BAB 17 - PILIH

69 7 0
                                    

~Saiful~

Aku menceritakan apa yang berlaku kepada Haiqal. Dia menangis untuk waktu yang agak lama. Aku pun turut berduka dengan kematian mereka.

Hobi yang hanya suka suka berubah menjadi tragedi berdarah bagi ku. Aku awalnya tidak menyangka ini merupakan rumahku yang dulu
kerana aku dipertunjukkan rumah yang lain.

Kami akhirnya meneruskan perjalanan mencari jalan keluar dari tempat puaka ini. Memanggil polis dan mengebumikan mayat kawan kawan kami. Tapi ianya tidak semudah yang disangka.

Waktu menunjukkan pukul 9 malam. Untunglah ada jam yang terpasang di dinding. Kami memutuskan solat berjemaah. Kami insaf dan tidak ingin meninggalkan solat lagi.

Selepas solat,keadaan disekitar kami berubah menjadi gelap gelita. Terdengarlah suara sesuatu berkata...

"Kau patut pergi Saiful, Haiqal adalah pembunuh."

Aku terus teringat pesan kematian yang ku jumpa disetiap mayat kawanku. Keadaan kembali cerah.
Seorang tua berada dihadapan kami. Dia berkata

"Haiqal ialah pembunuh. Kemarilah aku tunjukkan jalan keluar. Aku atau Haiqal, selamat atau mati."

Haiqal berteriak dengan wajah pucat.

"Aku tak bunuh Saiful, percayalah! Kenapa nak percaya orang yang tak kita kenal!"

Aku ingin mempercayainya tetapi hatiku tidak mempercayainya.

"Kau patut pilih aku, Saiful. Akulah Haiqal sahabat sebenar kau.Aku tertukar badan dengan dia tadi.."

Aku memandang mereka berdua, barulah aku perasan wajahnya seiras. Haiqal pun terdiam. Fikirku dalam hati," Haiqal mana yang patut aku percayai."

"Haiqal ni bukan dah tua jadi kecil ke tapi Haiqal yang depan yang tua."pening lalat aku memikirkannya

"Kau tak banyak masa, dia boleh bunuh kau bila-bila masa lagi,cepat datang sini!" ucap Haiqal yang tua.

Aku akhirnya memutuskan. Aku bergerak ke orang yang aku percayai.

TERPERANGKAPWhere stories live. Discover now