Akhirnya Sufia pulang ke Vila atas bantuan dari Hafeez yang berjaya jejak kesan mistri kehilangannya itu.
Sufia yang sedang berehat di ruang tamu village nya itu tersentak apabila Ada orang menekan bell loceng villanya itu.
'Hurshh.. Siapa pulak yg datang ni' Rungut Sufia dalam hati. Dan segera mengaturkan langkahnya bagi membukakan pintu. Terlihat seorang wanita Yang tidal dikenali Sufia sudah tercegat.
Tiba-tiba tanpa perlu berkata apa apa wanita itu seraya mencurahkan cecair asid pada raut wajah Sufia membuatkan Sufia terbaring dan menjerit kesakitan. Mukanya terasa sangat sakit akibat cecair said tersebut.
"Hahahahah.. Pada muka kau betina. Dengan muka kau yang hodoh tu Hafeez takkan nakkan kau lagi...hahahah.. " Ucap wanita itu megah disertakan dengan gelak riak.
Pembantu Villa Sufia yg terdengar suara sufia teriak dari arah ruang tamu berlari ke ruang tamu. Terlihat sufia sudah terbaring dan teriak. Seakan Sufia diserang hysteria ketika itu.
Syed dan Haqiem memanjatkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana Sufia telah ditemukan dalam keadaan, selamat.
Namun, berita buruk diterima mereka berdua sangatlah memeranjatkan.
***
Oleh kerana dengan keadaan Sufia sekarang ini, Syed terpaksa menempatkan adik perempuannya, Sufia di dalam sebuah kamar tidur di penjuru tingkat atas villa itu demi keselamatan Sufia dan keselesaan adik perempuannya itu. Lagipula dengan Sufia yang sudah hilang keyakinan diri, dan sebagai seorang abang yang paling sulung dalam tiga beradik itu harus melindungi diri adiknya yang terasa terancam.
Dan Syed tidak mahu adiknya itu jadi bahan ejekkan org.
Di dalam sebuah kamar lapang dan bersih, terdapat Sufia sedang berbaring di atas katil. Kini dia tidak mahu memalingkan wajahnya yang sudah hodoh itu kepada sesiapapun melainkan along dan angahnya sendiri. Bila Wany mahu jumpa dgn Sufia, Wany hanya dapat berjumpa dengan Sufia yang menyembunyikan wajahnya dibalik topeng putih. Kerna ia rasa malu Dan sungguh sakit bila sesiapa, sahaja yg melihat muka hodohnya.
Sudah pastinya caci maki Dan cemuhan org sekeliling yg diterpanya bila dia mendedahkan wajahnya yg sudah hodoh itu.
Pertemuan Wany Dan Sufia ketika Sufia masih teruk trauma akibat wajahnya disimbah cecair ASID.
"Kau masih nak berkawan dengan aku ke Wany? Muka aku dah hodoh tak Ada siapapun Yang mahu kawan dengan aku. Diaorang takut. "
"FIA aku tetap anggap kau sahabat aku. Susan nk cari seorg sahabat seperti kau ni ..aku masih sayangkan kau sbgai sahabat. Kau aku.. Kita sama2 kongsi masalah.. Aku rasa tenang bila dgn kau. "
***
Di dalam sebuah kamar terdapat seorang gadis sedang duduk bersila di atas katil sambil menconteng - conteng gambar Hafeez disertakan dengan tangis pilu penuh rasa amarah membara.
"Aku benci kau Hafeez!! Dasar penipu!!!." Ucap Sufia hambar.
Hanya kerna sifat cemburu yang terpaut pada Tengku Ariana, crush Hafeez itu menyerang Sufia dengan menyimbah cecair asid pada Sufia akibat rasa cemburu yang pendam di hati tatkala Sufia berdua dengan Hafeez.
Sengaja dia menyingkap rasa sakit yang dihambar pada Sufia. Sungguh menyakitkan. Hinggakan kini Sufia takut mahu menatap wajahnya sendiri.
Gara-gara pasangan ini, wajahnya sudah hodoh. 'Adakah ini kerna kebodohanku?'
Pada ketika itu, along datang ke kamar tidur gadis itu kerna waktu sebegini untuk Sufia makan. Sufia harus makan ikut waktu sekiranya tidak, Sufia akan mengalami gastric.
"Acik.. Makan meh.. Along Ada masakkan lauk kegemaran achik ni. Ayam masak merah. Achik suka kan? Hmm.." Lembut suara Syed mengajak adiknya, Sufia makan tengahhari sambil mengusap lembut rambut Sufia yang berselubung diri dengan selimut.
Meskipun sifat Sufia kadangkala menyakitkan Syed, namun Syed tetap, menyayangi adik perempuannya itu. Seburuk manapun tingkah laku adiknya itu, dia tetap darah dagingnya sendiri.
Takkan pernah terluput mahupun pudar kasih sayangnya pada Sufia dan Haqiem. Pilih kasih... Tidak sama sekali. Semuanya sekata.
Sufia menelan kuat air liurnya apabila mendengar along katakan ia ada bawa nasi berlaukkan ayam masak merah. Dia mahu namun enggan.
Syed, membangunkan Sufia. Sufia pun bangun dan duduk.
"Achik kena makan, gastric nanti. "
Kata Syed lalu menyuapkan nasi putih berlaukkan ayam masak merah ke dalam mulut Sufia. Pada awalnya Sufia enggan namun kali kedua Syed menggesa, akhirnya Sufia menerima suapan dari alongnya itu. Sufia mengunyahnya dengan sungguh nikmat.Ketika itu kamar pintu tidur Sufia dikuak..
"Hafeez datang nak jumpa achik katanya. Puas dah aku halang dia. " Kata, Haqiem.
Syed, memalingkan mukanya pada Sufia. Sungguh cemerkap Syed dapat meneka reaksi adiknya itu bila Haqiem menyebut nama Hafeez.
"Achik kan trauma nak jumpa dia. Aku takkan benarkan jantan tu jumpa dengan adik aku selagi dia belum sembuh. Faham?!!"
"Hmm.. Yelah.. "
Haqiem memantaskan langkahnya bagi mendapatkan Hafeez yg menunggunya di laman rumah kerna Haqiem tidak membenarkan sesekali Hafeez masuk
"Dia tetap tak nak jumpa kau. Baik kau balik lah. " Haqiem menghalau Hafeez lalu sebelah tangannya mencekak pinggang.
Hafeez tersenyum sinis
"NURSUFIA QISTINA RAISHA!!! AKU TETAP BURU KAU UNTUK AKU!! INGAT TU!!." Jerit Hafeez lantang membiarkan Sufia mendengarnya.Haqiem mencengkam baju leher Hafeez lalu meninju muka Hafeez
"Kau jangan sekali ganggu adik aku. Kalau tak kau aku bunuh!!." Jerit Haqiem betul2 depan muka Hafeez tatkala Hafeez terpelecok ke atas lantai dan dia bagi amaran keras pada Hafeez.
"Apa aku kisah?" Tidak sama sekali Hafeez terasa terancam dengan ugutan Haqiem malah, sebaliknya kerna ia lebih bimbangkan keselamatan Sufia.
Hafeez menepis kasar Haqiem lalu segera ia meninggalkan Villa itu.
Syed bangun lalu ia ke tingkap dan menyelak langsir. Dia hanya mengintai Haqiem yang sedang berurusan dengan Hafeez di bawah.
Kemudian Syed kembali semula ke sisi Sufia yg duduk bersila di atas katil empuk. Syed ingin menyuapkan lagi ayam masak merah ke, dalam mulut Sufia namun dia enggan Dan Kali INI Sufia benar-benar tidak mahu makan lagi. Selera makannya terputus.
Sufia membaringkan dirinya dengan perlahan. Syed, menghembus nafs berat dan meraup mukanya. Sikit benar selera makan adiknya itu. Cuma satu suap. Hinggakan badan Sufia jelas menampakkan kesusutan.
Sufia jadi begini kerna datangnya Hafeez. Yg pernah mendustai dirinya.
Sudah banyak kali hatinya tersakiti Dan dilukai. Cinta yang kunjung datang cuma satu persinggahan yang meninggalkan duka dihati.
Namun apakan daya jika itu Tuhan telah kehendak. Dia hanya mampu pasrahkan jiwanya.
Dalam genap fikiran Syed dia berfikir bagimana, utk merawat hati Sufia yg lukanya begitu parah serta membahagiakan adik perempuannya dengan menghilangkan duka di jiwa.
YOU ARE READING
PERJALANAN
Teen Fictioncover by : myself Berkisar tentang tiga beradik piatu hidup berkecimpung dalam keadaan kesusahan. Dalam kehidupan sehari-harian mereka, harus mengorbankan segalanya demi menyara kehidupan seharian mereka bertiga. Meskipun begitu, itu tidak menyeb...