Prolog

349 27 6
                                    

Pagi yang nyaman membuatku tersenyum . Aku duduk di pondok yang terletak di luar rumahku.
Buku Sains Tingkatan 4 yang dipegang aku letakkan di tepi .

Aku bangun dari kedudukan lalu ke arah sangkar kucingku , Justin Seagull. Aku namakan kucing berkacukan parsi ini Justin Seagull bersempena dengan gelaran seorang ahli kumpulan kpop yang diminati ramai termasuk aku.

Jeon JungKook

Aku membuka sangkar tersebut lalu mengangkat Justin ke pangkuanku. Dicium lembut bulunya . Aku membawanya ke pondok.

Justin hanya mendiamkan diri di atas ribaku. Justin boleh dikatakan kucing yang pemalas kerana sifatnya yang apabila dipanggil tidak akan datang ke arah kita.

Aku mengusap lembut bulunya. Bosan juga cuti seminggu . Minggu hadapan peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung .

Mama tak benarkan aku keluar kecuali untuk membuat ulangkaji. Sedih hidup ini .

"Farah!"

Terdengar laungan mama dari dalam rumah . Aku terus menyahut . Aku mengambil buku teks sains tadi lalu mengangkat Justin untuk diletakkan balik ke dalam sangkar .

Aku bergegas masuk ke dalam rumah. Mama yang sedang mengemas di ruang tamu aku tuju .

"Kenapa mama panggil?" Aku duduk di sofa berhampiran mama. Mama menuju ke arahku lalu duduk di sebelahku .

"Pergi kemas barang . Nanti kita nak bertolak ke pulau redang. Papa ada event dekat sana dengan kawan lama. Packing baju untuk 4 Hari 3 malam." aku hanya mengangguk lalu bangun dan melangkah ke arah tangga ke arah bilikku.

Belum sempat menyentuh tangga.  Mama memanggilku sekali lagi .

"Bagitahu adik kamu sekali" aku mengangguk dan terus berjalan .

Pintu bilik adikku , Fazrin diketuk . Tidak lama kemudian dia membuka pintu dengan muka mamai.

Bertuah punya budak! Tidur lagi dia ni.

"Kemas barang cepat . Pukul 11 nanti nak bertolak pergi pulau redang. 4 Hari 3 malam . Assalamualaikum" aku  meninggalkannya yang masih terkebil-kebil .

Aku masuk ke dalam bilikku dengan tawa kecil. Budak tu mesti terkejut kan. Yelah Family aku susah untuk keluar bercuti kecuali kalau Papa tak busy.

Aku membuka almari baju . Dagu dipegang dan aku melihat baju untuk dibawa . Aku paling benci apabila hendak memilih baju until bercuti .

Aku menutup zip bagasi biru sederhana lalu diletakkan di tepi meja belajar . Akhirnya siap juga mengemas.

Aku mengerling jam di dinding. Tepat pukul 10.15 pagi. Badanku terasa melekit , aku terus mengambil tuala lalu menuju ke arah bilik mandi.

Setelah siap memakai pakaian yang sudah dipilih tadi . Aku menilik penampilanku di cermin. Tudung bawal hitam sedikit senget aku betulkan. Setelah puas dengan penampilanku aku mengambil bagasiku lalu keluar dari bilik.

Aku menuruni tangga dengan berhati-hati.  Beg bagasi aku letak berdekatan pintu utama rumah supaya senang untuk papa meletakkannya di bonet kereta nanti.

Aku menunggu di ruang tamu. Kelibat fazrin belum kelihatan . Budak tu tidur balik agaknya. Aku bergegas ke biliknya.

Aku masuk tanpa mengetuk pintu. Fazrin sedang duduk melutut di tepi katil. Aku memandangnya pelik . Aku melihat sekeliling , beg bagasinya sudah tersedia tapi kenapa pula dengan budak itu.

Terdengar esakan kecil daripada fazrin. Aku berkerut . Aku mendekatinya lalu duduk tepinya.

"Hei, asal ni?" Aku bertanya lembut . Takkan nak berkasar kan nanti lagi teruk menangisnya.

Takdir Where stories live. Discover now