KISAH 1

49 7 0
                                    

10 HARI SELEPAS KES PEMBUNUHAN BANDUAN DI DALAM HUTAN

Seorang gadis bertudung bawal biru laut sedang berjalan ke arah sebuah kedai buku. Setibanya dia di hadapan kedai buku tersebut, dia merenung ke arah deretan akhbar di tepi kedai buku itu. Muka hadapan surat khabar tersebut terpapar kes kematian seorang banduan di dalam hutan beberapa hari yang lalu. Gadis tersebut mengambil akbar itu dan masuk ke dalam kedai lalu membuat pembayaran.

"Hai, Rash. Hari ni nak cari buku apa?" Soal penjaga kaunter yang kelihatan mengenali gadis itu.

"Sekejap. Tadi ingat. Sekarang dah lupa." Jawab Rasyidah sambil memegang dagunya dengan gaya penyiasat.

Penjaga kaunter tersebut juga membuat perkara yang sama. "Apa agaknya yang merungsingkan kau?"

"Eh?" Dia bagaikan tersedarkan sesuatu.

Penjaga kaunter hanya tersengih seperti kerang busuk. "Hehehe... Dah ada kekasih ke? Masalah percintaan?"

Rasyidah rasa geram. "Saya single lagi. Lagi pun tak ada sesiapa nak dekat saya."

"Aku." Dia angkat tangan.

"Ummmmm... Bukan kau dah ada kekasih?"

"Dah putus tahun lepas. Dia tak suka aku. Yalah. Aku bukan kaya pun. Miskin je." Dia buat buka sedih.

"Miskin, ha?" Tiba-tiba Rasyidah ketawa.

"Betullah. Yang kaya tu ayah aku je."

"Okey. Tapi macam mana dengan pemohonan kau nak jadi polis tu? Dapat?"

Penjaga kaunter buat thumb up dan tersengih bangga. "Minggu depan interview. Doakan aku dapat jadi polis. Cita-cita aku tu."

"Aamin. Dah jadi polis nanti jangan lupakan aku. Aku mana ada kawan lain selain kau. Sejak dulu lagi... Kau... Errr... Walaupun kau tu agak sengal dan menggedik. Tapi kau dah banyak kali tolong aku. Agaknya apa yang ada dalam otak kau tu?"

"Keadilan, keselamatan, kebenaran dan melindungi." Ujarnya dengan bangga.

Rasyidah ketawa. "Dah la tu Luqman. Janganlah buat hidung kembang kau tu. Sakit perut aku ketawa."

"Hidung aku mancung la."

Rasyidah berlalu pergi ke arah rak-rak buku. "Aku nak cari buku. Kalau aku lama depan kau ni. Bertambah sakit perut aku sebab ketawa."

"Eh? Salahkan aku pula. Kau yang ketawa. Bukan aku suruh." Sakatnya.


*****


SEBULAN SELEPAS PERGI KE KEDAI BUKU

"Hujan. Hujan. Hujan. Wahhhh... Hujan lebatnya. Macam mana nak balik. Payung tak ada." Mata Rasyidah melihat suasana hujan di luar kelasnya.

"Rash, jom balik sama-sama. Aku ada bawa payung." Ajak penolong ketua kelasnya, Sarah.

"Tapi laluan balik rumah kita lain. Nanti basah juga."

"Tak apa. aku hantar kau balik dulu. Lepas tu baru kau balik." Cadang Sarah.

"Tapi nanti habis kasut sekolah kau basah."

"Tak apa. Esok cuti."

"Tak apalah. Aku rasa aku tak nak balik lagi. Aku nak pergi perpustakaan. Nak cari buku." Rasyidah memberi alasan untuk menolak perlawaan Sarah.

"Okey la kalau macam tu. Hati-hati masa balik nanti." Kata Sarah seraya menuju ke arah pintu kelas.

"Ya. Kau pun sama. Bye." Rasyidah melambaikan tangan kepada Sarah.

"Bye." Sarah membalas lambaikan tersebut dan berlalu pergi.

Tidak lama selepas itu, sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam berhenti di hadapan pagar sekolah dan membunyikan hon. Rasyidah terkejut. Dia terus berlari ke arah tingkap.

"Luqman? Apa dia buat dekat sini?"

Rasyidah melihat Luqman mengangkat tangan kepada pakcik jaga di dalam pondok jaga. Keretanya pula dipandu masuk ke kawasan perkarangan sekolah. Rasyidah bergegas menggalas beg sandang di atas bahu dan keluar dari kelas itu. Dia berlari turun anak tangga dan terus ke hadapan bangunan tersebut.

Luqman menurunkan cermin kereta selepas menempatkan kederaannya di hadapan bangunan itu. "Hai, jom aku hantar balik."

"Haih, kau ni. Tak kerja ke?" Rasyidah mengeluh.

"Waktu rehatlah. Aku nak masak dekat rumah kau, boleh? Aku ada beli barang dapur sikit. Lepas makan, aku pergi kerja semula."

Rasyidah membuka pintu penumpang belakang kereta dan masuk ke dalam perut kereta. "Okey. Masak sedap-sedap. Nanti boleh mama, papa dengan adik-adik aku makan sekali."

"Okey. Aku setuju. Nanti aku masuk meminang kau." Ujarnya dengan bersemangat.

Rasyidah tersedak. "Aku rejek."

Luqman ketawa. Dia memulakan pemanduannya dan keluar dari perkarangan sekolah.

PERSONALITI : AKU BUKAN DIRIKUWhere stories live. Discover now