Aku duduk di bangku yang berdekatan dengan pantai selepas habis minum petang. Malas untuk berada di sana. Nanti macam-macam yang ditanya.
Earphone di poket seluar diambil lalu disambung ke telefon . Aku mula memasukkan sebelah earphone ke dalam telinga sebelah kanan.
Lagu nothing like us cover oleh jungkook memecahkan gegendang telingaku . Aman rasanya apabila duduk berseorangan di sini.
Kan best kalau aku tinggal dekat sini. Tak payah nak menghadap mamat bagi fakehope dekat sekolah. Aku mengeluh panjang mengingat kejadian haritu.
"Asal mengeluh panjang sangat tu?" Suara tersebut mengejutkanku. Aku menoleh ke sebelahku. Aku terkaku melihat senyumannya.
"Hei?" Dia melambai-lambai tangannya di hadapan mukaku membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku tersengih kecil lalu menunduk malu.
"Ada masalah ke?" Aku memandang lelaki tadi kembali . Aku menggeleng kecil . Dia hanya tersenyum.
"Dengar lagu apa?" Dia mengambil earphone sebelah kiri lalu dimasukkan ke telinganya.
"Minat kpop er. Euphoria~" aku membulatkan mataku. Dia minat kpop juga ke?
"Kau minat kpop juga ke?" Dia mengangguk . Aku menekup mulutku. Terkejut juga sebab susah untuk aku jumpa seorang FANBOY.
"Tapi takdelah minat sangat. BTS je kut. Sebab lagu diorang beri inspirasi dekat aku untuk jadi lebih kuat" aku mengangguk faham. Dia tersenyum sekali lagi.
"Btw, Nama kau apa?" Aku memandangnya sekejap lalu memalingkan muka ku ke hadapan semula. Tak kuat untuk melihat mukanya yang hensem itu.
"Farah Natasya. Just call me Farah" lelaki itu mengangguk .
"Aku-" belum sempat dia berkata-kata, adikku fazrin sudah terjerit-jerit memanggilku. Aku memandangnya seketika.
"Aku pergi dulu. Budak tu dah memekak tu" lelaki itu mengangguk. Belum sempat aku ingin melangkah, dia memegang lenganku yang berlapik baju.
"Aku Harraz Daniel. Panggil aku Niel. Harap dapat jumpa kau lagi. Nah coklat , ada lebih tadi" dia tersenyum . Aku mengangguk lalu mengambil coklat cadbury di tangannya.
"Thanks"
Aku berlalu pergi apabila fazrin sudah menjerit dari jauh. Memalukan betul budak ni."Welcome,sweetheart" kata harraz perlahan.
"Lambat la kau ni" aku menjeling fazrin yang tak habis-habis membebel kerana aku lambat sebentar tadi.
"Senyap boleh tak" fazrin memandangku tajam. Ei budak ni, Tak puas hati lah tu!
"Kau duduk dengan siapa tadi? Aku nampak lelaki tadi? Dating er? Aku bagitahu mama dengan papa" aku membulatkan mata lalu memukul kepalanya perlahan.
"Kau jangan nak mengarut beritahu mama dengan papa. Aku tak kenal dia lah , dia yang datang tiba-tiba duduk tepi aku" aku mengeluh panjang . Fazrin memberhentikan dirinya membuatkan aku terlanggar badannya.
"Aish kau ni kenapa" aku mengerutkan dahi sambil mengusap kepala ku yang terhantuk dengan kepalanya yang keras bak batu.
Fazrin berpusing mengahadap ke arah aku . Tangannya memegang bahuku . Aku memandangnya pelik.
"Aku nak kau hati-hati kalau berkawan dengan lelaki tu. Aku Tak nak pisang berbuah dua Kali. Aku sedih tau." Aku tersenyum kecil . Perangai hanat macam mana budak ni tapi masih ada hati.
"Ye dik . Aku tahu . Dah jum la kang lambat nak pergi snorkelling kan. Aku nak pergi tukar baju dulu. Kau pergi la dulu" fazrin mengangguk dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
Takdir
FanfictionAku berharap agar kau selalu berada denganku, Walau baru berkenalan, Kau segalanya bagiku, Senyumanmu, Gelak tawamu, Akan tersimpan di ingatanku, Hingga akhir hayatku. Andai TAKDIR memisahkan kita, Aku redha, Andai TAKDIR menjodohkan kita, Aku bersy...