Tepat sekali jangkaan aku. Rumah keluarga Hakimi seperti istana. Dia ni anak menteri atau orang kenamaan? Entahlah. Rasanya rumah menteri tak sebesar ini. Aku dapat rasa aura-aura tidak elok menanti aku. Pasti aku tak akan diterima dalam keluarga dia.
Hakimi bawa aku masuk ke dalam. Dia buka pintu sendiri. Tak ada siapa yang datang menyambut kami. Eh harap je rumah besar, takkan tak ada pembantu rumah. Pelik tu. Mungkin Hakimi dah biasa macam tu atau sebab dia tidak boleh bersuara.
Mak aih! Hiasan dalam rumah itu memang moden dan kelihatan mewah. Rasanya setiap barang dalam rumah itu bukan berharga ratusan ringgit. Ribuan ringgit kot dan kemungkinan besar ada yang limited edition. Kalau terpecah satu, mampus nak ganti.
Sedang asyik aku meneliti setiap inci rumah itu, kami disapa satu suara.
"Kimi baru balik?"
Kepala ditoleh pada empunya suara. Seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an. Nampak macam orang kaya. Mak Hakimi kot.
Memang betul pun bila aku nampak Hakimi tersenyum dan buat bahasa isyarat. Dia bawa aku pada wanita itu kemudian bersalam.
"Ini ke perempuan yang Kimi suka?" Soal wanita itu taktala aku mahu bersalam dengannya. Dia seakan tidak mahu menyambut salam aku. Jadi aku terpaksa alih tangan aku.
Dah agak dah! Orang kaya memang kerek!
Hakimi anggukkan kepala.
Wanita itu memandang aku dari atas ke bawah dengan pandangan sinis.
"Kamu anak Dato' mana?"
Pergh! Tanya kita anak Dato' mana pula? Cara pemakaian aku macam anak Dato' ke atau dari awal dia boleh agak aku ni cuma orang biasa.
"Saya bukan anak Dato', auntie."
"Puan Sri! Call me Puan Sri!" Tegas nada suara wanita itu membetulkan panggilan aku padanya.
"Puan Sri." Aku menunduk.
Rupanya Hakimi anak Tan Sri dan aku memang menempah bala yang besar bila tetap bersama dengan Hakimi padahal kami tidak setaraf.
"Budak kampung mana yang kamu bawa ni Kimi? Entah-entah dia cuma nak pergunakan kamu dan habiskan duit kamu. Mummy tak berkenan dengan dia."
Awal-awal lagi wanita bergelar Puan Sri itu menghukum aku. Aku sedar yang aku bukan perempuan yang baik. Hakimi berborak dengan mummynya menggunakan bahasa isyarat.
"No Kimi! Kamu tak boleh bersama perempuan ni. Mummy dah ada calon yang sesuai untuk kamu. Dia boleh terima kamu seadanya."
Beria Hakimi menggeleng. Dia berusaha keras beriteraksi dengan mummy dia. Wajahnya serius. Aku hanya memandang.
"Nama kamu Mira dan kamu hidup sebatang kara?"
Lambat-lambat aku mengangguk. Dia kembali memandang Hakimi semula.
"Dia perempuan yang tiada asal usul Kimi. Kita keluarga ternama. Kamu nak orang mengata keluarga kita?"
Aku nampak wajah Hakimi seakan marah. Dia tarik tangan aku dan kami keluar dari rumah itu.
"Ahmad Hakimi!" Laung mummynya tapi langsung tidak dihiraukan Hakimi.
Dia memaksa aku masuk ke dalam kereta. Aku akur dan masuk. Enjin kereta dihidupkan. Keretanya menderum laju keluar dari perkarangan rumah.
Punyalah laju Hakimi bawa. Naik kecut pula aku. Dia mungkin tak boleh marah dengan mengeluarkan suara tapi melalui perbuatan. Itu yang bahaya. Kita tak boleh nak jangka.
Ya ALLAH! Selamba sahaja dia langgar lampu isyarat. Aku tak nak mati lagi oi!
"Kimi, saya takut." Ucapku. Lengannya aku pegang kuat.
Barulah dia perlahankan kelajuan. Aku dengar dia mengeluh.
Hakimi berhentikan kereta di sebuah taman berhampiran tasik. Kerusi direndahkan sedikit. Hakimi bersandar kemudian meletakkan tangan di atas dahi.
Kesian pula Hakimi. Aku rasa dia plan nak aku stay dekat situ sampai malam lepas tu makan malam bersama keluarganya. Nak perkenalkan aku dengan semua ahli keluarganya tapi tak tercapai. Itu yang dia kecewa sangat. Aku baru bertemu mummy dia. Belum daddy dan ahli keluarganya yang lain. Teruk nanti aku dihentam dan dihina. Lebih baik setakat itu sahaja.
Aku menarik nafas panjang sebelum mengangkat tangan. Rambutnya aku sentuh dan usap. Hakimi segera mengalihkan tangan dan duduk tegak. Dia pandang aku. Aku cuba tersenyum.
"Saya faham perasaan awak Kimi. Tapi dia tetap mummy awak. Awak kena ikut cakap dia. Kena taat pada dia."
Hakimi ambil tangan aku dan kucup. Terasa tubuhku terkena renjatan elektrik sahaja. Dengan pantas aku menarik kembali tangan.
Wooo..belum pernah lagi aku rasa macam ni. Bukan aku tak pernah sentuh tangan lelaki. Pernah. Tapi dengan Hakimi ni, aura dia lain macam sikitlah dan dia pula memang lelaki istimewa. Yang pasti dia bukan sweet talker sebab dia tak boleh bercakap.
Hakimi buat bentuk love menggunakan tangan. Aku turut membuat bentuk yang sama cuma sekejap sebelum aku termalu sendiri. Kata tak suka lelaki bisu, benci sangat. Kenapa tiba-tiba berubah pula kan.
Pintu dibuka. Aku keluar dari kereta.
Haish! Aku tak boleh duduk berdua-duaan dengan Hakimi. Nanti jadi benda lain pula. Walaupun dia bisu tapi dia tetap kacak kot. Agak-agak kalau dia ada suara, macam mana suara dia? Macho agaknya.
Aku bimbang je Hakimi buat bukan-bukan pada aku. Yelah mummy dia kan tak terima aku. Bukan mummy dia je, keluarga dia pun sama. Macam mana ni?
YOU ARE READING
SAYANG, JANGAN PERGI
General FictionThanks to @bellofa for lovely cover 💕💕 aku mendambakan seorang lelaki yang sempurna dari paras rupa dan harta. memang aku dapat tapi.. dia bisu!!! bisu!!!