🌙💫
dujun pov.
Ang
angin sempoi menerpa wajahku .mataku pejam rapat ,cuba menghilangkan semua masalah yang sedang menyerabutkan kepala .
"eo Dujun oppa!"aku membuka mata cuba mencari dari mana datangnya suara itu.Wajahku paling ke kanan.
Heo Yujin, adik Heo Haerin. Ya, dialah gadis yang berada di dalam gambar itu. Sejujurnya dia dah tahu semuanya. Tentang penyakit aku dan lain-lain.
" Yujin" aku mengukirkan senyuman kepadanya. Gadis kecil itu berlari menghampiri aku.
Sebaik saja dia sampai di hadapan aku, aku menariknya duduk di bangku berdekatan.
" Haerin macam mana" tanya aku. Aku risau dengan keadaannya. Aku cukup kenal dengan perangainya. Jika dia sedih memang makanan depan mata langsung tidak dijamah.
Yujin terdiam seketika dan satu keluhan berat dilepaskan.
"muka unnie pucat.Dengan Yujin langsung dia taknak bercakap walaupun pandang.Nasib baik Dongwoon takpun Gikwang dengan Yoseob datang untuk bagi unnie makan bubur.Nasib baik diorang pandang pujuk" aku rasa bersalah terhadap Yujin. Disebabkan aku hubungan mereka berdua menjadi renggang.
Aku meminta Yujin untuk berlakon.Pegang tangan dan berpura pura mencium pipi aku.Itu semua untuk membuatkan Haerin bencikan aku.
Pada mulanya Yujin memang cakap semua rancangan aku tu tak masuk akal.Tapi akhirnya dia setuju lepas aku pujuk.
" Oppa pergi dua hari lagi kan"tanya Yujin sayu.Aku mengangguk perlahan
Rasa berat hati aku nak meninggalkan tanah air aku.Mesti aku akan rindukan omma, appa, keluarga aku, kawan kawan aku dan--Haerin.
"Jaga diri elok elok tau dekat negara orang. Nanti Yujin tak dapat hantar oppa pergi airport sebab ada kelas" aku menyerabaikan rambut Yujin. Dia tidak pernah berubah sejak aku kenal dia dan Haerin semasa kecil.
Tubuh genitnya yang berlari aku pandang sehingga ia hilang dari padangan mataku.
Aku mengeluh.
"diorang akan okey tanpa aku kan?" tanya hatiku.Perasaan serba salah menyelubungi diriku
『✿❀』
yeseulkhyun . iamsarah- . be-hyu . ywookim-s . AinMemey
YOU ARE READING
[C] Goodbye | YDJ
Historia Corta﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐲𝐨𝐨𝐧 𝐝𝐮𝐣𝐮𝐧 . 𝐡𝐞𝐨 𝐡𝐚𝐞𝐫𝐢𝐧 ! ❝ see you later, i will coming back. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 240818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 221218