"Serius U tak mahu?" Soal Hafeez meminta kepastian sekali lagi pada Sufia samada dia benar-benar tidak mahu menerima pelawaannya
"Peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup kita. Kalau U bekerja dibawah syarikat naungan I, U akan hidup mewah lebih daripada apa yang U bayangkan. U nak apa? Petik je jari. Semua ada depan mata. Serius lah.. takkan U taknak jadi jutawan? Semua orang nak jadi kaya kot. " Ucap Hafeez riak dan memperdayakan Sufia dengan wang ringgit.
Namun Sufia bukanlah seperti yang Hafeez bayangkan seperti gadis-gadis yang lain. Pandang harta dunia.
"Bagi saya masa untuk berfikir dulu. Apa-apa hal nanti saya infom Encik Hafeez," Kata Sufia ragu
"Opss.. abang Mikhail," Hafeez Mikhail memperbetulkan Sufia yang masih tidak serasi memanggilnya dengan nama abang Mikha.
"Baik abang Mikha. Saya minta diri dulu ye. "
Sebelum Sufia beredar dari situ, Hafeez mengingati Sufia sesuatu..
"Ingat jatuh bangun usaha sendiri. Namun dengan adanya I... hidup U akan lebih mudah. "
Sufia beredar dari kafe itu dengan pesan yang sengaja ditinggalkan Hafeez.
____________
Sufia menghempaskan tubuhnya ke atas katil disertakan dengan hembusan nafas yang berat. Otaknya ligat memikirkan pesan yang ditinggalkan Hafeez baru tadi umpama kaset yang sedang dimainkan.
"Ingat.. jatuh bangun U usahakan sendiri.. namun dengan adanya I.. hidup U akan lebih mudah. "
Tanpa Sufia sedari, Sufia terlelap dalam keletihan.
Ketika dalam tidur Sufia yang lena, Sufia termimpikan arwah ibu dan ayahnya. Sungguh memilukan hati Sufia.
"Fia.. bangun.. hari dah maghrib ni.." Lembut suara itu membangunkan Sufia yang terlelap.
Perlahan Sufia membuka kelopak matanya dengan keadaan matanya yang mamai. Sufia bangun lalu duduk. Terlihat angahnya, Haqiem sudah ada di sisinya. Entah sejak bila diapun tidak pasti.
Haqiem menggerakkan Sufia kerna ia mahu solat berjemaah bersama dengan adiknya itu.
"Pergi ambil wuduk dan kita solat. Hari ni abang Ngah yang jadi imam. " Titah Haqiem. Selalunya Syed yang mengimamkan Sufia dan Haqiem ketika menunaikan solat. Namun kali ini Syed begitu sibuk dengan gerai burgernya.
Sufia menggosok matanya yang kabur dan mengikut titah Haqiem.
"Hmm.."
Sufia bangun dari duduknya lalu ia ke kamar mandi bagi mengambil wuduk. Sesudah itu, Sufia mengenakan telekung di badannya dan solat berjemaah bersama Haqiem di ruang tamu.
______
"Along tak suka kau jumpa dengan budak Hafeez tu." Bentak Syed
"Kenapa along? Along kenal ke dia? Sampaikan along tak bagi achik jumpa dengan dia?."
"Ya! Memang along kenal dia! Dia tu lelaki pembawa malang. Kalau kau tak dengar cakap along.. hidup kau akan malang kalau kau kenal dengan budak tu! Percayalah cakap aku!." Ternyata penjelasan Megat begitu menakutkan Syed apabila Sufia sudah kenal dengan Hafeez.
Belum tentukan jika Syed dapat tahu yang Sufia akan bekerja dibawah syarikat naungan Hafeez.
_______
Keesokkan harinya, Sufia dibawa oleh Hafeez ke sebuah syarikat studio rakaman musik dibawah naungan Hafeez yakni Aieriey Xoding yang terletak di bandar Kuala Lumpur.
"Haa Fia.. nilah syarikat rakaman musik abang Mikha. Mari abang Mikha tunjukkan semuanya pada Fia,"
Hafeez membawa Sufia ke dalam sekitar studio rakaman musiknya sambil menerangkan kepada Sufia.
"Untuk pengetahuan Fia, studio abang ni ramai artis terkenal tanah air kita datang tau. "
"Hmm.. bagus juga syarikat abang Mikha ni. " Kelihatan Sufia sudah jatuh cinta dengan rakaman musik Hafeez.
Hafeez tersenyum sinis kerna ia telah berjaya memperdayakan Sufia dengan kemewahan yang dia peroleh. Semuanya begitu mudah baginya.
YOU ARE READING
PERJALANAN
Teen Fictioncover by : myself Berkisar tentang tiga beradik piatu hidup berkecimpung dalam keadaan kesusahan. Dalam kehidupan sehari-harian mereka, harus mengorbankan segalanya demi menyara kehidupan seharian mereka bertiga. Meskipun begitu, itu tidak menyeb...