BAB 5

2.7K 275 26
                                    

Hati aku tertanya-tanya. Kenapa Hakimi beria nakkan aku sedangkan dia boleh pilih perempuan yang jauh lebih baik dari aku. Itu yang menjadi persoalan dalam kepala otak.

"Aku peliklah Wina. Kenapa Hakimi tetap nakkan aku? Dahlah kami cuma kenal dalam media sosial selama ni. Latar belakang aku semua dia tak tahu. Tentang aku sebatang kara pun dia baru tahu dekat kedai makan hari tu."

Berubah air muka Wina. Serta-merta dia berhenti makan Dah kenapa minah ni?

Terdengar keluhan dari mulutnya.

"Aku minta maaf Mira. Sebenarnya Kimi dah tahu banyak benda pasal kau. Aku yang beritahu dia."

"Hah?"

"Ye Mira. Memang aku beritahu Kimi pasal kau. Sebab tu dia langsung tak terkejut waktu kau cakap kau tak ada mak ayah."

"Tapi kenapa? Aku tak pernah suruh kau beritahu Kimi."

"Sebab kau tak jujur dengan dia. Kau tipu dia kan. Aku baca mesej kau dengan Kimi waktu kau tidur."

"Semuanya?"

"Yes. Dari a sampai z aku tahu."

"Sampai hati kau!" Suaraku mula meninggi.

"Sorry Mira."

Aku mendengus kasar. Sakit pula hati ni bila tahu ada orang ceroboh masuk privacy aku. Aku tak pernah ceroboh masuk privacy dia tanpa izin. Tapi dia selamba je. Walaupun kami kawan baik, itu tak bererti dia boleh buat sesuka hati dia.

"Aku harap sangat kau terima Kimi. Dia ikhlas nakkan kau. Dia cakap dekat aku dia bertekad nak memiliki kau. Nak jaga kau macam nyawa dia."

Hakimi berjalan menuju kami membawa kertas dan pen. Yelah. Aku dan Wina tak reti bahasa isyarat. Jadi susah nak berinteraksi dengan dia.

Dia duduk di sebelah aku kemudian menulis sesuatu. Selepas itu dihulurkan kepada aku. Macam dialog pula.

Kimi : Minggu depan saya nak bawa awak jumpa family saya.

Aku pula yang balas.

Mira : Oo yeke? Dekat rumah ni ke?

Kimi: bukan. Rumah lain.

Mira: aik? Ni rumah siapa?

Kimi: rumah saya.

"Hah?" Mata aku terbuntang. Rumah besar gedabak ni milik dia seorang. Sah! Dia betul-betul kaya. Agaknya rumah family dia macam mana? Macam istana dan bertingkat-tingkat kot.

Kami saling berbalas-balas menggunakan kertas itu. Bila dah penuh, tulis dekat belakang pula.

Kimi: kenapa awak terkejut?

Mira: tak adalah. Just pelik. Ingat rumah ni rumah keluarga awak.

Kimi: Tak. Mereka duduk rumah lain.

Mira: urm..keluarga awak boleh ke terima saya? Saya ni tak ada apa-apa.

Kimi: awak jangan risau. Mereka tak kisah. Yang penting awak boleh terima saya seikhlas hati awak.

Mira: kalau mereka kisah?

Kimi: tak.

Mira: yelah tu. Rasanya mereka kisah.

Kimi: Tolong berfikiran positif Mira.

Aku pandang Hakimi sebelum menulis.

Mira: Do you love me Kimi?

Hakimi baca dan tersenyum. Dia tulis sesuatu. Dihulur kepada aku semula.

Kimi: ♡

Itu je balasan dia. Ala ingat nak tulis i love you ke.

Telefonnya dikeluarkan. Berkerut dahinya membaca mesej. Entah apa yang dibaca. Hakimi ambil semula kertas dan menulis.

Kimi: kawan-kawan saya ajak teman dia pergi karaoke. Awak nak ikut?

Kali ini dahi aku pula berkerut. Asal ajak Hakimi pergi padahal mereka tahu Hakimi tak boleh menyanyi. Kejam betul kawan-kawan dia.

Baru nak menulis, Hakimi tarik semula kertas itu.

Kimi: walaupun saya tak boleh menyanyi tapi saya suka dengar orang menyanyi.

"Boleh ke saya dan Wina pergi? Dahlah semua lelaki." Soal aku.

Hakimi menganggukkan kepala dan menunjuk ke dada. Pada pandangan aku mungkin dia ingin menyatakan yang dia ada bersama.

"Awak tak kisah asalkan awak ada bersama?"

Laju sahaja Hakimi mengangguk lagi bersama senyuman. Nasib baik aku faham. Ni kalau dah kahwin macam mana nak berinteraksi? Kena belajar bahasa isyarat pula. Takut pula kalau salah tafsiran. Aduhai..

"Comel je korang." Sampuk Wina.

Alamak lupa Wina ada dekat situ. Dia jadi tunggul. Kesian betul. Alah, okay pe dia boleh ikut sekali. Mana tahu terpikat dengan salah seorang kawan Hakimi kan.

SAYANG, JANGAN PERGIWhere stories live. Discover now