Malam kedua kami berada di sini. Perjumpaan rakan sekolah papa ni boleh dikatakan macam family day juga.
Malam itu semua orang dewasa duduk di satu tempat untuk bbq manakala budak-budak a.k.a anak-anak kepada kawan papa yang berumur 4-9 tahun semua bermain berdekatan dengan tempat bbq tersebut.
Aku dan fazrin pula mengikut kumpulan remaja mungkin? HAHAHA kami umur dalam kalangan 14 hingga 18 tahun yang sekarang berada di tepi pantai.
Kami semua duduk di atas batang pokok besar yang diletakkan menjadi bulat. Unggun api dinyalakan oleh Ijam, budak paling tua dalam kalangan kami semua.
Program kami 'singing all night' dan selepas habis program baru kami semua boleh makan . Haish aku tak suka.
Kenapa mesti ada jugak program macam ni untuk kitorang. Lupa pula yang sekarang aku dekat family day SMK Tok Jiring , yang merupakan sekolah lama Papa dahulu.
Yang aku tak suka sebenarnya sebab aku dihimpit oleh dua orang lelaki sekarang ni. Kau nak tahu siapa?
Niel dan Naim.
Niel aku okay lagi tapi dengan si Naim ni aku Tak boleh. Tak faham bahasa betul la mamat ni . Ada ke tadi dia halau fazrin yang duduk di tepi aku depan mata aku. Hanat tol la!
Astagfirullahalazim! Apa kau mencarut ni Farah . Bisik hatiku.
"Okay sekarang aku akan cabut undi nama korang. Siapa yang kena tu akan persembahkan nyanyian korang okay." Kata ijam bersemangat .Semua bersorak dengan rules yang diberikan oleh ijam.
Aku mengeluh kecil. Benci la camni.
Harraz memandang ku."Kau okay tak Farah?" Aku tersenyum kecil lalu mengangguk . Harraz hanya mengangguk faham lalu fokus kepada ijam yang merupakan mc untuk program ini.
"Tengtengteng alisya!" Alisya menunduk. Aku tergelak kecil melihat Alisya yang muda 1 tahun dari aku. Alisya ni kuat cakap tau sebenarnya tapi depan orang memang senyap ar.
"Alisya! Alisya!" Semua bersorak memanggil nama alisya termasuk aku. Alisya mula bangun dari tempatnya.
"Okay harini aku akan nyanyikan lagu 'paper heart'. Aku Tak ingat nama penyanyi tapi cover by jungkook. Ha ni kak Farah mesti tau. Kan kak Farah an?" Alisya menjungkitkan keningnya ke arahku. Aku hanya tergelak kecil lalu mengangguk.
Alisya mula menyanyikan lagu paper heart. Aku ikut menyanyi sekali dah la dia nyanyi dengan petikan gitar weh. Tabik la! Aku pun Tak reti main gitar.
Terasa macam tengah diperhatikan. Aku melihat ke kananku iaitu tempat Niel. Dia tengah sedap sembang dengan Fazrin. Aku mengerutkan dahi. Sebelah kiri aku toleh. Aku mengeluh kecil.
"Asal pandang aku camtu?" Aku menjeling Naim. Muak la tengok muka dia. Dekat sekolah tengok. Masa cuti ni pun kena tengok muka dia juga?
"Sebab kau cute sangat" Naim tersenyum kecil. Pipiku disentuh. Aku terus merentap tangannya.
"Dah la Naim. Aku Tak suka la. Just move on please. Jangan ingat kisah lama. Kau juga yang buat aku camni. Terimalah padahnya." Naim mengeluh kecil. Aku memandang ke arah lain.
Nampaknya alisya dah habis perform. Tiba-tiba Naim bangkit dari tempatnya. Nak pergi Mana pulak mamat tu. Takkan sentap dengan kata-kata aku kot. Bisik hatiku.
Aku memandang Naim yang melangkah ke arah ijam. Dahiku berkerut. Apa lagi dia nak buat ni.
"Ehem ehem.. okay sekarang ada orang volunteer nak nyanyikan lagu ni. Katanya untuk tersayang. Dipersilakan Naim" semua orang bersorak untuk Naim. Aku memejamkan mata seketika. Keluhan dilepaskan.
YOU ARE READING
Takdir
FanfictionAku berharap agar kau selalu berada denganku, Walau baru berkenalan, Kau segalanya bagiku, Senyumanmu, Gelak tawamu, Akan tersimpan di ingatanku, Hingga akhir hayatku. Andai TAKDIR memisahkan kita, Aku redha, Andai TAKDIR menjodohkan kita, Aku bersy...