tiga

164 27 6
                                    

First of all, aku nak ucap terima kasih sangat kepada yang vote and comment cerita ni. Jangan la jadi silent readers , aku merayu sangat. Aku janji cerita ni aku akan update dalam seminggu tu mestu aku akan update.

Please do votes and comments

🖤🖤🖤🖤

"Aku rindu Areen" Air mukaku terus berubah. Siapa Areen? Aku mengekuh kecil lalu mengusap lembut belakang badan harraz.

"Kenapa ni? Kau ada masalah dengan dia ke? Cerita la aku sedia mendengar" aku memberikan senyuman palsu mungkin kepada harraz. Harraz tersedu-sedan di bahuku.

Harraz mula mengangkat kepalanya dan mengesat air matanya menggunakan tuala kecil yang aku berikan kepadanya sebentar tadi.

"Areen dah 1 tahun tinggalkan aku. Hari ni , malam ni genap setahun dia tinggalkan aku---" harraz menahan air matanya yang hampir mengalir. Aku terus mengusap belakangnya.

"Allah lebih sayangkan dia. Aku Tak boleh hidup tanpa dia. Hidup aku sunyi lepas dia tinggalkan aku" keluhan kecil dilepaskan oleh harraz. Aku hanya memejamkan mata mendengar keluhan tersebut.

"Ada hikmahnya Allah ambil Areen lebih awal dari kau, Niel. Allah Tak akan uji Kita kalau kita tak boleh hadap ujian tu. Allah Maha Adil. Mungkin Allah akan pertempukan kau dengan orang yang lebih baik daripada Areen?" Aku memberikan senyuman kepada harraz sebelum sambung bercakap.

"Jangan pernah pertikaikan takdir yang Allah dah tetapkan. Berdosa besar Tau. Aku pun Tak boleh buat apa-apa. Tapi aku just nak kau tahu aku Sayang kau sangat walaupun Kita baru je kenal. Moga terus kuat Niel" aku tersenyum memandangnya.

"Thanks" Niel mengesat air matanya yang masih bersisa.

Euphoria~

Aku member syarat kepada harraz untuk bercakap telefon sekejap. Harraz hanya mengangguk.
Aku terus menekan butang hijau pada telefonku. Dahiku berkerut.

"Farah~"

"Naim? Kenapa telefon aku malam macam ni? Jap kenapa suara kau macam-"

"Tolong aku. Datang de- dekat tepi bilik aku sekarang"

Tut Tut

Aku terus meletakkan telefon ke dalam poket seluar trek. Aku melangkah laju ke arah harraz.

"Jom. Aku teman kau masuk bilik . Dah lewat ni" harraz hanya mengangguk. Kami terus menuju ke biliknya yang berada tidak jauh dari situ.

"Dah pergi masuk tidur. Jangan fikir sangat pasal tadi okay. Aku pergi dulu" aku terus berlari ke bilik naim yang berada selang beberapa bilik daripada bilik harraz.

Sampai sahaja di bilik Naim. Aku menjerit namanya.

"Farah~" aku terus menuju ke tepi bilik yang sedikit malap. Mataku membutang. Ya Allah, naim! Aku berlari mendapatkan naim yang terbaring berlumuran darah.

Takdir Where stories live. Discover now