Di hadapanku kini, seorang lelaki kacak sedang berdiri. Senyumannya cukup menawan. Wajahnya sama seperti gambar. Namanya Hakimi. Aku mengenali dia di facebook. Sudah setahun kami berkawan. Dan hari ini kami bertentang mata meraikan ulangtahun pertama kami. Sebenarnya aku yang memaksa dia. Bukan dia yang beria.
Over pula. Padahal kawan je. Tapi perasaan aku pada Hakimi lebih pada kawan.
Ya..aku sukakan dia.
"Duduklah." Pelawa aku.
Hakimi duduk berhadapan aku. Telefonnya dikeluarkan. Aku nampak dia menaip sesuatu. Tiba-tiba telefon aku berbunyi.
Oh mungkin dia yang hantar mesej. Tapi kenapa tak cakap sahaja? Kan dah ada dekat depan mata.
Hakimi
Awak comel sangat."Thanks." Ujar aku.
Buat apa hantar mesej pula. Baik berborak terus.
"Eherm, awak nak makan apa?"
Sekali lagi aku nampak dia menaip dan telefon aku berbunyi.
Hakimi:
Saya tak kisah. Awak order jelah apa-apa. Semua saya makan.Eh mamat ni. Kenapa tak cakap je? Takkan pemalu kot. Ke dalam mulut tu ada emas? Setiap kali bercakap keluar emas?
Me:
Kelakarlah awak ni. Saya dah ada depan mata awak pun awak tetap nak mesej. Borak jelah. Saya okay. Bukan makan orang.Dia pandang aku. Aku turut memandang dia.
Dah kenapa? Pelik betul.
Hakimi:
Saya nak beritahu awak satu rahsia.Me:
Rahsia apa?Aku dah rasa tak sedap hati. Entah-entah dia nak cakap yang dia sebenarnya suami orang? Dah berpunya? Musnahlah impian aku. Baru berangan nak jadikan dia suami.
Hakimi:
Typing.."Awak ni! Cuba cakap! Takkan asyik nak taip je!" Boleh pula aku marah dia. Geram. Dah ada depan mata. Lebih baik cakap.
Alamak, semua mata memandang kami. Malunya. Buat tak tahu jelah.
Aku nampak mulut Hakimi bergerak-gerak seakan mahu mengucapkan sesuatu. Tapi aku langsung tak dengar suara dia.
Eh, sebelum ni okay je kami berborak dalam telefon. Kenapa pula sekarang tak boleh nak cakap.
Dia kembali menaip di telefon. Aku menunggu sahaja mesejnya.
Hakimi:
Sebenarnya saya bisu. Yang berborak dengan awak selama ni kawan saya."What!" Suaraku naik seoktaf. Aku terbangun dari kerusi.
"Jadi selama ni awak tipu saya?"
Kepalanya digeleng-gelengkan. Reaksi wajahnya seakan memohon simpati dari aku.
"Sudahlah!" Aku capai beg tangan dan terus berlalu pergi dari situ.
Kurang ajar betul tipu aku. Harap muka je kacak tapi bisu rupanya.
Huh! Buang masa aku je datang dari jauh semata-mata nak jumpa dia. Last-last ini yang aku dapat.
YOU ARE READING
SAYANG, JANGAN PERGI
General FictionThanks to @bellofa for lovely cover 💕💕 aku mendambakan seorang lelaki yang sempurna dari paras rupa dan harta. memang aku dapat tapi.. dia bisu!!! bisu!!!