Sungguh bingit suasana dalam kelab malam. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Sesak pula tu. Aku mula rasa tak selesa bila tubuhku bergesel dengan orang lain.
Aku dibawa Syahida masuk ke sebuah bilik yang agak mewah. Mungkin bilik majikan Syahida kerana kami terpaksa menempuh beberapa orang lelaki berbadan tegap sebelum masuk. Seorang lelaki bersama beberapa orang perempuan seksi sedang duduk di atas sofa.
Di atas meja pula ada 2 botol wain. Mesti wain jenis mahal.
Lelaki itu mengarahkan semua perempuan seksi tadi keluar dari bilik. Mereka semua keluar. Kini tinggal aku, Syahida dan lelaki itu sahaja. Boleh tahan kacak. Tak pasti dia melayu atau lain. Nampak seperti kacukan. Syahida duduk di sebelah lelaki itu. Aku pula di sofa lain.
"Jack, nilah Amira." Syahida perkenalkan aku sambil mengusap-ngusap dada lelaki di sebelahnya.
"Amira, dia Jack. Pemilik club malam ni."
Aku cuma tersenyum.
"Cantik." Pandangan Jack langsung tidak berganjak dari memandang wajah aku.
Syahida berbisik sesuatu ke telinga Jack. Dia menganggukkan kepala sambil tersenyum. Aku tidak pasti apa yang Syahida cakapkan. Mungkin dia cakap aku nak kerja dekat sinilah kot.
"You nak kerja dekat sini?" Tiba-tiba Jack bersuara.
"Ye encik. Saya nak kerja dekat sini." Beria pula aku. Harap sangat. Manalah tahu dalam masa sebulan aku boleh langsaikan hutang Hakimi. Kan bagus macam tu. Tak adalah aku terikat dengan dia lagi.
"Just call me Jack."
"Okay Jack. Saya memang nak kerja."
Seketika kemudian seorang pelayan masuk membawa minuman. Segelas air diletak di hadapan aku. Aku perhatikan air itu. Gelap. Aku mana pernah sentuh air kencing syaitan. Tapi tekak rasa dahaga pula.
"It's just a coke Mira. Aku tahu kau tak minum." Ujar Syahida bila melihat aku membelek-belek air itu.
"Oo coke."
Aku tak minum coke. Memandangkan itu je air yang dihidangkan. Terpaksalah aku minum. Takkan nak minta air lain pula. Coke pun coke lah. Janji boleh hilangkan dahaga. Aku teguk sampai habis air itu. Dahaga sangat agaknya.
Syahida agak terkejut melihat aku.
"Maaf. Dahaga."
Kami berbual-bual. Jack tanya aku macam-macam. Aku jawab jelah. Kata nak kerja partime sebagai penyanyi.
Selepas 10 minit kami berbual, aku rasa lain macam. Kepala terasa pusing dan diawang-awangan pula. Aku seakan separa sedar. Melalut-lalut aku jawab pada Jack sambil ketawa. Apa yang lawak tak tahulah.
Aku cuba bertahan tapi tak mampu. Kepala dah terlentok di sofa.
"Syida aku nak balik."
Syahida ada cakap sesuatu. tapi aku kurang jelas. Otak aku tak boleh mencerna apa yang dia cakapkan. Aku cuma mampu ketawa. Dan aku langsung tak sedar apa yang berlaku selepas itu.
YOU ARE READING
SAYANG, JANGAN PERGI
General FictionThanks to @bellofa for lovely cover 💕💕 aku mendambakan seorang lelaki yang sempurna dari paras rupa dan harta. memang aku dapat tapi.. dia bisu!!! bisu!!!