LANGKAH Irene diatur dengan laju. Sudah la hari ini hari Isnin. Boleh pula jam locengnya membuat hal. Nasib baik dia tersedar awal. Tahu-tahu je dah pukul 7 pagi. Pak Mad pula ada hal di hospital kerana isterinya mahu bersalin anak ketiga. Terpaksa menggunakan perkhidmatan grab yang mengambil masa 10 minit untuk tiba di lokasi rumahnya.
Ditambah pula dengan jalan sesak akibat kemalangan kecil yang berlaku di sebuah selekoh. Hampir 7.30 a.m. dia tiba di pagar sekolah.
"Tunggu !"
Semakin laju derapan kakinya apabila melihat pintu pagar yang dijaga oleh dua orang pengawas lelaki mula tertutup. Setibanya di hadapan pagar, salah seorang pengawas tersebut hanya menjelingnya.
"Sekejap. Saya nak masuk"
Rayyan. Irene sempat mengerling tag nama salah seorang pengawas tersebut. "Kau tahu kan peraturan sekolah selepas pukul 7.30 a.m. pintu pagar akan ditutup ? "
Irene mengangguk.
"Dan kalau kau tetap nak masuk selepas pukul 7.30 a.m., kau kena guna pagar utama dan nama akan dicatat dalam rekod disiplin" sambung pengawas di sebelahnya.
"Maaf. Saya lewat sebab bangun lambat. Tapi, lewat dua minit pon tetap dikira ke ?"
Baru sahaja Rayyan mahu membuka mulut, satu suara menegur mereka. "Bagi dia masuk". Rayyan dan kawannya menoleh dan terus membuka semula.
What ?! Dengan hanya tiga patah perkataan "bagi dia masuk", terus diorang akur ?! Seriously ?!
"Masuk lah !"
Irene masuk dengan hati tertanya-tanya. Oh ya ! Dia perlu mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang membantunya tadi. Irene menoleh.
"Terima ka-"
Dadanya berdebar tatkala anak matanya menangkap satu susuk tubuh di sebelahnya. Jantungnya tidak keruan.
Anas !
Anas senyum ke arahnya. Pengawas dua orang tadi sudah selesai menjalankan tugas dan beredar. "Hai" tegurnya. Irene cuba beriak biasa, "te..terima kasih tolong saya". Pandangan ditundukkan.
Kata-kata Irene tidak dibalas. Mereka berjalan beriringan. Irene melajukan langkahnya. Tidak selesa apabila berjalan dengan lelaki itu. Namun, laju sahaja langkahnya disaingi oleh Anas. "Lajunya awak berjalan. Wait for me".
Irene tidak mengendahkan laungan Anas.
"IRENE !"
Tersentak Irene dibuatnya. Begitu lantang suaranya memanggil nama gadis itu. Kelihatan pelajar-pelajar lain memandang ke arah mereka. Irene membalikkan tubuhnya. Anas tersenyum dan berjalan santai ke arahnya sambil tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
"Apa yang awak nak, Anas ?"
Sabar. Itu yang Irene sedang lakukan. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia berambus dari situ. Tetapi, dia cuba amalkan apa yang dia belajar ketika di maahad dahulu.
"Walking with you"
"Saya nak pergi dewan. Sepatutnya semua pelajar kena berhimpun pagi Isnin. But not you."
Anas tergelak sinis.
"Hari ini tiada perhimpunan. Semua pelajar masuk ke kelas dan pembelajaran start pukul 8.30 a.m."
Walaupun kenyataan Anas itu boleh melegakan hati Irene kerana dia tidak akan dikenakan tindakan, namun hatinya masih tidak disenangi oleh kehadiran Anas di pintu pagar tadi.
"Kenapa awak tolong saya, Anas. You know I was late"
"Salah ke ?"
Irene mengetap bibir. Tidak tahu mahu membalas apa. Anas bijak bermain psikologi. Dia memutarkan soalan Irene agar dirinya boleh mengelak dari menjawab.
YOU ARE READING
You're My MISS RIGHT♥
RomantikTENGKU IRENE ROSELLA seorang gadis kacukan Melayu-Belanda. Mempunyai paras rupa yang menawan, merupakan satu cabaran buatnya. Oleh itu, gadis ini terpaksa berpurdah. Dia bukan gadis stereotaip, malah seorang yang open-minded, fashionable dan aktif. ...