IRENE membersihkan dirinya. Bilik ini masih kelihatan sama seperti sebelum ini. Tiada yang berubah. Bibik sudah meletakkan baju tidur untuknya di atas katil. Stokin tidur pon ada. Tanpa berlengah, baju dipakai dan pengering rambut dihidupkan. Pintu biliknya diketuk.
Tok ! Tok ! Tok !
Irene melilit tuala di kepala sambil tangannya menarik lebihan tuala hingga ke paras hidung. Pintu dibuka. Terjegul wajah bibik di muka pintu. "Dah siap ? Jom turun makan". Irene menggeleng, "bibik, ada tudung sarung tak ? Saya takde tudung lah. Tudung sekolah tadi ada lah" pinta Irene.
"Sekejap bibik ambilkan"
"Terima kasih bibik"
Sementara menunggu bibik, Irene menyapu losen pada tangan dan kakinya. Mukanya disapu dengan pelembap dan krim malam. Bibik muncul dengan sehelai tudung sarung berwarna kelabu untuk Irene.
Di meja makan, mereka berborak bersama. Irene membantu bibik menghidang makanan di atas meja makan. Walaulun ditegah oleh bibik, hanya satu ayat sahaja diberikan kepada bibik, "Irene dah biasa buat semua ni, bibik".
Seusai menjamu selera, masing-masing menuju ke bilik. Irene sudah menunaikan solat Isyak. Dia keluar dari bilik untuk ke dapur. Namun, langkahnya mati apabila telinga menangkap satu suara yang sangat sedap didengari sedang menbaca al-Quran. Irene melihat kelibat Mirza sedang membaca al-Quran di atas sejadah dari celahan pintu yang tidak bertutup rapat.
Irene bagaikan dipukau oleh suara Mirza. Bacaannya yang fasih dan lancar itu mampu menenangkan hati pendengar. Boleh dikatakan, hampir setengah jam dia berdiri di balik pintu itu semata-mata mahu mendengar alunan bacaan ayat suci itu. Daripada berdiri, sehingga terduduk di atas lantai. Lenguh pula kaki ini bila berdiri tanpa bergerak lama-lama.
Tanpa sedar, matanya kian terpejam. Namun, beberapa kali ditahan supaya terbuka luas. Perasaan kantuk membatasi segalanya. Irene tidak dapat membendung lagi perasaan mengantuk ini. Niatnya untuk turun ke dapur terbatas apabila terdengar suara Mirza membaca al-Quran. Akhirnya, badan disandarkan pada dinding dan matanya sudah terpejam.
"Sadaka'llah hul 'azim"
Al-Quran itu dikucup dan disimpan di rak tinggi. Sejadah dilipat khemas lalu digantung pada rak. Lebai di kepala ditanggalkan. Tiba-tiba, tekaknya berasa haus pula setelah setengah jam membaca al-Quran. Sempatlah dia habiskan satu setengah juzuk pada malam itu.
Pintu yang terbuka sedikit dikuak luas. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati sekujur tubuh sedang sedal tidur di atas lantai di hadapan biliknya. Lena pula tu sambil berbantalkan tapak tangan sendiri. Bertuah punya budak.
Mirza menghampiri tubuh kaku itu. Hanya dengkuran halus didengari. Walaupun gadis itu sedang tidur, masih terserlah keayuannya. Wajah tenang itu mampu menggetarkan hati mana-mana lelaki. "Irene, bangun"
Masih dalam posisi yang sama.
"Irene, Irene bangun awak tidur dalam bilik. Lantai ni sejuk" lembut Mirza mengejut Irene.
Irene masih dengan lenanya. Bibik yang kebetulan naik ke tingkat atas, terkejut melihat Irene sedang berbaring di atas lantai. "Eh, dah kenapa pula ni tidur dekat luar ?" tanya bibik.
"Entah lah. Mirza pon terkejut tengok tadi. Dah try kejut, tapi tak bangun"
Bibik meletakkan selimut di atas lantai. Tubuh genit itu digoncang dan digerakkan perlahan. "Irene, Irene bangun nak. Kenapa tidur dekat luar ni". Irene yang sedikit terganggu bergerak menepis lembut tangan bibik. Bibik ketawa kecil melihat gelagat Irene.
"Kalau Mirza nak suruh bibik angkat dia, memang mandul terus bibik" kata bibik sarkastik. Tergelak Mirza mendengarnya. "Angkat dia masuk bilik. Bibik teman. Lagi pun, bibik naik atas sebab nak bagi dia selimut".
"Mirza angkat dia ?" tanya Mirza polos. Bibik mengangguk. "Tolong bibik. Takkan kita nak golekkan dia sampai masuk bawah katil pula. Tengku semua dah tidur. Dah lewat ni. Baik cepat".
Mirza menarik nafas. Sungguh dia sedang berperang hebat menahan nafsu lelakinya. Tangan diletakkan di bawah kaki dan leher Irene. Lalu, diangkatnya tubuh itu. Mak ai ! Ini manusia ke anak kucing. Ringan gila dia ni. Momo pon lagi berat dari dia !
Bibik mengangkat semula selimut tadi dan mengikut Mirza masuk ke bilik Irene. Tubuh Irene diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Takut-takut lenanya terganggu. Sempat dia menjeling wajah Irene yang bertutup hingga ke paras hidung itu. Masih cantik !
Penghawa dingin dan lampu tidur dihidupkan. Bibik membentang selimut dan menutupi tubuh Irene. Mirza sudah masuk ke biliknya untuk tidur. Bibik membuka purdah yang menutup wajah Irene dan tudungnya sekali. Setelah selesai, bibik mengunci pintu bilik Irene dari dalam dan turun ke biliknya di tingkat bawah. Ahli rumah tersebut sudah selamat berlayar di mimpi indah.
YOU ARE READING
You're My MISS RIGHT♥
RomanceTENGKU IRENE ROSELLA seorang gadis kacukan Melayu-Belanda. Mempunyai paras rupa yang menawan, merupakan satu cabaran buatnya. Oleh itu, gadis ini terpaksa berpurdah. Dia bukan gadis stereotaip, malah seorang yang open-minded, fashionable dan aktif. ...