PEJAM celik pejam celik, sudah tiba hari yang ditunggu-tunggu oleh warga Elizabeth International High School. Irene lengkap berpakaian sukan sekolah melangkah ke arah khemah Red Scorpion bersama Mayra. Memandangkan khemahnya dan Yellow Lion bersebelahan, mudahlah untuk mereka berborak nanti. Baru sahaja Irene mahu melabuhkan punggung di atas tikar khemah, terdengar satu suara memanggil namanya.
"Ha sini pon kamu. Puas cikgu cari" kata Cikgu Sarah.
"Ada apa cikgu ?"
"Cikgu nak kamu tolong cikgu, siapkan budak-budak yang masuk perbarisan. Diorang ada dekat dewan sekolah tengah pakai kostum. Tinggal nak cat muka je. Ajaklah sorang dua kawan kamu untuk bantu. Cikgu kena daftar nama atlet dekat khemah urus setia"
Irene mengangguk. Dia berjalan menuju ke dewan sekolah. Sedang dia berjalan, seseorang menepuk lembut bahunya.
"Irene, Cikgu Sarah suruh saya bantu awak handle budak perbarisan. Jomlah" kata Susan. Irene tersenyum, "bagus juga tu. Saya pon tak boleh nak handle kalau buat sorang-sorang".
Setibanya di dewan sekolah, suasana menyeramkan apabila seramai 30 orang sedang berpakaian zombi. Nasib baik mereka semua manusia. Tapi serius nampak macam real !
"Ok guys. Anak-anak mummy sekalian. Buat dua line dekat sini ya, sebab kita nak make up sikit wajah you alls". Susan sudah bertepuk tangan mahu mengambil perhatian 'zombi' di dalam dewan itu.
"Baik !". Maka, semua zombi mula menyahut sahutan Susan. Tanpa berlengah, kami teruskan kerja kami. Dalam masa 20 minit lagi, acara perbarisan akan bermula. Kena siapkan mereka awal untuk sebarang persediaan.
PENGEMUMAN di padang sekolah menyeru kesemua kotinjen unit beruniform dan rumah sukan mengambil tempat di padang. Yellow Lion membuat tema zoo untuk acara perbarisan. Masing-masing memakai topeng muka berbentuk haiwan liar. Blue Rhino pula bertemakan Fairytale. Nampaknya mereka dihiasi dengan sayap pari-pari dan crown di atas kepala masing-masing. Manakala Green Snake lebih kepada mistik. Mereka berpakaian seperti hantu-hantu. Majoriti berpakaian toyol yang berwarna hijau. Agak kelakar disitu kerana mereka memakai helmet berwarna hijau dan cermin mata hitam. Toyol hipster !
Rumah sukan Indigo Spider lebih memilih tema Marvel. Masing-masing memilih karakter super hero yang diminati. Suasana padang sangat meriah pada hari ini. Ditambah pula dengan ahli pancaragam yang hebat bermain alat muzik. Kagum Irene dengan sekolah ini. Maklumlah, di maahad dulu hanya diadakan secara kecil-kecilan.
Acara perbarisan bermula. Ada yang teratur ketika berkawad. Ada yang kucar-kacir. Paling teruk ada yang terlucut kostum mereka akibat terpijak oleh orang belakang. Kelakar sungguh ! Namun begitu, mereka tetap meneruskan kawad kaki. Irene duduk di atas tikar khemah. Ada seseorang mengambil tempat di sebelahnya.
"Hai"
Irene berpaling ke sisi. Dia tersenyum. Eh, kalau senyum pon bukannya nampak ! Tapi boleh nampak dari matanya yang dikecilkan. Mirza melunjurkan kakinya untuk mengikat tali kasut sukan. Dia perlu bersedia untuk acara balapan. Mirza nampak lain dari sebelum ini.
Dia memakai headband berwarna merah di kepalanya. Rambut pula dibiarkan terjuntai ke depan. Baju ? Of course lah baju rumah sukan Red Scorpion. Seluar pendek tetapi ada seluar tight paras lutut dari dalam. Fuh, boleh tergoda sekali tengok.
"Jangan tenung saya macam tu, Irene. Saya tak kuat"
Irene tersentak. Ya Allah, macam mana aku boleh tak sedar buat zina mata tadi. Lantas, hatinya beristighfar laju. Mukanya usah dikata. Dah sama warna dengan khemah. Mirza tergelak melihat reaksi gadis itu. Bukan dia tidak sedar yang Irene dari tadi merenungnya. Jantung ni, usah dikata. Berdegup laju walaupun belum masuk acara balapan.
YOU ARE READING
You're My MISS RIGHT♥
RomanceTENGKU IRENE ROSELLA seorang gadis kacukan Melayu-Belanda. Mempunyai paras rupa yang menawan, merupakan satu cabaran buatnya. Oleh itu, gadis ini terpaksa berpurdah. Dia bukan gadis stereotaip, malah seorang yang open-minded, fashionable dan aktif. ...