Tiba-tiba, satu tumbukan padu dilepaskan pada lelaki di sisiku. Dia tersungkur jatuh. Pistol yang diacu tadi sudah jauh dari mereka berdua.
Aku dibiarkan jatuh di persisi gelanggang. Langsung tidak dipandang atau dihiraukan oleh Ariel. Ah, sebegini hinakah aku? Entah kenapa, air mata mahu mengalir lagi. Kenapa harus manja sangat, hah?
Darah yang mengalir keluar dari bibir lelaki itu digesap dengan senyum sinisnya. "Jadi kau masih mahu dapatkan betina tu? Huh. Baiklah. Ini yang kau mahu." Dia bangun perlahan. Seluar slack hitamnya yang berdebu ditepuk-tepuk.
Doktor Ariel senyap saja. Bagai hanya bersedia menanti apa-apa serangan dari lelaki itu. Tertanya juga, benarkan dia benar-benar mahu selamatkan aku? Cara dia bertindak bagai tak rela. Atau mungkin dia buat ini hanya kerana tanggungjawabnya kepada umi? Atau rasa belas kasihan sesama manusia?
Tiba-tiba, satu sepakan dilayangkan pada tulang rusuk kiri Ariel. Dia melayang jauh sehingga terhempas di dinding. Terus aku bangun dan berlari mendekatinya. "Ariel!"
"Pergi, Aina. Panggil polis. Awak tak selamat di sini." Dia berkata sambil menahan sakit.
"Tak, saya tak nak tinggalkan awak."
"Pergi sajalah!" Dia mula menengking kuat. Tanpa memandang aku, dia bangun sambil memegang tulang rusuknya. Lelaki jahat tadi tersenyum sinis melihat drama kami. Abaikan dia.
"Ariel."
"Bukan susah pun nak tinggalkan saya. Hanya perlu berjalan tanpa berpaling. Tadi pun awak dah lakukannya," perli Ariel terang-terangan. Aku menunduk.
"Saya minta maaf, okey?"
"Sekarang bukan masanya."
Aku merengus, mula menyampah dengan sikap dia. "Dalam Al-Quran tiada pun kata sebelum Zohor tak boleh minta maaf?" Sekarang, mulalah aku mencapai segala topik yang tidak berkaitan untuk membesarkan masalah. Lelaki jahat yang sedang menunggu Ariel langsung diendahkan. Kini, masalah antara mereka, harus diselesaikan sekarang!
Ariel tergelak kecil mendengar celoteh aku. Jap. Dia masih mampu gelak? Sedangkan tubir mata aku sudah panas menahan rasa!
"Tapi masalahnya sekarang, awak majikan saya kan? Saya tak layak dapat ucap maaf dari awak. Apa-apapun salah tetap di bahu saya. Saya yang sepatutnya minta maaf sebab ikut perasaan dan terus tinggalkan awak. Saya patut tahu, awak ni manja orangnya. Lemah jiwa, kasar bahasanya. Comel wajah, buruk hatinya."
"Hey!" Aku senyum dalam geram. Air mata yang tumpah tadi aku sapu semula.
"Jadi kenapa dari tadi muka ketat? Kenapa tak nak pandang saya? Macam saya ni jahat sangat pada awak."
Ariel senyum saja, tetap tidak mengalihkan pandangannya. Dia statik membelakangi aku.
"Saya cemburu lelaki tu pegang-pegang awak. Maaf buat awak salah faham. Tentang awak pula, sebenarnya saya takut. Pandang awak yang bertudung likup pun hati saya dah berdetak hebat. Apatah lagi kini?"
Tiba-tiba satu tembakan dilepaskan terkena kaki kanan Ariel. Aku menjerit hebat, tak sempat aku menjelaskan kenapa aku berpakaian tidak sopan sebegini.
Serentak itu, tubuh aku ditarik ke belakang. Termasuk dalam dakapan lelaki itu buat sekali lagi.
"Cukup-cukuplah berdrama. Aku meluat melihatnya." Pistol diacukan ada Ariel yang terduduk.
"Lepas lah!" Kali ini, aku mula berani memberontak. Jika tadi, hanya mampu menangis sahaja.
"Senyap!" Tembakan dilepaskan buat kesekian kalinya.
"Arh!"
"Ariel!"Nafas aku mula berombak geram. Ariel mencengkam bahunya yang mula mengalirkan cecair merah darah. Kekuatan tentang datang dari mana mula merasuk jiwa.
Lagi-lagi bila lelaki itu ketawa besar seperti sudah menang dalam merebut aku. Dia harus ingat, menang kalah terletak di tangan aku. Ariel dah bagi rasuah tadi, haks.
Duk sibuk lelaki itu ketawa, terus kesempatan diambil. Memandangkan kali ini lelaki itu hanya memeluk pangkal leherku, jadi tangan aku bebas ingin membuat apa-apa. Siku, senjata terhebat wanita digunakan untuk menyiku bahagin bawah dagunya sehingga dia terundur ke belakang.
Pistol yang terlepas dari tangan lelaki itu ditangkap kemas. Dengan sekelip mata, tanpa langsung meletakkan sasaran. Picu ditarik dan trigger ditekan dengan mata yang masih tertutup.
Ariel terkesima. Suasana menjadi sepi. Perlahan-lahan aku buka mata dan alangkah terkejutnya apabila tubuh lelaki tadi berlumuran darah di bahagian dada. Dia terbaring dengan mata yang terbeliak. Aku ternganga besar.
"Letakkan senjata. Anda dalam pengawasan pihak polis. Ambulans akan sampai sekejap lagi."
Mereka berdua terus berpaling ke belakang. Keluhan masing-masing dilepaskan. Polis itu turut mengacukan pistol pada lelaki tersebut. Patutlah, kerja polis rupanya. Jadi aku masih bukan pembunuh.
Pistol tadi dilepaskan begitu saja. Tanpa menunggu, tubuh Ariel aku dakap kejap. "Saya takut kehilangan awak."
"Aina Amelin."
"Ya?" Dalam hati aku, aku berharap sangat yang Ariel akan berkata yang dia turut takut kehilangan aku.
"Kita bukan mahram."
Terus tubuh itu ditolak menjauh sehingga dia terlentang ke belakang kerana terlalu terkejut. "Auch!"
"Maaf! Maaf!" Terus aku cuba untuk mengangkatnya semula. Aku menunduk, tangan aku selitkan di bawah lehernya.
Terus dia menutup mata rapat. "Aina Amelin!" jeritnya seperti menahan rasa.
"Ya?"
"Sa... Saya boleh bangun sendiri. Awak boleh pergi, tak? Tolong."
"Apa maksud awak?"
"Pergi! Mak... Maksud saya... Maaf, saya. Kita... Maksud saya." Setiap katanya mula berbelit-belit, malah ada getaran dalam nada itu. Semakin berkerut aku dibuatnya.
"Boleh bercakap perlahan-lahan tak?"
"Jarak kita! Ya... Hmm, jarak kita. Terlalu dekat dan... ehem... kita tak halal lagi."
"Ouh. Em. Maaf." Aku bangun menjauh darinya. Belakang leher aku garu kekok. Mata cuba aku alihkan dari memandang dia. Polis yang bertugas hanya senyum simpul. Dalam senyum, dia datang mengangkat Ariel bangun dari perbaringan.
Elok pula, ambulans pun sampai. Terus diangkat Ariel ke atas katil beroda itu dan dimasukkan ke dalam ambulans. Aku hanya ikut disisi. Memandangkan dalam ambulans itu hanya ada misi lelaki, Ariel menyuruh seorang dari mereka membuka bajunya.
Aku hanya memandang ke luar tingkap. Tak mahu dituduh gatal lagi.
"Aina Amelin." Nama penuh diguna lagi untuk memanggil aku. Terus aku berpaling.
"Pakai baju saya," arahnya tanpa memandang aku. Baju itu dihulurkan. Terus aku mengambil dan menyautkannya pada tubuh. Baju kemeja. Sekurang-kurangnya rasa tertutup sikit memandangkan kemeja itu labuh hingga ke paras lutut. Maklumlah, Aina Amelin ni pendek saja orangnya.
"Terima kasih."
Dia mengumam sahaja. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Aku ambil dan tolong mengangkatnya memandangkan nama yang tertera ialah Umi. Mungkin emaknya.
"Assalamualaikum, mak cik?"
"Mak cik?" Suara dari corong telefon buat aku tersentak. Suara ini bukankah....
"Kakak? Kakak ke ni?"
Wait.... Kenapa doktor Ariel simpan nombor umi sebagai Umi?
Aku memandang doktor Ariel dan dia tersengih sahaja memandang aku. Ketika itu, dapat dirasa wajahku mula membahang malu! Aish! Gatalnya awak, Ariel!
YOU ARE READING
Bodyguard Satu Jam Setengah
Short StoryKisah pendek seorang pelajar mangsa SPM Aina Amelin dan Doktor Ariel yang secara tidak langsungnya menjadi kisah majikan dan pekerja. Cover by -HkkDQueenz !!! AWARD ; Best Short Story BESTIES BEST ACTOR Tempat Ke-3 La-Glace