24 JULY 2016, AHAD
Cuaca : Malam
Kepada : Diariku
Daripada : Rash
LUQMAN.
Malam ni dia datang rumah aku untuk makan malam bersama-sama kelurga aku. Aku kenal dia sejak usia aku 7 tahun. Semua itu kerana dia terlibat dalam memberitahu cikgu disiplin tentang kes buli yang dilakukan oleh mereka kepada aku. Dia juga ialah orang yang telah selamatkan aku di rumah pada hari mereka menyerang aku. Aku tidak tahu bagaimana dia dapat masuk ke dalam rumah aku kerana aku pasti pintu itu sudah dikunci oleh Ally masa itu.
Aku masih ingat dia mengaku bahawa dia yang melakukannya kerana cikgu disiplin tanya tentang hal itu. Mereka pula terdiam kerana seorang senior masuk ke dalam rumah aku untuk mempertahankan aku dan mengugut mereka untuk beritahu ibu bapa mereka tentang perbuatan mereka itu.
Sejak hari itu, Luqman sentiasa dengan aku. Kadang-kala aku rasa rimas juga tapi hanya dia kawan yang aku ada. Kaawan yang rela berkawan dengan aku tanpa sebarang sebab sebagai syarat. Dia sentiasa ada bila aku memerlukannya. Tapi dengar khabar Luqman ni seorang yang gangster dan kaki pukul masa zaman dulu. Daripada darjah satu sehingga darjah empat sering sahaja terlibat dengan masalah disiplin. Segala hukuman daripada guru disiplin sudah dia alami sehingga dia sendiri rapat dengan guru yang garang itu.
Luqman jadi pengawas koperasi pun ada sebab juga masa dulu. Sebab dia dilantik sebagai penjaga koperasi oleh cikgu koperasi dan bukan suka rela. Alasan cikgu itu ialah untuk menjaga keselamatan koperasi yang sering berlaku kecurian. Sejak Luqman menjadi pengawas koperasi. Kes pencurian berkurangan malah ramai pencuri dapat ditangkapnya. Dia juga dapat gelaran polis koperasi sekolah. POLIS ialah cita-cita dia.
Naik sahaja sekolah menengah, dia dilantik sebagai pengawas sekolah masa tingkatan satu dan memegang jawatan ketua pengawas semasa tingkatan tiga sehingga tingkatan lima. Ketika tingkatan enam. Dia memegang jawatan sebagai ketua Majlis Persatuan Pelajar sehingga tingkatan enam atas. Manakala, semasa di universiti dia menyertai persatuan kadet polis bantuan yang terlatih selama tiga tahun. Dia juga merupakan ketua Persatuan Keselamatan Kolej Kediaman.
Bila aku tanya sebab dia menyertai semua itu. Katanya "Sebab aku suka membantu orang lain. Semua ini disebabkan kau yang menjadi inspirasi aku."
Aku pun tak faham sangat. Tapi yang pasti aku tahu dia sebenarnya sukakan aku. Tapi aku tak rasa aku sesuai dengan dia. Dia juga sudah ada beberapa teman wanita dan bekas teman wanita dalam masa beberapa bulan sahaja bersama dan berpisah. Dia sendiri hairan kenapa sedemikian.
Tapi bagi aku. Aku anggap dia macam abang aku je. Aku dah tahu sikap dia. Jadi, tak mungkin aku mahukan dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/162555290-288-k687983.jpg)
YOU ARE READING
PERSONALITI : AKU BUKAN DIRIKU
Mystery / ThrillerAku bukan manusia yang normal. Aku seseorang yang 'PELIK'. Aku tak tahu siapa diri aku. Aku tak tahu kenapa aku di sini. Dan aku tak tahu apa yang patut aku buat. Aku juga tak tahu siapa mereka yang muncul dalam diri aku. Ini ialah kisah aku. Kisah...