek dosa. Hilang sudah maruahku, hilang sudah hargaku.

"Chill la, sayang. Lepas ni biasa la tu." Seorang lagi lelaki kacak tapi buruk hati menarik tanganku sehingga aku jatuh ke ribanya. Tidak menunggu lama, terus wajah kotor lelaki itu aku tampar dengan tangan selembut sutera aku.

Semua lelaki bersama kekasih masing-masing disitu menjadi senyap. Kepala lelaki itu terteleng, dia turut senyap sambil memegang pipi. Aku ketap bibir, rasakan!

Baru saja aku mahu bangun untuk lari, lelaki itu ketawa kuat. "Macam kena tampar dengan kucing! Hahaha!" Pelukan dia pada pinggangku semakin kemas. Malah terasa ada cengkaman pada pinggangku sehingga membuat aku melepaskan desahan.

Dia senyum sinis bersama teman-temannya yang lain. "Malam ini, aku mahu rasmikan dia." Mereka semua ketawa bila melihat riaksi aku yang ternganga luas.

Semakin aku cuba lari, semakin kemas pelukan dia, semakin sakit cengkaman dia. Air mata menitis lagi, malah semakin lebat. Saat ini, barulah aku menyesal betapa bodohnya aku menghalau doktor Ariel. Dia ikhlas mahu teman aku, langsung tidak terbias di matanya mahu melakukan hal-hal buruk kepada aku. Mata itu tulus dan suci saja. Doktor Ariel.

"Bos! Ada orang gila tengah kucar-kacirkan tempat ni!" Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh sasa datang memberi laporan.

"Siapa? Orang Four, kah?" Cengkaman yang kuat tadi, dilepaskan. Namun dia masih kemas memelukku, langsung tidak sekali-kali melepaskan walau seinci.

"Bukan. Hanya seorang lelaki biasa. Katanya dia mencari Aina."

Mata aku terus terbuntang. Wajah sepet lelaki sasa tadi dipandang dengan wajah terkejut. Aina itu, akukah? Ada hero mahu selamatkan aku, kah?

Lelaki jahat tadi merengus geram. "Jaga betina ni! Aku dah sewa dia malam ni. Kalau terlepas, kalian akan aku jual pada ikan di laut. Tunjukkan aku tempat lelaki itu!"

Lelaki jahat itu bangun, badan aku dihempaskan pada kerusi. Tak sempat pun aku mahu berlari, kedua-dua konco lelaki itu sudahpun datang memegang tangan dan kakiku dengan kemas. Aku merengus geram.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang entah siapa-siapa melayang jatuh di atas salah seorang lelaki yang sedang memegang aku. Kami berdua terkejut beruk, malah lelaki jahat itu pun semakin pucat.

"Aina Amelin, lari!"

Mata aku naik menatap sang punya suara yang memanggil. "Doktor Ariel!" Entah kenapa, rasa macam ada bunga tiba-tiba mekar di dalam hati. Ada bunyi burung memainkan lagu bahagia. Malah ada pelangi tiba-tiba menghias senja.

Aku tersenyum, namun kembali tersentak apabila ditegurnya. "Kalau nak angau pun, angau nantilah! Pergi lari sekarang, Aina!"

Meja ditolak dengan kakinya sehingga terkena seorang lagi lelaki yang mula panik memegang aku. Badan dia kini tersekat tak dapat bergerak. Dia mula tergapai-gapai cuba menolak meja itu, tapi tak mampu. Harap badan sahaja yang besar, kena sekat dengan meja yang Ariel tolak pun tergapai-gapai macam lemas di laut cina selatan.

Terus, kesempatan itu aku ambil. Memandangkan laluan untuk terus ke Ariel tersekat, aku terpaksa melompat dari kerusi ke belakang.

Kerusi itu aku panjat, baru saja aku ingin ambil kedudukan mahu lompat, Ariel menjerit lagi. Aku berpaling.

"Jangan lompat, nanti terselak apa yang tak patut diselak."

Uhuk. Wajah aku serta merta memerah. Baru teringat yang kini aku sedang memakai blouse pendek takat peha bertali halus. Terus wajah aku semakin memerah mengingatkan hal itu. Apa pula tanggapan Ariel nanti!

Aku ubah semula kedudukan mahu melompat aku dan aku turun dari kerusi itu perlahan-lahan. Kemudian, terus aku berlari mendekati Ariel.

Namun jodoh kami sekali lagi mendapat halangan. Tangan aku ditarik kasar oleh satu tangan sehingga aku kembali ke belakang. Tubuh aku didakap kasar. Kedua-dua tangan aku tidak lagi mampu bertindak.

Wajah Ariel nampak semakin marah. Nampak urat hijau timbul di sekitar lehernya.

"Lepaskan Aina!"

"Jangan harap! Aku dah beli dia! Jadi dia milik aku sekarang!" jerit lelaki itu sambil mengacukan pistolnya tepat pada kepala Ariel. Cengkaman sekali lagi dirasai, tapi kali ini di bahagian dada. Air mata aku menitis lebat, dia tersenyum sinis.

"Dia, aku punya."

Wajah Ariel nampak terkesima. Mata kami bertentangan buat seketika, nampak kecewa dalam mata itu. Maafkan saya, Ariel! Kalau saya tak halau awak, mesti semua ini tak pernah terjadi!

Kemudian, dengar tawa sinis dari dia. "Gadis kau ini, sudah setaraf dengan GRO. Sudah tiada nilai. Sudah tiada maruah. Pergilah. Aku akan lepaskan kau dengan aman."

Aku menunduk. Setiap patah kata lelaki itu diulang lagi dan lagi. Aku sudah setaraf dengan GRO. Sudah tiada nilai. Sudah hilang maruah. Tiada asbab lagi untuk Ariel selamatkan aku. Aku pasrah.

Leher jinjang aku, lelaki itu cium ghairah di hadapan Ariel yang langsung tidak berganjak. Ariel pun sudah rasa jijik dengan kau, Aina.

Aku langsung tak mampu bertindak. Tubuhku benar-benar dipeluk erat olehnya.

Bodyguard Satu Jam SetengahWhere stories live. Discover now