Aku dan Wina lepak di sebuah restoran selepas habis kerja. Wina merupakan kawan baik aku. Kami kerja di kedai buku yang sama.
"Woi, macam mana dating pertama? Ceritalah. Kata tadi nak cerita. Hakimi sama ke macam dalam gambar?" Soal wina teruja.
"Hurm sama."
"Kalau sama, asal macam tak happy? Okaylah tu dapat lelaki kacak dan kaya. Untung gila kau. Nampak sangat dia jenis tak kisah."
"Malaslah aku. Kau nak dia? Aku ingat nak pas dekat kau jelah."
"Eh asal pula?"
"Dia tu.." belum sempat aku habiskan kata-kata aku, Wina yang duduk berhadapan aku bangun. Dia beralih ke sebelah aku pula.
"Kau dah ken..." Lidah aku kelu apabila melihat 2 orang jejaka masuk ke dalam restoran yang sama.
Hakimi?
Di sebelahnya ada seorang lelaki lain. Mungkin kawan agaknya.
Segak benar mereka bersut kerja. Macam CEO pula tapi apa dia buat dekat sini?
Aku pandang Wina. Dia cuma tersengih.
"Kimi mesej aku dekat facebook. Dia cakap nak jumpa dengan kau. Kenapa kau block fb dan whatsapp dia?" Soal Wina dalam keadaan berbisik.
Sakitnya hati aku. Patutlah Wina beria ajak lepak dekat restoran. Rupanya sebab ni.
2 jejaka tadi duduk di meja kami tanpa dipelawa. Hakimi duduk berhadapan aku. Aku meraup wajah.
Tak faham bahasa rupanya mamat ni. Aku dah block facebook dan whatsapp dia tandanya aku dah tak nak ada apa-apa hubungan lagilah. Itu pun nak kena cakap ke. Huh! Slow betul.
"Siapa Amira?" Soal kawan Hakimi.
"Dia." Laju sahaja Wina menuding ke arah aku.
Kurang ajar betul Wina! Tak payah tuding-tudinglah.
"Kau ni memang perempuan yang teruk kan." Tanpa memperkenalkan diri, dia sound aku. Sinis betul. Wajahnya juga serius.
Aku diam. Malas nak balas apa-apa.
"Mentang-mentang Hakimi bisu, kau tinggalkan dia macam tu je. Tak ikhlas langsung. Kata terima seadanya. Bila dah jumpa, dah tahu kebenaran, macam ni jadinya. Eh perempuan, kau ni memang dasar perempuan tak sedar dek untung. Beribu ringgit Kimi habiskan untuk kau. Macam ni pula kau balas. Lupa ke pasal hutang?"
Nafas ditarik perlahan. Aku akui yang Kimi banyak tolong aku walaupun kami tidak pernah bertentang mata.Bila aku susah pasti dia tolong. Gaji aku berkerja dekat kedai buku bukan banyak sangat. Dengan perangai aku yang agak boros, memang cepatlah habis duit.
Memang aku lupa..lupa yang dia banyak tolong aku dari segi kewangan selama kami berkawan. Semuanya hutang. Aku dah janji pada Kimi yang aku akan bayar semula. Aku bukan jenis rembat duit orang macam tu je. Aku akan usaha bayar juga. Cuma makin lama makin banyak. Tu yang jadi masalah.
"Tak apalah. Nanti orang slow-slow bayar balik."
"Sembang lebih! Kau dah block whatsapp dia semua, mati hidup semula kau takkan bayar. Biasalah. Perempuan macam kau memang mata duitan."
Aku nampak Hakimi menepuk bahu kawannya. Bahasa isyarat tangan diberikan. Aku langsung tak faham. Kawan dia hanya menganggukkan kepala. Lelaki itu memandang aku semula.
"Kimi cakap dia tak halalkan semuanya. Kalau kau kahwin dengan dia baru hutang kau settle."
"Aku takkan kahwin dengan lelaki bisu macam dia!" Terbangun aku dari kerusi.
Wina dah terlopong. Pasti dalam hati tertanya-tanya. Drama apa pula yang kami buat petang-petang ni. Mungkin boleh ganti drama pukul 7.00 malam. Aku duduk kembali bila orang mula memandang.
"Kalau macam tu sila langsaikan semua hutang-hutang Hakimi sekarang."
"Apa bendanya! Saya tak ada duit sekarang ni. Kimi, awak bagi saya masa. Saya janji saya akan settlekan semuanya."
Kepalanya digelengkan.
"Kimi please laa...kita cuma kawan je. Tak lebih dari tu. Saya tak pernah luahkan apa-apa pada awak. Awak pun sama."
Aku nampak air muka Hakimi berubah. Sayu sahaja pandangannya.
"Hei perempuan! Kau lupa ke yang kau pernah berjanji kononnya kau boleh terima dia. Nak sehidup semati dengan dia. Kimi masih simpan semua mesej-mesej dari kau. Agaknya kau memang jenis sweet talker kot. Berapa ramai dah lelaki yang jadi mangsa kau?" Herdik kawan Hakimi.
"Tak sedar diri. Dah miskin tu miskin jelah. Mentang-mentang ada rupa sikit, jadikan rupa untuk perdajalkan orang. Mak bapak kau tak pernah ajar ke atau mak bapak kau 2 kali 5 je?" Hina dia lagi.
Mata aku mula berkaca.
"Kalau encik nak hina saya, hina saya seorang. Jangan hina mak ayah saya. Mereka dah tak ada dekat dunia ni!" Aku kesat air mata yang sudah mengalir di pipi.
Telefon diletak atas meja.
"Kimi, awak ambillah telefon saya sebagai cagaran. Nanti kalau saya dah ada duit saya slow-slow bayar semua hutang awak. Saya pergi dulu." Tanpa memandang mereka bertiga, aku bangun dan beredar pergi dari situ.
Perasaan aku haru biru. Aku percepatkan langkah untuk sampai rumah sewa. Sambil menangis pula tu. Nasib tak berapa jauh. Lantaklah Wina. Pandai-pandailah dia balik nanti.
Sampai di rumah, aku segera masuk ke dalam bilik. Nasib baik lagi 2 orang housemate aku tak ada. Aku hempas tubuh ke katil kemudian hamburkan tangisan aku.
Puas hati lelaki tak dikenali tu hina anak yang sudah tiada ayah dah mak macam aku. Hakimi pun sama. Mesti dia gembira tengok aku dihina dan dimalukan. Hajatnya tercapai. Markah kami seri sekarang.
YOU ARE READING
SAYANG, JANGAN PERGI
Ficción GeneralThanks to @bellofa for lovely cover 💕💕 aku mendambakan seorang lelaki yang sempurna dari paras rupa dan harta. memang aku dapat tapi.. dia bisu!!! bisu!!!