BAB 1 - DAMBAAN YANG DIDAMBAKAN

232 10 0
                                    

"Syed, ni hasil jualan burger yang kita peroleh hari ni. " Megat menyerahkan beberapa not wang ringgit kepada Syed. Syed mengambil wang dari Megat lalu laju ia mengira jumlah wang tersebut tanpa alpa.

Syed tersenyum dengan hasil wang yang mereka berdua peroleh hari ini. Walaupun hasilnya tidak begitu lumayan, namun cukup memadai bagi Syed dan Megat. Inilah hasil dari tulang empat kerat yang halal diusahakan.

"Nah kau punya hasil. " Syed menyerahkan tiga not lima puluh ringgit kepada Megat.

"Banyak sangat ni bro.." Megat rasa ragu untuk menerima wang sebanyak itu.

"Tak apa, berkongsi rezeki. " Jawab Syed ringkas lalu ia bersiap-siap mahu pulang ke rumah kerana jam sebegini sudah lewat malam. Bimbang akan keselamatan adik-adiknya yang tinggal di rumah.

"Thanks bro. "

Alhamdulillah, sudah hampir dua tahun, gerai burger yang aku dan Megat usahkan bersama mendatangkan hasil yang cukup memadai walaupun hasilnya tidak begitu lumayan. Ini sudah mampu menampung aku dan adik2 ku.

---

"Assalamualaikum.." Pintu rumah itu diketuk dari luar. Kepulangan Syed disambut oleh adik bongsu perempuannya, Nursufia Raisha atau lebih mesra dipanggil Achik.

"Waalaikumsalam. " Sufia menyalami tangan alongnya yang melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Mata Syed meliar mencari sesuatu lalu ia bertanya... 

"Angah kau mana? Ni.. asal tak tidur lagi? Dah pukul berapa kan?" Soal Syed tegas dan dingin terhadap adiknya. Mungkin kerana ia keletihan.

Sufia takut-takut hendak menjawab pertanyaan alongnya itu dengan nada suaranya yang perlahan "A-angah keluar, pergi jumpa kawan. Achik tunggu along je. "

"Keluar jumpa kawan? Sejak bila angah kau keluar?." Suara Syed tinggi bertanya kepada Sufia.

"P-pukul 9 tadi.. "

"Heishh.. memang nak kena dengan aku ni. "

Seketika kemudian, Angah baru pulang ke rumah. Along mencekak pinggang memandang angah yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Kau pergi ke mana hah? Dah pukul 2 pagi tak reti-reti nak balik?"

"Yang along ni nak marah-marah aku dah apa hal? Aku dah besar! Boleh jaga diri!." Haqiem menindas kata Syed. Haqiem kuat melawan Syed bila Syed memprotes segala tindakan Haqiem yang begitu kurang menyenangkan Syed. Bahasanya agak kurang sopan semenjak umurnya meningkat usia remaja. 

"Kau tu adik aku! Selagi  aku masih bertapak di bumi ni, kamu berdua aku harus jaga!."

Sufia hanya membisu tatkala alongnya memarahi Haqiem, angahnya itu. Tidak berani untuk bersuara kerana sememangnya alongnya itu tegas dan garang orangnya dalam mendidik adik2nya itu.

"Ah! Aku rimas kena kongkong mcm ni!." Ucap Haqiem lalu berlalu ke bilik tidurnya.

"Haqiem!! Aku tak habis cakap lagi ah!!."

Haqiem langsung tidak menghiraukan jeritan Syed malah ia memasuki ke dalam bilik tidurnya menghempaskan pintu bilik tersebut. 

Keesokan paginya...

Seperti biasa, Sufia akan bangun awal pagi sebelum matahari terbit untuk menunaikan kewajipan solat subuh berjemaah bersama dengan alongnya di ruang tamu.

Sesudah itu, Sufia akan menyediakan hidangan makanan sarapan pagi yaitu bihun goreng dan teh panas.

Syed : (menghirup secangkir teh panas)

PERJALANAN Where stories live. Discover now